Pelakon dan penyanyi Janna Nick berkongsi cerita tentang hasratnya untuk membina sebuah pusat tahfiz.
Menurutnya, Pusat tersebut diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah bertempat di Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.
Menurut pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner, dia memilih lokasi berkenaan untuk membina tahfiz kerana kawasan tersebut adalah tempatnya membesar.
Bagi merealisasikan impian tersebut, Janna memberi kepercayaan penuh kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid di kampung berkenaan yang merupakan ahli keluarganya sendiri.
Ads
“Semoga urusan pembinaan ini dipermudahkan. Saya dah lama pasang impian untuk memiliki rumah tahfiz dan anak yatim. Alhamdulillah tak sangka diberi peluang bersama dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Kampung Bukit Kechil, Simpor dan penduduk kampung untuk sama-sama bangunkan Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah.
Difahamkan, jumlah kos mendirikan pusat tahfiz berkenaan menelan kos hampir RM6 juta dan kini kos yang sudah dikeluarkan berkat sumbangan daripada orang ramai adalah RM400,000 meliputi pembelian tanah seluas 8,000 meter persegi.
Ads
“Jumlah keseluruhan pembinaan pusat tahfiz dan anak yatim ini adalah RM6 juta. Sekarang ini kami baru ada RM500,000 dan jika cukup RM2 juta kami akan mulakan pembinaan.
Menurut pelantun lagu Gatal ini lagi, sebaik sahaja kutipan mencukupi, pusat tahfiz dan anak yatim itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun. Meskipun kos untuk menyiapkan kompleks berkenaan agak besar, namun dia percaya dengan kuasa sedekah.
Ads
“Sekolah tahfiz ini khusus untuk pelajar sekolah rendah dari darjah satu hingga enam. Satu kelas mampu memuatkan 25 pelajar. Saya harap impian kecil ini mampu menjadi kenyataan InsyaAllah doakan semoga usaha kecil ini mendapat ganjaran di akhirat.
Belum sampai sebulan berumahtangga, lelaki tular bersanding atas katil meninggal dunia.
Isterinya, Siti Marha Azuar terpaksa menerima hakikat pemergian suami Mohd Hashmi Arifin yang meninggal dunia akibat barah otot tahap empat.
Berita sedih tersebut dikongsi wanita berusia 35 tahun itu menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok sehingga meraih rasa simpati orang ramai.
Video berdurasi 24 saat tersebut memaparkan foto hitam putih Mohd Hashmi dan rakaman sekumpulan lelaki mengangkat keranda untuk dimasukkan ke dalam van jenazah.
Sebelum ini, kisah pasangan itu dilaporkan media sehingga membuatkan warganet kagum dengan ketulusan Siti Marha yang juga ibu tunggal dua anak kerana menerima lamaran pesakitnya.
Mohon doakan suami saya Mohd Hashmi Arifin,” tulisnya yang bekerja sebagai jururawat.
Acara persandingan mereka yang diadakan pada 13 November lalu memperlihatkan Allahyarham Mohd Hashmi terpaksa diusung menaiki katil untuk ke lokasi acara di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan takziah kepada wanita berkenaan atas kehilangan suaminya serta mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Sumber : @marhashmi121122
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selalu sangat saya diajukan persoalan ini, “bila waktu yang sesuai untuk cerita pada anak pasal pendidikan seksualiti ni?” Ok, mari saya senaraikan di bawah ini.
1. Masa mandikan anak ketika masih bayi. Ajar mereka ini namanya faraj/ vagina atau ini zakar/ penis.
2. Masa mandikan anak bila dah besar sedikit. Sebut pada mereka, nanti kena uruskan diri sendiri. Ibu atau ayah tak boleh basuh berak awak dah, sabun sendiri masa mandi, tutup pintu tandas, pakai towel lepas siap. Tanamkan sifat malu.
3. Waktu pakaikan pampers pun waktu terbaik untuk educate anak. Ulang sahaja point pertama dan kedua di atas.
4. Ketika ajar anggota badan pada anak. Dari kecil biasa mak bapak akan ajar mana mata, telinga, mulut, kaki bagai. Masa ni ajarkan terus apa dia private part, anggota badan tak boleh disentuh, dipegang atau diraba oleh sesiapapun termasuklah ayah. (Mulut, dada, punggung, kemaluan, paha)
5. Ketika ibu ayah join anak-anak melukis atau mewarna di rumah. Ambil kertas a4, kemudian lukis tubuh badan manusia. Minta anak bulatkan anggota badan digelar private part.
