Mak-mak ni bila buat sesuatu, takkan selalunya fokus. Mesti dalam pemikirannya ada berfikir perkara lain.
Samalah ketika shopping, waktu tu kepala mesti tengah fikir nak ambil barang apa lagi, nak masak apa balik nanti dan sebagainya sehinggakan boleh berlaku kejadian yang tidak diingini.
Misalnya seperti yang dialami oleh pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra di sapa Shiera atau kak rara di mana dek kerana tidak perasan, dia terbawa pulang seluar
dari sebuah pasaraya ketika membeli barang.“Hari ni dalam sejarah, saya pergi Giant beli barang, saya pegang macam ni, saya jalan, saya beli tudung, satu dunia saya pusing. Lepas tu saya balik dah tutup enjin kereta, saya baru nampak saya beli barang ada seluar sangkut tu bermakna saya mencuri” katanya dalam video yang dimuat naik di laman Tiktok.
Bagaimanapun, dia yang menyangka barang tersebut adalah tudungnya memohon maaf kepada pihak Giant dan berjanji akan membayar semula seluar
yang bernilai RM20 tersebut. Malah akuinya, ini merupakan kali kedua berlaku pada dirinya.“Eh balik selamba ek ni sebenarnya dah 2 kali jadi barang atas bahu main keluar tak bayar. Ingat tudung wei” tulisnya di ruangan kapsyen perkongsiannya.
@shieraijoyEhhhh balik selamba ekkkk ni sebenar dah 2kali jadi barang atas bahu main keluar tak bayar…ingat tudung …weii♬ original sound – shieraijoy
Meninjau di ruangan komen, bukan Shiera sahaja yang melalui situasi sama malah, ada juga beberapa pengikutnya yang turut berkongsi yang mereka alami. Bukan itu sahaja, ada juga yang terhibur dengan cara penceritaannya yang dikatakan lawak itu.
Baca juga :-
Simple Tapi Sedap! Resipi Churros Cicah Coklat Pekat, Likat Ni Confirm Lulus – KELUARGA
Peminat Popia Sira Sambal! Ini Tips Untuk Popia Kekal Rangup & Sedap. Anak Pun Suka – KELUARGA
Sumber : Tiktok @shieraijoy