Kehidupan sebuah rumah tangga bagaikan sebuah percaturan dalam kehidupan. Memang benar setiap pasangan yang berkahwin inginkan sebuah keluarga yang bahagia dan hubungan harmoni sehingga akhir hayat.
Namun kadang kala, cabaran hidup itu membuatkan perkahwinan itu goyah. Malah tidak dinafikan salah satu punca perceraian adalah akibat faktor ekonomi yang tidak mantap.
Akibatnya isteri ditinggalkan suami. Lebih menyedihkan isteri tidak mempunyai punca pendapatan.
Sedari akan hal ini, wanita ini menetapkan syarat kepada bakal suaminya sebelum berkahwin agar masa depannya terjamin.
Bukan pentingkan diri, baginya ia adalah syarat untuk ‘membantu’ dirinya selepas bergelar isteri.
Ikuti kisah wanita ini yang boleh dijadikan inspirasi.
Letak syarat pada bakal suami
Masa dilamar belasan tahun lepas, akak bagitau satu syarat :
“Saya ni workaholic. Saya orang yang gila bekerja. Saya punya visi hidup. Saya nak jadi wanita berharta. Kitapun dah kenal lama.
Nak jadi suami saya? Boleh. Hanya satu syarat. Saya boleh menjadi isteri yang taat selagi awak tidak menghalang urusan kerjaya saya. Mak Abah sekolahkan saya hingga university. Saya tak nak sesiapapun halang visi, kerjaya dan perniagaan saya.”
“Sanggup?” Akak tanya dengan straight forward.
“Saya fikir dulu”. Itu yang boyfriend akak cakap. Akak senyum aja. Waktu tu muda dan cantik. Boyfriend ini tak sanggup, tak pe. Akak boleh move on. Sentiasa ada arjuna lain nak jadi boyfriend kan? #apeni?
“Ambiklah masa. Fikir masak-masak. Sebab saya bukan perempuan cam dalam drama petang-petang yang akan diam dan pasrah. Jika saya tak bahagia, saya akan berterus terang. Jika awak tak mampu settle isu hingga menyakiti saya, awak akan ditinggalkan pada bila-bila masa” Akak beritahu lagi. Terus terang. Mudah.
Beberapa hari kemudian, dia ajak beli cincin. White diamond. Bulan yang sama bertunang dan tahun yang sama bernikah. Fast foward, hari ini anak sepasang. Cincin pertama itu masih ada. Simpanlah logam emas, perak dan permata gais! Bertahan lama.
Kami bermula dengan sama-sama bergaji kecik. Ya… Akak workaholic. Bekerja siang malam. Suami ini menunaikan janji, tidak merungut dan tidak pernah menghalang urusan kerjaya dan perniagaan akak.
Akak biasa jam 2 pagi ke airport urusan kerja. Biasa ke luar negara berkali-kali sambil bawak segala alat breastfeeding. Anak masih merah? Suami balik kerja, dia uruskan semua. Bila lihat akak workaholic, suami pun semakin bersemangat dan rajin bekerja.
Berjaga malam? Boleh dikira dengan jari. Selebihnya suami bangun uruskan anak. Akak? Kebanyakan masa akak di tempat kerja. Siang malam, kepala akak sentiasa hanya fikir, what’s next? Kerja lagi. Dan lagi.
Sebagai engineer, suami juga sibuk. Tapi dia menunaikan janji untuk tidak campurtangan urusan kerjaya dan perniagaan akak.
Akak mungkin bukan isteri yang baik. Tapi akak isteri yang boleh memberikan idea tentang visi. Bersama suami, akak sentiasa bercakap tentang next project dan idea masa depan.
Akak mungkin isteri yang tidak sempurna. Tetapi akak adalah life partner mampu membawa keluarga ke arah strategic planning. Hingga tahap yang nak capai tahap miskin kembali tu susah la…
Hargai suami dengan pemberian hadiah kereta impian
Hari ini,
Alhamdulillah akak pulangkan segala kebaikan suami dengan belikan dia kereta impian. Bawak sekeluarga travel bila-bila masa. Apa sahaja yang dia mahu, akak akan tunaikan sebagai penghargaan dia yang konsisten menunaikan nafkah dan menjaga keluarga.
Sekarang dah tua… Akak pun ambik keputusan tahun ke-18 ini untuk bersara makan gaji.
Dengan persediaan lengkap persaraan selesa. Sekarang masa untuk akak lepak di rumah, slow down kerjaya dan kerap menikmati hidangan makan bersama dia.
Bila akak dengar kisah isteri korbankan kerjaya dan end up suami tinggalkan? AKAK RASA SEDIH. Tak berbaloi girls!
Anda korbankan semua end up, suami tongsampah kan pengorbanan anda. Jika sumbangan anda sebagai surirumah dihargai – berbaloi. Jika tidak dihargai, sia-sialah penat lelah anda mengurus keluarga. Suami tak nampak pun penat lelah anda.
Buat ibu bapa di luar sana, beritahu anak gadis masing-masing. Elak berkorban kepada suami hingga terabai masa depan diri. Semua wanita sepatutnya tidak buta dalam bercinta. Sia-sia nanti terluka.
Ya, akak selfish mungkin.
Akak amat utamakan visi hidup akak. Bagi akak, jika akak bahagia, barulah akak dapat bahagiakan orang-orang yang akak sayang. Bagaimana seseorang yang tidak bahagia mampu memberikan kebahagiaan?
Cinta itu bukan sekadar memberi. Tapi cinta itu adalah hubungan dua hala yang sama-sama memberi, sama-sama menerima dan sama-sama bahagia.
Sumber: Marlia Ramli
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.