“Saya Okey Saja Begini.” Kekal Cantik Diusia 50-an, Raja Ema Tak Ralat Hidup Sendirian Lebih 20 Tahun.
Bahagia ini yang kita yang pilih. Usah sedih dengan apa yang berlaku dalam hidup. Jadikan ia sebagai semangat untuk terus hidup dengan sabar. Pastinya di penghujung ada manisnya.
Bagi penyanyi dan pelakon Raja Ema, berkata tiada istilah sunyi dalam hidupnya biarpun hidup sendirian lebih 20 tahun.
Kekal menawan pada usia separuh abad, Raja Ema bahagia hidup bersama dua orang anaknya peneman hidup iaitu Putera Ammar, 28, dan Putera Al Kashah, 26.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menurut Harian Metro, Raja Ema yang pernah dipopularkan pada tahun 80-an iaitu Jejaka Idaman dan Angan Angan mengakui sudah malas untuk berfikir soal jodoh atau mencari teman hidup.
Katanya lagi yang kini aktif berlakon, urusan jodoh ini tidak diketahui bagaimana akhirannya. Kalau berniaga atau terbabit dalam dunia seni akan tahu pencapaiannya.
“Saya bukan nak menakutkan sesiapa tetapi bila bab perkahwinan ini kita berurusan dengan manusia.
Kalau kita berharap perkahwinan yang dibina itu sehingga ke syurga sekali pun, belum tentu kita dapat mencapainya.”
Ads
“Tiada istilah sunyi dalam hidup saya. Kalau ada pasangan belum tentu saya boleh buat macam-macam benda,
SAYA TIDAK SUNYI. SAYA OKEY SAJA BEGINI.
Mengakui ada yang bertanya mengenai kehidupan solonya, Raja Ema tidak ralat hidup sendirinya baginya itu cukup membahagiakannya.
Ads
“Cuma saya sudah tetapkan yang mati nanti pun seorang, jadi saya okey saja begini. Tipulah kalau saya katakan saya tidak takut apabila bersendirian, lebih-lebih lagi baru dijangkiti Covid-19 pada awal tahun ini sehingga tidak dapat teruskan perniagaan.
Katanya lagi, tidak meletakkan sebarang harapan tapi biarlah urusan jodoh ini datang pada waktu yang tepat.
Kehidupan rumahtangga perlu saling lengkap melengkapi. Tidak perlu menjadi terlalu sempurna terima seadanya pasangan. Yang penting saling faham memahami antara satu sama lain.
Begitu juga kasih sayang seorang suami yang setia dan bertanggungjawab sentiasa menjadikan rumahtangga sentiasa harmoni.
Bagi pasangan bahagia dan sentiasa ceria, pengacara dan pelakon Awal Ashaari dan isterinya Scha Alyahya kehiduapan mereka sentiasa mencuri perhatian peminatnya termasuk anaknya Lara Alana.
Terbaharu, menerusi perkongsian Instagram Awal Ashaari meluahkan rasa rindu buat isterinya, Scha Alyahya yang kini telah mula bekerja seperti biasa setelah cuti berehat selepas melahirkan anak kedua mereka baru-baru ini.
Dah 44 hari dia ada kat rumah ni, tetiba takde satu hari rasa sunyi pulak. How are you doing mommy @schaalyahya
Dalam hantaran itu dibalas dengan nada gurauan oleh isterinya mengatakan sepanjang tempoh hamil berada di rumah.
WIN JAWAPAN SCHA!
Nyata pasangan ini tetap sweet walaupun sibuk menguruskan bayi yang baru lahir.
Dalam pada itu, beliau juga berkongsi gambar sedang memasak dan menjaga anak-anak sementara ketiadaan Scha dalam tempoh urusan bekerja.
Dia nak test konon kita tak sayang kat dia semalam..Bukan je kita jaga anak anak dia time dia first day kerja hari ni..Kita siap masak kan dia apa yang korang semua dok vote untuk dia semalam. Masak sebelah tangan, buat reel sebelah tangan.. takkan tak nampak sayang lagi kot? Meh la balik makan. Hantar susu sekali. Anak dah riau dah ni.. 😬 @schaalyahya
Statistik menunjukkan bahawa satu daripada enam kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental, dan kadar ini telah meningkat dua kali ganda sejak tahun 2019.
Sebagaimana menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023: Penyakit Tidak Berjangkit dan Permintaan Jagaan Kesihatan, beban masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dari kawasan bandar adalah lebih tinggi berbanding mereka yang berada di luar bandar.
Laporan Institut Kesihatan Umum itu, yang diterbitkan pada 2024, mendedahkan bahawa 46 peratus kanak-kanak mempunyai masalah dengan rakan sebaya, 25 peratus mempunyai masalah tingkah laku, 17 peratus mempunyai masalah emosi dan lapan peratus mempunyai masalah hiperaktif manakala lebih ramai kanak-kanak perempuan mengalami masalah kesihatan mental berbanding lelaki.
Kajian itu membabitkan 2,400 kanak-kanak berumur lingkungan lima hingga 15 tahun dan maklumat dikumpul daripada ibu bapa atau penjaga responden.
Memetik laporan Bernama, Pensyarah Kanan merangkap Ahli Psikologi Klinikal Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia (PsiTra) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Hilwa Abdullah @ Mohd Nor berkata, impak pandemik Covid-19 yang memaksa masyarakat ‘berkurung’ di rumah memberi kesan kepada masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak ketika ini.