6. Saat ambil anak dari tadika, taska, rumah pengasuh. Selalu tanya ada tak sesiapa yang cuba sentuh private part mereka, pegang badan sampai mereka tak selesa. Ada atau tiada, ajar anak berkali-kali untuk jerit kuat-kuat, lari dari pelaku dan beritahu kita atau sesiapa yang dipercayai di lokasi kes berkenaan berlaku.
7. Ketika anak belajar subjek pendidikan kesihatan di sekolah. Mak ayah tolong baca apa yang anak belajar dalam subjek ini. Wajib seiring dengan apa yang mereka perolehi di sekolah.
8. Bila anak balik sekolah dan bertanya term seksualiti seperti apa itu rogol, cabul, liwat, gay, lesbian dan lain-lain. Jawablah ikut kemampuan dan kefahaman kita.
9. Ada masanya, anak akan sebut perkataan yang tak pernah kita ajar. Mungkin tiba-tiba kita dengar dia sebut jari fuck, mencarut burit, butuh, puki dan lain-lain. Menjadi tanggungjawab kita menegur, menasihati dan menerangkan kenapa ia bad word. Jangan terus ancam nak cilikan mulut anak. Kadang-kadang, mereka hanya dengar apa yang kawan cakap di sekolah sahaja.
10. Masa anak darjah 5, mereka diajar sebab kena mandi wajib. Salah satunya keluar air mani secara sengaja atau tak sengaja, juga sebab keluar darah haid, berjimak dan lain-lain. Mak ayah sila tambah info yang tepat untuk anak faham apa yang dipelajarinya ini.
11. Antara usia 9, 10, 11, 12 dan 13 tahun, kanak-kanak lelaki dan perempuan ada yang akan akil baligh. Sebelum anak melalui fasa itu, mak ayah kena cerita dahulu kenapa lelaki keluar air mani, kenapa perempuan keluar darah haid.
12. Antara umur di atas juga, anak akan mula mengalami perubahan suara, tubuh badan, payudara, dada membidang, tumbuh bulu, bau badan, naik jerawat dan lain-lain. Ini waktu terbaik untuk cerita soal aurat, amanah, tanggungjawab, dosa pahala.
13. Antara waktu terbaik untuk kongsikan topik seksualiti adalah ketika si bapa buat usrah bersama isteri dan anak-anak di rumah. Cari sahaja ayat Al-Quran dan tadabbur maknanya. Cari surah Al-Mukminun ayat 12-14. Lengkap dalam ayat ni Allah cerita pasal air mani, rahim, proses zigot, embrio, fetus, bayi dan lain-lain. Tugas kita adalah mengaitkan sahaja dengan apa yang anak dah belajar sebelum ini.
14. Masa anak ralit dengan handphone pun kena dididik juga. Sebut awal-awal, bila terjumpa, tertekan video yang tak elok, orang cium mulut, tak pakai baju, terus bagi tahu ayah dan ibu. Inilah pentingnya pantauan. Tak bagi anak handphone 100% pun ramai mak bapak tak dapat buat, maka pantau dan letakkan syarat.
15. Ketika anak dah habis UPSR dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Jangan hanya pesan belajar rajin-rajin, tapi sebutlah di asrama jaga diri baik-baik, jangan bagi sesiapa sentuh private part, tak kisahlah orang itu cikgu, senior atau lain-lain individu. Jika ada buli bersifat seksual, bagi tahu cikgu terus. Kalau pelakunya cikgu sendiri, segera maklumkan mak ayah. Beri kepercayaan pada mereka. Mereka perlukan trust dari parents. (Ia juga terpakai jika anak ke sekolah agama berasrama, tahfiz dan lain-lain)
16. Lupa, bab pornografi. Banyak saat kita boleh selitkan keburukan dan kejahatan video lucah. Samada kaitkan bila bercerita tentang handphone, bila anak bertanya pasal seks atau ketika ada isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia. Sebagai contoh, kes budak 12 tahun yang rogol anak asuhan ibunya berusia 4 tahun itu. Educate anak agar tahu pelihara diri, kemaluan, nafsu, malu, jangan rosakkan diri, jangan rosakkan anak orang lain dan kesan pornografi kepada tingkahlaku, fikiran, emosi dan masa depan.
