HomeKekeluargaan“Saya Minta Maaf Tidak Dapat Jaga Dia.” Baru Berusia Sehari, Bayi...
“Saya Minta Maaf Tidak Dapat Jaga Dia.” Baru Berusia Sehari, Bayi Ditinggalkan Bersama Sekeping Nota, Lengkap Berpakaian & Berselimut Kain Pelikat Buat Netizen Sebak
Saban hari, boleh dikatakan ada sahaja kes buang bayi. Sebak, sedih dan marah antara perasaan yang diluahkan netizen dek perbuatan yang tidak bermoral itu.
Terbaru, seorang bayi yang baru usia sehari ini menyentuh hati netizen kerana ditinggalkan dengan sekeping nota yang berbunyi:
“Tolong jaga atau letakkan dia di rumah anak yatim. Saya minta maaf kerana tidak dapat jaga dia. Terima kasih.”
Demikian tulisan tertera bersama seorang bayi lelaki awal semalam. Bayi lelaki tersebut dilaporkan ditemui di pintu masuk sebuah surau di Taman Subang Perdana, Sungai Buloh pada jam 6 pagi oleh ahli kariah surau berkenaan.
Saat ditemui, bayi lelaki itu ditinggalkan dengan sekeping nota dan lengkap berpakaian berwarna biru bersama sarung tangan dan diselimuti kain pelikat.
Bayi berkenaan didakwa masih hidup dan sihat. Gambar itu sedikit-sebanyak menimbulkan rasa sebak penduduk tempatan dan rata-rata netizen yang melihatnya.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, penduduk tempatan yang menemui bayi lelaki itu menghubungi Balai Polis Kampung Baru Subang.
Ads
“Siasatan awal mendapati, bayi berkenaan tidak mempunyai sijil kelahiran dan usianya dipercayai sehari.
“Pemeriksaan tali pusat bayi berkenaan mendapati tali pusat sudah dipotong,” katanya.
Shafa’aton berkata, pemeriksaan awal pegawai perubatan dari Hospital Sungai Buloh di tempat kejadian mendapati fizikal bayi dalam keadaan normal dan stabil.
“Bayi berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut.
“Pemeriksaan di tempat kejadian dapati tiada kamera litar tertutup (cctv). Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.
Ads
Gambar itu mendapat reaksi dari orang ramai. Rata-rata melahirkan rasa sebak dan kecewa dengan perbuatan si ibu yang sanggup membuang bayinya sendiri.
Rogayah DinKalau ibu yg betul2 syg ank dia….rsa nya x akn tinggalkn bby tu .
Tanda2akhir zaman..hilang rsa kasih & sayang..sebagai OPAH..Sebak sayu .sambil mndoakn agar Bby ni selamat dunia akhirat..Aamiin
Baby tengah tido. Mesti mak dia sedih, baby kalo tido lepas kenyang menyusu. Mak dia berat hati tp kita xtau apa masalah sebenar. Moga kamu membesar dlm keluarga yang baik2. Moga dipertemukan semula ibu dan anak di masa depan. ?
Baby tengah tido. Mesti mak dia sedih, baby kalo tido lepas kenyang menyusu. Mak dia berat hati tp kita xtau apa masalah sebenar. Moga kamu membesar dlm keluarga yang baik2. Moga dipertemukan semula ibu dan anak di masa depan. ?
Ads
Tu la orang yang dah kahwin berpuluh tahun tak dapat punya anak.orang yang dapat anak dibuang buang pulak.ape dh jadi ngan dunia ni.
Tak kurang yang memberi komen menyebelahi ibunya yang pasti terpaksa berbuat demikian.
Megat Hamid Megat Ali Tengok baby tu elok, mesti wangi.. kita pon tak tau apa masalah ibu ni, moga semua dipermudahkan.
Cahaya CahayaDlm lengkap berpakaian..sarung tangan dn selimutkan baby tu terlihat ad juga rasa kasih seorg ibu pd anknya..mungkin terpaksa n keadaan memaksa si ibu lepaskan anaknya tu..??
