Kalau dulu-dulu, waktu masih belum ada sosial media ramai yang tak tahu tentang banyak perihal termasuklah tentang penyakit. Segala info hanya boleh didapati di dada akhbar, bahan bacaan lain dan pengalaman sendiri.

Sebagai contoh kita lihat tentang autism. Jika dulu, ramai yang tak tahu tentang penyakit ini. Tetapi sekarang, bukan sahaja boleh membuat carian sendiri, malah boleh lihat contoh melalui perkongsian ahli keluarga anak-anak ini misalnya pelakon Zarina Zainuddin.

Umum tahu bahawa Zarina cukup dikagumi ramai dalam membesarkan dan menguruskan anak kembarnya yang merupakan anak-anak autistik, Muhammad Razil Azrai atau Azil dan Muhammad Raizal Azrai atau lebih dikenali sebagai Azal.

Hari ini tular ada individu yang tidak bertanggungjawab telah mengubah penulisan di laman Wikipedia tentang anaknya, Azal dengan meninggalkan maklumat yang salah sehingga mengundang kesedihan lelaki itu.

Perkara ini mengundang sebak si ibu yang berkongsi hal ini sendiri di laman Instagram miliknya.

Ads

“Azal hantar pada saya ibu ada orang tulis di Wikipedia kata Azal gila ibu tengok ni, saya yang baca jadi terkedu sekejap saya peluk dia saya kata Azal tak gila, Azil tak gila… Azal dan abang Azil anak istimewa.

“Anak ibu, Allah ada… biar orang kata apa Allah ada. Kalau Azal sayang ibu jangan sedih tau,” tulis Zarina Zainuddin.

“..Saya Peluk Kata Azal Tak Gila” – Tulis Info Salah Tentang Anak Zarina Zainuddin, Ramai Berang!

Ads

Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan pengikut Zarina turut tampil mempamerkan rasa kurang senang dengan tindakan melampau individu tersebut. Malah, ada juga yang tampil memberitahu info dalam wikipedia tersebut telahpun diedit kepada info asal.

“..Saya Peluk Kata Azal Tak Gila” – Tulis Info Salah Tentang Anak Zarina Zainuddin, Ramai Berang! “..Saya Peluk Kata Azal Tak Gila” – Tulis Info Salah Tentang Anak Zarina Zainuddin, Ramai Berang! “..Saya Peluk Kata Azal Tak Gila” – Tulis Info Salah Tentang Anak Zarina Zainuddin, Ramai Berang!

Ads

Sumber : Zarina Zainuddin

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di https://toko.ideaktiv.com/product/ya-aku-mampu-susukan-anak/

“..Saya Peluk Kata Azal Tak Gila” – Tulis Info Salah Tentang Anak Zarina Zainuddin, Ramai Berang!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI