“Saya Minta Maaf Tidak Dapat Jaga Dia.” Baru Berusia Sehari, Bayi Ditinggalkan Bersama Sekeping Nota, Lengkap Berpakaian & Berselimut Kain Pelikat Buat Netizen Sebak

Share

Saban hari, boleh dikatakan ada sahaja kes buang bayi. Sebak, sedih dan marah antara perasaan yang diluahkan netizen dek perbuatan yang tidak bermoral itu.

Terbaru, seorang bayi yang baru usia sehari ini menyentuh hati netizen kerana ditinggalkan dengan sekeping nota yang berbunyi:

“Tolong jaga atau letakkan dia di rumah anak yatim. Saya minta maaf kerana tidak dapat jaga dia. Terima kasih.”

Demikian tulisan tertera bersama seorang bayi lelaki awal semalam. Bayi lelaki tersebut dilaporkan ditemui di pintu masuk sebuah surau di Taman Subang Perdana, Sungai Buloh pada jam 6 pagi oleh ahli kariah surau berkenaan.

Saat ditemui, bayi lelaki itu ditinggalkan dengan sekeping nota dan lengkap berpakaian berwarna biru bersama sarung tangan dan diselimuti kain pelikat.

Bayi berkenaan didakwa masih hidup dan sihat. Gambar itu sedikit-sebanyak menimbulkan rasa sebak penduduk tempatan dan rata-rata netizen yang melihatnya.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, penduduk tempatan yang menemui bayi lelaki itu menghubungi Balai Polis Kampung Baru Subang.

“Siasatan awal mendapati, bayi berkenaan tidak mempunyai sijil kelahiran dan usianya dipercayai sehari.

“Pemeriksaan tali pusat bayi berkenaan mendapati tali pusat sudah dipotong,” katanya.

Shafa’aton berkata, pemeriksaan awal pegawai perubatan dari Hospital Sungai Buloh di tempat kejadian mendapati fizikal bayi dalam keadaan normal dan stabil.

“Bayi berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut.

“Pemeriksaan di tempat kejadian dapati tiada kamera litar tertutup (cctv). Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.

Gambar itu mendapat reaksi dari orang ramai. Rata-rata melahirkan rasa sebak dan kecewa dengan perbuatan si ibu yang sanggup membuang bayinya sendiri.

Rogayah Din Kalau ibu yg betul2 syg ank dia….rsa nya x akn tinggalkn bby tu .
Tanda2akhir zaman..hilang rsa kasih & sayang..sebagai OPAH..Sebak sayu .sambil mndoakn agar Bby ni selamat dunia akhirat..Aamiin

Baby tengah tido. Mesti mak dia sedih, baby kalo tido lepas kenyang menyusu. Mak dia berat hati tp kita xtau apa masalah sebenar. Moga kamu membesar dlm keluarga yang baik2. Moga dipertemukan semula ibu dan anak di masa depan. ?

Baby tengah tido. Mesti mak dia sedih, baby kalo tido lepas kenyang menyusu. Mak dia berat hati tp kita xtau apa masalah sebenar. Moga kamu membesar dlm keluarga yang baik2. Moga dipertemukan semula ibu dan anak di masa depan. ?

 Tu la orang yang dah kahwin berpuluh tahun tak dapat punya anak.orang yang dapat anak dibuang buang pulak.ape dh jadi ngan dunia ni.

Tak kurang yang memberi komen menyebelahi ibunya yang pasti terpaksa berbuat demikian.

Megat Hamid Megat Ali Tengok baby tu elok, mesti wangi.. kita pon tak tau apa masalah ibu ni, moga semua dipermudahkan.

Cahaya Cahaya Dlm lengkap berpakaian..sarung tangan dn selimutkan baby tu terlihat ad juga rasa kasih seorg ibu pd anknya..mungkin terpaksa n keadaan memaksa si ibu lepaskan anaknya tu..??

Intan Sueraya Ibu nye syg dia.. tapi Keadaan memaksa dia berpisah dgn ank nye..
kita tgk ank nye elok d pakaikan baju cantik,sarung tgn sume siap.. siap nota lg…
dia benar2 syg .. mgkin prasaan takut tu dtg, dia terpksa buat camni… smoga bertaubat dik… Allah Maha Pengampun..

Umy Suliza Sulaiman bilaa ada ibu buang ank bunuh ank .. ramai meroyan kata bagii laa org .. xde hati perut bunuh ank mcm tu yada yada yada .. bila dia bagii org .. org ckp pulaa patut buat DNA test dekat mlysia nii senang nk trace mak bby nii .. senang nk report laa ape laa .. xpaham netizen mlysia nii nk ape sbenarnyee .. Xnmpak ke ibu tu syg ank dia .. elok dipakaikan pkaian .. cuma kita xthu masalah dia .. cuba trime dgn hati yg trbuka jgn nk sempit sgtt otak tu krja nk kecam org xhabis2 ..

Sumber:  Harian Metro Online