Intan SuerayaIbu nye syg dia.. tapi Keadaan memaksa dia berpisah dgn ank nye..
kita tgk ank nye elok d pakaikan baju cantik,sarung tgn sume siap.. siap nota lg…
dia benar2 syg .. mgkin prasaan takut tu dtg, dia terpksa buat camni… smoga bertaubat dik… Allah Maha Pengampun..
Umy Suliza Sulaimanbilaa ada ibu buang ank bunuh ank .. ramai meroyan kata bagii laa org .. xde hati perut bunuh ank mcm tu yada yada yada .. bila dia bagii org .. org ckp pulaa patut buat DNA test dekat mlysia nii senang nk trace mak bby nii .. senang nk report laa ape laa .. xpaham netizen mlysia nii nk ape sbenarnyee .. Xnmpak ke ibu tu syg ank dia .. elok dipakaikan pkaian .. cuma kita xthu masalah dia .. cuba trime dgn hati yg trbuka jgn nk sempit sgtt otak tu krja nk kecam org xhabis2 ..
Sumber: Harian Metro Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kenaikan barang-barang masak dipasaran buat kita berkira-kira untuk membeli stok barangan yang banyak di rumah. Mungkin membeli dalam kuantiti yang sedikit adalah tindakan wajar.
Tapi kalau nak lebih jimat, ibu-ibu sebenarnya boleh mencuba buat sendiri beberapa jenis makanan. Sos antaranya yang boleh kita buat sendiri di rumah. Memang jauh lebih jimat.
Perkongsian resipi oleh Puan Rohaizan Shaari di facebooknya yang cuba menghasilkan resipi sos sendiri ini cukup menarik. Bagi yang berniaga pula, kosnya lebih jimat. Jom cuba!
“Mayonis, sos lada hitam, sos cili Thai semuanya saya buat sendiri. Jimat! Lagi-lagi kalau buat untuk berniaga ni, semua nak save. Lagi satu buat sendiri terjamin kebersihannya kan!. Dapat pujian, sedap dan kekalkan rasanya!!..aminnn. Tak perlu beli lagi. Kalau nak kuantiti yang banyak gandakan je ye resepinya ni ya kawan-kawan.
Kuantiti resepi yang saya kongsi ni tak banyak, mayonis dan sos chili, boleh tahan dalam sebulan kalau simpan dalam freezer dengan penyimpanan yang betul.
Resepi Mayonis
Bahan-bahan:
4 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1/2 biji lemon (air perahan lemon, kalau tak ada boleh gantikan dengan sesudu besar cuka makan)
2 cawan minyak masak
Cara-cara:
1. Masukkan semuanya kecuali minyak dan kisar.
2. Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan kisar lagi hingga putih dan likat.
3. Kemudian masak dengan api kecil. Kacau hingga pekat (jangan smpai mendidih)
4. Apabila dah masak, sejukkan dan kisar lagi hingga dapat tekstur yang halus.
Resepi Sos Black Papper
Bahan-bahan:
2 sudu lada hitam -direndam selama 4 jam
3 sudu makan tepung gandum
1 biji bawang Holland -dicincang
1 kiub ayam
1 cawan air
3 sudu besar mentega
2 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
Cara-cara:
1. Cairkan mentega.
2. Masukkn bawang dan lada hitam sehingga naik bau.
3. Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan air dan kiub ayam kemudian kicap untuk warna yang kita mahu.
5. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Masak hingga pekat.
Resipi Sos Cili Thai
Bahan-bahan:
10 biji cili besar
5 biji cili merah kecil
3 ulas bawang putih
1 cawan gula
3 sudu tepung jagung -untuk pekatkan
Sedikit garam
2 sudu makan cuka
4 cawan air
Cara-cara:
1. Kisar cili bersama bawang putih.
2. Masukkan ke dalam periuk dan masak sehingga medidih.
3. Masukkan gula kemudian cuka dan garam.
4. Masukkan air dan bancuhan tepung jagung.
5. Sentiasa kacau dan jangan sampai berketul. Kacau lagi hingga berkilat dan pekat.
Takziah diucapkan buat penyanyi, Khai Bahar yang kehilangan ibunya, Rosnah Mohamad, 62, yang dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 10.40 malam tadi.
