“Saya Minta Ampun Maaf… Saya Sayang Abah.” Pelukan Terakhir Jadi Kenangan, Anak Maut Dalam Kebakaran

Share

Si ayah tidak menyangka rutin pelukan terhadap anak lelakinya sebelum ke tempat kerja adalah yang terakhir.

Muhammad Nur Iqmal Iman Mohd Shakrisham yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemui meninggal dunia dalam satu kebakaran dalam salah sebuah bilik yang terbakar 80 peratus.

Menurut bapanya, Mohd Shakrisham Mohamad, anaknya yang berusia 18 tahun itu tinggal sendirian di rumah manakala dia bekerja di salah sebuah pasar mini berdekatan.

“Saya keluar bekerja pada jam 6.40 pagi dan menutup pintu seperti biasa. Ketika sedang bekerja, ada orang datang beritahu rumah terbakar dan tidak sangka itu rumah saya,” katanya sebak.

Tambah Mohd Shakrisham, anaknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan malah tetap memeluk dan memohon maaf sebelum masuk tidur pada malam Sabtu.

“Saya minta ampun maaf… saya sayang abah. Itu kata-kata terakhir dia.

“Saya tidak rasa pelik sebab itu adalah rutinnya sebelum tidur, dia peluk dan mohon maaf ,” katanya yang terkejut dan sedih dengan kejadian berkenaan.

Difahamkan Mohd Shakrisham tinggal berdua bersama Nur Ikmal Aiman selepas isterinya meninggal dunia pada Mac lalu akibat barah.

Mohd Hafiz Hafizal berkata, difahamkan bahawa mangsa adalah OKU hiperaktif dan biasa ditinggalkan di rumah ketika bapanya keluar bekerja.

Terdahulu Harian Metro melaporkan seorang lelaki OKU berusia 18 tahun ditemukan rentung dalam kebakaran berkenaan.

Sumber: Harian Metro