Beliau berkata, kanak-kanak adalah golongan yang mudah terjejas dari segi emosi terutama apabila berdepan perubahan gaya hidup kerana mereka masih muda dan mempunyai batasan dalam aspek mengawal emosi serta tekanan.
“Imbas kembali ketika pandemik, kita mengalami perubahan gaya hidup yang drastik iaitu batasan pergerakan serta aktiviti perlu dilakukan secara dalam talian termasuk sesi pembelajaran dan kanak-kanak ini perlu menghadapi cabaran dunia maya.
“Batasan itu menyebabkan mereka tidak boleh meluahkan emosi sehingga menyebabkan kemurungan yang cenderung mencederakan diri sendiri… fitrah kanak-kanak suka bermain dan melakukan aktiviti fizikal di luar tetapi apabila mereka terpaksa duduk di dalam rumah, sebagai contoh, main permainan dalam talian dan media sosial, ini antara faktor golongan ini semakin rapuh dari segi emosi dan mereka juga tidak tahan lasak,” katanya.
Dr Hilwa berkata, pengaruh media sosial juga memberikan impak besar dan tekanan kepada kanak-kanak antaranya mereka akan cenderung membuat perbandingan sosial, fenomena FOMO (perasaan takut apabila ketinggalan daripada perkembangan semasa) serta obsesif atau penatalan kompulsif.
GAJET BERLEBIHAN
Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi) Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Intan Farahana Abdul Rani pula berkata, antara punca masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak ialah penggunaan gajet secara berlebihan.
Beliau berkata, ini mengakibatkan mereka kurang berinteraksi secara sosial dan fizikal manakala faktor lain termasuk persekitaran pendidikan yang kompetitif dengan jangkaan penjaga terlalu tinggi terutama apabila kanak-kanak tidak diberi ruang bermain atau berehat.
Dalam pada itu, katanya lagi, persekitaran keluarga yang tidak stabil termasuk konflik antara ibu bapa, perceraian atau pengabaian emosi dan trauma awal kanak-kanak kerana menghadapi kes penderaan atau kemalangan juga antara faktor masalah kesihatan mental.
“Faktor-faktor ini jika tidak ditangani dengan baik boleh mempengaruhi emosi dan tingkah laku kanak-kanak dalam jangka panjang,” katanya
Dr Intan Farahana berkata, pengesanan awal adalah kunci utama dalam menangani isu kesihatan mental kanak-kanak dan ibu bapa perlu peka terhadap sebarang perubahan dalam tingkah laku, emosi serta tabiat harian anak-anak.
Sebagai contoh, perubahan corak tidur, hilang minat terhadap aktiviti kegemaran, kerap menangis atau cepat marah boleh menjadi tanda-tanda awal.
Beliau berkata saringan bagi aspek perkembangan emosi itu boleh dilaksanakan melalui Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan dari NCDRC, UPSI yang mengumpulkan data golongan berkenaan serta diisi oleh pendidik membabitkan kanak-kanak di bawah usia empat tahun. – Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebenarnya nak mendidik anak ini memang mencabar. Jika salah didik, anak akan menjadi seorang yang berperwatakan tidak mempunyai budi pekerti yang baik.
Hakikatnya untuk mempunyai anak yang baik, salah satunya dalam diri mereka perlu ada saling menyayangi antara satu sama lain.
Jadi, asasnya adalah kasih sayang ibu bapa itu kepada anaknya. Dengan ini secara tidak langsung membentuk kendiri yang baik untuk anak itu.
Begitulah perkongsian oleh Dr Taufiq Razif di facebook miliknya.
Ikuti perkongsiannya
” Anak suka pukul orang kalau dalam dirinya tak penuh “
Sebelum solat isyak tadi saya sempat We Time dengan bidadari saya. Sambil pegang tangan dia saya akan tanya bermacam macam soalan tentang aktiviti seharian dia dengan anak anak.
Sambil sambil tu dia ada kongsi teknik dan formula yang dia sendiri amalkan untuk handle anak anak yang suka pukul dan gaduh dengan orang lain.
Bidadari saya ni suka jaga anak anak yang umur 6 tahun ke bawah. Anak anak jiran pun kadang dia tolong jagakan.
Memang kadang tu mereka akan bergaduh dan saling memukul.
” Nabilah perasan bila kita banyak peluk anak anak ni jadi kurang pukul dan gaduh dengan orang lain. Untuk memberi dan berkongsi mereka kena penuh dulu “
Jika kita nak anak kita beri kasih sayang, mereka kena ada kasih sayang dulu. Biar dada dan hati mereka penuh dengan kasih sayang, barulah mereka boleh bagi kasih sayang tu pada kawan kawan dan adik beradik mereka.
Jika dalam hati anak kosong, lesu dan kurang kasih sayang maka mereka akan pancarkan benda tu pada adik beradik dan kawan kawan mereka. Mulalah mereka jadi ganas, suka pukul dan suka merampas.
Jadi betullah pegangan saya selama ni tentang satu ayat ni ” You can’t give what you don’t have”
TAK PERLU MARAH ANAK TAPI PELUK DAN PEGANG TANGANYA
Kadang kita tak perlu marah anak balik pun kalau mereka terbuat silap.
Ada masanya kita cuma kena pegang tangan mereka, sayang mereka dan peluk mereka ketat ketat tanpa perlu berkata kata apa apa pun kerana love needs no words as it is the universal language from the heart “
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.