Perkhabaran duka itu dikongsikan oleh pengurus Khai yang dikenali sebagai Jai menerusi hantaran di Instagram Story.
“Saya pengurus yang mewakili pihak Khai ingin memaklumkan bahawa Mak Ros (panggilan ibu Khai) telah menghembuskan nafas terakhir di Perlis sekitar jam 10.40pm.
“Proses solat jenazah akan diadakan pada 3 Jan di Masjid Tuanku, Kangar sejurus selepas solat Zohor diikuti dengan pengkebumian di tanah perkuburan Tok Paduka,” kongsinya.
Sementara itu, menurut perkongsian adik Khai, Syakira Baharuddin, ibu tercinta mereka meninggal dunia dalam keadaan tidur.
“Mohon sedekah al-Fatihah buat ibunda tercinta Rosnah binti Mohamad. Mak pergi dalam keadaan tidur,” tulisnya.
Tidak dapat dipastikan namun ibu Khai dikhabarkan telah lama mengalami masalah kesihatan yang kurang memuaskan.
Malah beberapa perkongsian hantaran di Instagramnya, Khai sering berkongsi masalah ibunya yang kurang sihat.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Ayah mana yang tidak sibuk mencari rezeki untuk menyara keluarga. Namun jangan dilupakan anak-anak yang perlukan perhatian, lebih-lebih lagi anak lelaki.
Jangan biar tangki emosi anak terabai. Hati dan perasaan anak-anak yang inginkan perhatian dan kasih sayang daripada seorang ayah sewajarnya tidak boleh diambil ringan.
Apatah lagi, bagi anak lelaki sebenarnya mereka mahu lakukan banyak perkara dan aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama ayah. Ambil masa anda!
Jadi usah lepaskan masa keemasan ketika anak-anak masih kecil dengan begitu sahaja, walau sibuk sekali pun cuba lakukan sekurang-kurangnya 5 perkara ini bersama-sama anak lelaki bagi mengisi ‘tangki’ emosi yang diperkatakan oleh Dr Redza Zainol. Nak tahu detail ini perkongsiannya;
Anak lelaki suka buat 5 perkara ini dengan ayahnya.
✔️ Anak lelaki sukakan aktiviti fizikal bersama ayah:
– memeluk ayah
– bermain lawan-lawan
✔️ Anak lelaki suka bila ayahnya bercerita tentang kisah hidupnya semasa kecil remaja dulu.
✔️ Anak lelaki suka bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan ayah dan tahu pekerjaan apa yang kita buat.
✔️ Anak lelaki suka kalau kita ajarkan mereka apa saja.
– membaiki sesuatu
– ajarkan subjek matematik
– ajar cara menyepak bola
– ajar main badminton
– ajar melompat
✔️ Suka ikut ayahnya keluar rumah.
Bila keluar bersama ayah, umpama mereka mengembara bersama idola mereka.
Melihat dunia luar yang asing tetapi terasa sangat selamat ditemani oleh ayah yang pada mereka seorang pelindung yang hebat.
5 perkara ni jika ayah buat, ia umpama sedang menabung dalam tangki emosi anak.
Kita lelaki sibuk tak kira masa. Ada masa kita terlalu banyak kerja hakiki dan lambat balik ke rumah. Anak pula tertunggu di depan pintu, mengharap wajah si ayah sebelum dia tertidur.
Pada waktu sibuk beginilah tabungan kita tu diguna. Ketika anak ternanti-nanti itulah dia teringat momen indah bersama ayahnya. Dalam hati si kecil, dia faham ayahnya sibuk tapi tetap sayang padanya. Dan bila kita pulang, kita isi semula tabung tangki emosi tadi tu sebelum ia menjadi kering kontang.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...