Mak-mak ni bila buat sesuatu, takkan selalunya fokus. Mesti dalam pemikirannya ada berfikir perkara lain.
Samalah ketika shopping, waktu tu kepala mesti tengah fikir nak ambil barang apa lagi, nak masak apa balik nanti dan sebagainya sehinggakan boleh berlaku kejadian yang tidak diingini.
Misalnya seperti yang dialami oleh pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra di sapa Shiera atau kak rara di mana dek kerana tidak perasan, dia terbawa pulang seluar dari sebuah pasaraya ketika membeli barang.
“Hari ni dalam sejarah, saya pergi Giant beli barang, saya pegang macam ni, saya jalan, saya beli tudung, satu dunia saya pusing. Lepas tu saya balik dah tutup enjin kereta, saya baru nampak saya beli barang ada seluar sangkut tu bermakna saya mencuri” katanya dalam video yang dimuat naik di laman Tiktok.
Ads
Bagaimanapun, dia yang menyangka barang tersebut adalah tudungnya memohon maaf kepada pihak Giant dan berjanji akan membayar semula seluar yang bernilai RM20 tersebut. Malah akuinya, ini merupakan kali kedua berlaku pada dirinya.
“Eh balik selamba ek ni sebenarnya dah 2 kali jadi barang atas bahu main keluar tak bayar. Ingat tudung wei” tulisnya di ruangan kapsyen perkongsiannya.
Meninjau di ruangan komen, bukan Shiera sahaja yang melalui situasi sama malah, ada juga beberapa pengikutnya yang turut berkongsi yang mereka alami. Bukan itu sahaja, ada juga yang terhibur dengan cara penceritaannya yang dikatakan lawak itu.
Ibu adalah insan yang begitu bererti buat kita semua. Sebagai anak, jagalah hatinya. Telah banyak berkorban dilakukan olehnya untuk kita.
Ini sebagaimana perkongsian dan peringatan daripada ustaz Khairul Anuar Basri ini.
Jagalah hati ibumu. Kerana di situ terletak segala keajaiban.
Bila hati ibu gembira, segala nikmat dunia akan kita rasa. Nikmat akhirat tak usah nak cerita la. Itu dah tentu lebih hebat dan tiada taranya.
Bila hati ibu sedih sebab kita, hidup kita pasti akan jadi susah. Buat apa pun serba tak kena. Kita akan hilang banyak perkara, sama ada yang kita nampak atau pun tak nampak.
Tapi ibu ni memang manusia istimewa.
Walau macamana sedih pun dia dengan kita, dia tak akan sesekali buang kita dari doanya. Bahkan dia akan tetap akui kita anaknya, walau seluruh dunia mungkin membenci kita.
Di depan kita mungkin dia akan ignore kita. Tapi di belakang kita dia angkat tangannya kepada Allah. Dia akan sebut bahawa dia redha dan maafkan kita.
Dia halalkan segala makan minum kita. Dia nak hidup kita bahagia dunia dan akhirat.
Kalau kita bernasib baik, ibu kita akan layan kita macam biasa. Dia tak akan tunjuk yang dia terasa hati dengan kita. Tapi dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.
Jangan sombong dengan ibu kita. Jangan celupar mulut kita dengan ibu kita. Tak ada kita tanpa ibu. Tak ada manusia sehebat ibu.
Kita nak dibandingkan dengan ibu, kita ni sangat hina. Tak payah sembang bagus la. Kita memang hina, ibu sangat mulia.
Walaupun kita kadang-kadang kita rasa tak suka dengan ibu kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa tak setuju dengan ibu kita.
Walaupun kadang-kadang kita terasa hati dengan ibu kita. Telan sajalah. Anggap saja itu ujian dan godaan syaitan untuk jauhkan kita dari rahmat seorang ibu.
Sejak dari hari pertama ibu jadi isteri ayah kita, sejak dari hari itulah ibu akan berkorban untuk kita.
Kendong kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan. Ibu tak akan mengeluh dan buang kita.
Waktu bersalin, sakitnya ibu rasa. Darah banyak yang keluar. Urat banyak yang putus. Ibu tak akan merungut dan benci kita.
Semua tu bagai tak ada sebaik saja dengar bunyi tangisan kita. Segala sakit, susah dan penat hilang dalam sekelip mata.
Masa kita kecil, ibu jaga kita lebih dari jaga nyawa dia sendiri. Malam tak tidur kalau kita tak tidur. Siang ambil cuti kalau kita sakit.
Selagi kita tak kenyang, ibu tak akan makan. Selagi kita tak tidur, ibu tak akan habis urusannya di dapur.
Sampai kita tua, ibu tetap pandang kita macam anaknya yang masih kecil. Dijaganya kita. Dimasaknya untuk kita. Dinasihatnya kita. Dibebelnya kita.
