Jaguh Basikal Negara, Datuk Mohamad Azizulhasni Awang, yang baru-baru ini menjalani pembedahan jantung di Australia.
Sebelum itu, Azizulhasni mengadu mengalami sakit dada pada Februari lalu dan dirujuk kepada pakar jantung di Melbourne, Dr Barveen Aisha untuk pemeriksaan lanjut. Dia kemudian menjalani pembedahan di Hospital Epworth Richmond di Victoria, Australia pada 21 April.
“Saya tak rasa apa-apa ke dari kecil? Kenapa baru sekarang rasa symptom dia? Macam mana boleh tiba-tiba nak buat screening?
“Bercakap pasal symptom ni agak panjang ceritanya, tapi jika dipendekkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini ianya semakin kuat dan jelas lagi-lagi ketika saya membuat persiapan ke Sukan Olimpik. Ketika itu saya ingat semua tu adalah disebab oleh proses umur yang semakin meningkat.
“Semuanya bermula apabila saya kembali berlatih selepas tamat Sukan Olimpik. Selepas pulang dari satu sesi latihan tu, saya rasa sakit dada yang teramat dan tidak pernah saya alami situasi seperti itu. Saya tahu kali ini bukan biasa-biasa kerana symptoms dia adalah lain daripada yang lain.
Tambahnya lagi, doktor mengesan ada kelainan pada keputusan yang diperoleh membuatkan pelbagai ujian dilakukan untuk mengetahui lebih lanjut.
“Akan tetapi doktor di wad kecemasan telah mengesan sesuatu yang agak berlainan sedikit pada graf keputusan ECG saya. Dari sinilah doktor keluarga saya (family GP) iaitu Dr Ati memainkan peranan penting pada peringkat awal untuk merungkai apakah permasalahan yang sebenarnya.
“Saya berada di wad kecemasan hampir 5jam, mereka melakukan pelbagai ujian dan hasilnya tidak pun menunjukkan yang saya telah mendapat serangan jantung. Tidak ada peningkatan Troponin dalam darah yang menjadi salah satu tanda kalau mendapat serangan jantung,”ujar Azizulhasni lagi.
“Masa pertama kali mengetahui yang saya ada kondisi ni, doktor pakar jantung terkejut dan kata ‘someone look after you and you’re so so lucky’. Ini bukan kali pertama saya terima kenyataan seperti ini. Waktu pertama kali dahulu adalah ketika kaki saya tertusuk kayu di Manchester.
“Doktor tu kata kalau saya seorang manusia biasa yang tidak aktif pun risiko dia dah tinggi, apatah lagi apabila rutin harian saya sentiasa berlatih di tahap intensiti tinggi dan berlumba di peringkat dunia termasuklah Olimpik Tokyo baru-baru ini. Tidak ada mustahil jika Allah mengkehendakinya ujar saya.
“Keadaan saya ini ibarat bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa. Doktor juga bagi perumpaan yang melintas jalan raya, kemungkinannya untuk selamat adalah lebih tinggi dari situasi kondisi jantung saya ini. Yang mana faham, mereka fahamlah. Saya memang pasrah waktu tu.
“Saya boleh mati pada bila-bila masa, bayangkan kalau korang dapat berita macam tu. Doktor nasihatkan saya untuk berhenti berlatih dahulu buat seketika waktu sebelum membuat diagnosis kedua untuk ‘double check’.
“Akan tetapi saya sedikit degil, masih teruskan latihan seperti biasa sebab memikirkan Sukan Komanwel tinggal berapa bulan je lagi. Waktu tu juga hemat saya, kalau saya akan mati ‘anytime’ pun, saya nak buat apa yang saya nak buat dulu.
“Saya nak manfaatkan Ramadhan sepenuhnya, teruskan aktiviti kegemaran saya iaitu berkayuh dan setiap hari saya luangkan masa sepenuh-penuhnya dengan isteri dan anak-anak seperti tiada hari esok. Tanpa anak-anak tahu yang abi nya mungkin akan pergi pada bila-bila masa.
Sumber: Azizulhasniawang
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club