17. Tambah satu lagi. Malaysia ni terlalu kerap viral isu maknyah, LGBT, homoseksual, pembuangan bayi, anak luar nilah, kes pencabulan, rogol dan lain-lain. Ajak anak berbincang kenapa semua ni boleh wujud dan berlaku. Kaitkan dengan apa yang kita dah sampaikan sejak mereka masih kecil.
Post ini sekadar idea untuk mak ayah. Selebihnya adalah tindakan dari kalian. Jangan malu tak bertempat.
Sebagai salah seorang penceramah yang berkongsi isu-isu seksualiti kepada murid sekolah rendah, menengah, IPT dan ibu bapa, besarlah harapan saya agar masyarakat mengubah mentaliti yang Pendidikan Seks itu mahu mengajar anak untuk buat seks.
Pendidikan Seksualiti ini proses pembelajaran sepanjang hayat. Bermula dari kanak-kanak sampailah ke usia tua.
Biar anak ni faham yang seks itu, CARA HIDUPAN MENGEKALKAN SPESIS
Bukan,
1. Seks di luar perkahwinan 2. Seks sejenis 3. Seks berorientasikan pornografi 4. Seks itu hanya untuk seronok-seronok 5. Dijadikan bahan gurauan dan lawak 6. Dan lain-lain
Paling penting, tugas terangkan pada anak ni bukan hanya terletak di bahu ibu-ibu sahaja ya. Suami dan isteri wajib berperanan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Saat kita saban hari bersama anak-anak dan ahli keluarga lain di rumah, ada insan sebaliknya. Mereka ini pastinya barisan hadapan yang perlu bekerja tanpa mengira masa dan keselamatan diri demi memastikan rantaian covid-19 putus agar wabak ini disisihkan di negara ini.
Menerusi kisah barisan hadapan yang dipaparkan oleh Harian metro cukup terkesan mengenai kisah seorang anggota polis yang hilang dakapan manja anak-anak ekoran virus bahaya ini.
Mohd Rizaiman berdiri di hadapan bersama rakam sekerja.
“Biasanya balik sahaja dari kerja, saya terus memeluk anak-anak, namun kini, saya perlu lebih berhati-hati menjaga jarak demi keselamatan mereka,” luah seorang petugas barisan hadapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Anggota polis, Koperal Mohd Rizaiman Omar, yang bertugas di Balai Polis Rantau Panjang, adalah antara individu yang pernah terbabit memastikan pengebumian jenazah mangsa Covid-19 berjalan lancar selain menjalankan tugas membuat rondaan.
Dia yang juga bapa kepada tiga cahaya mata berusia lima bulan sehingga lapan tahun berkata, situasi masa kini menyebabkan masanya bersama keluarga agak terhad namun demi tugas pada masyarakat dan negara, dia terus tabah menjalankan tugas.
Tidak mengapa, saya boleh korbankan dulu masa bersama keluarga.
“Yang penting dapat memastikan rakyat akur dan ikut segala perintah kerajaan. Memang tanggungjawab saya sebagai petugas barisan hadapan untuk memastikan segalanya berjalan lancar.
“Memang banyak pengalaman sepanjang 12 hari PKP dilaksanakan, saya berhadapan dengan pelbagai ragam manusia tidak kira peringkat umur yang ada masanya tidak memberi kerjasama baik. Saya dan anggota lain tidak berputus asa menerangkan kepada masyarakat pentingnya untuk kita memutuskan rantaian Covid-19 ini.
“Setiap kali pulang dari kerja saya pastikan tidak dekat dengan anak atau isteri sebaliknya terus membersihkan diri supaya saya tidak menjadi pembawa wabak tanpa disedari,” katanya yang sudah 14 tahun berkhidmat sebagai anggota polis.
Semoga rakyat Malaysia patuh kepada arahan duduk di rumah supaya memudahkan kerja barisan hadapan ini dan sekali gua mematikan rantaian covid-19 ini.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.