Hebatnya seorang ibu.
Jangan sampai terhenti doa ibu untuk kita. Susah hidup kita nanti. Sebab itu kita kena selalu gembirakan hati ibu. Usaha untuk penuhi permintaannya. Dengar dan ikut cakap ibu.
Kena selalu minta ibu doakan kita. Doa ibu mustajab. Tidak ada hijab antara ibu dengan Allah SWT.
Beruntunglah orang yang masih ada ibu. Jagalah hati ibu baik-baik. Berhati-hati bila bercakap. Mulut jangan celupar. Pilih perkataan bila kita bercakap. Jangan ikut perasaan.
Nada suara mesti rendah. Jangan angkat suara dengan ibu. Jangan sampai perasaannya terguris. Semakin ibu tua, semakin sensitif hatinya.
Kena selalu beringat. Apa layanan kita terhadap ibu kita, begitulah nanti layanan anak kita terhadap kita.
Bagi yang ibunya telah tiada, jangan lupa untuk terus doakan ibu setiap masa. Walau telah hilang 1 sumber doa dan kekuatan, jangan pula kebaktian kita terhenti bersama nyawa ibu. Teruskan berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa ibu.
Selamat pagi semua.
Ingatlah ibu kita. Akan ada 1 masa kita rasa sangat susah, tak ada siapa pun yang akan sanggup tolong kita dunia akhirat lebih dari ibu kita.
Ya Allah, ampunkan dosa ibuku. Rahmatilah hidupnya dunia dan akhirat. Masukkan dia ke dalam syurgaMu tanpa hisab!
Sumber : Khairul Anuar Basri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak nak masuk asrama? Ini pesanan penting mak ayah kena bagi tahu. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal memasuki asrama, perasaan bercampur-baur pasti dirasai. Bangga kerana anak-anak berpeluang untuk berdikari, tetapi pada masa yang sama risau memikirkan bagaimana mereka akan menguruskan diri.
Sebelum anak melangkah ke alam asrama, ada beberapa perkara penting yang perlu ibu bapa sampaikan kepada mereka. Ini bukan sahaja untuk memastikan mereka bersedia secara fizikal, tetapi juga mental dan emosi.
1. Pesan pada anak, di asrama, tak macam di rumah. Mak boleh buatkan semua. Peraturan pun suka hati saja nak ikut ke tak.
Tapi kalau di asrama, kena ikut peraturan. Kemas katil sendiri, pinggan basuh sendiri, baju basuh sendiri, barang-barang jaga dengan elok, jaga kebersihan tandas yang dikongsi bersama.
2. Fahamkan anak yang setiap rakan-rakan di asrama nanti berbeza. Ada pendiam, ada peramah, ada pendendam, ada pembuli, ada terlalu advance bahkan ada yang sudah terdedah dengan vape.
Anak kena bersedia agar tidak berlaku kejutan budaya. Yang penting kena kuatkan diri. Jangan terikut kalau apa yang kawan buat tu benda tak elok. Walaupun nampak cool.
3. It’s ok kalau rasa rindu dengan keluarga. Ramai juga sebenarnya lalui masalah yang sama. Mama dengan ayah dulu pun macam itu.
Tapi usaha enjoy the moment dengan kawan-kawan di sana. Sebab moment itu pun akan berakhir satu hari nanti sampai kita pula rindu pada momen masuk asrama itu.
4. Anak umur ini fragile ya tuan-tuan puan-puan. Fizikal dia membesar. Tapi fikiran dia masih ‘budak-budak’. Mereka perlukan kita untuk diguide. Kalau jumpa pengaruh tak elok, memang mudah terpengaruh.
Cakap pada mereka, Mama dan ayah akan selalu tanya khabar awak. Spill everything. Kalau berlaku sesuatu yang tak ok, yang mengganggu fikiran awak, jangan rahsiakan.
You are still a kids.
You still need adult yang akan bantu you kalau you tak ok. But if you are ok, tapi kawan-kawan tak ok, bantu kawan cari dewasa yang boleh dipercayai untuk bantu dia. Ingat! Jangan berahsia!
5. Cakap pada anak, jangan sesekali biar kawan sentuh tanpa sebab yang munasabah. Walaupun untuk bergurau. Anak kena tahu sentuhan selamat. Anak kena tahu asas pendidikan seksualiti. Anak kena tahu sirah Nabi Lut. Betapa Allah melaknat hubungan kaum sejenis.
Mereka perlu tahu asrama adalah lokasi utama berlakunya gejala maksiat LGBT. Jangan layan jika ada ada orang nak jadikan adik angkat, ajak tidur bilik dia, tidur bersama satu katil serta tiada gurauan bila menyentuh private part. Ramai dewasa yang mula ada kecenderungan seksualiti ini bermula dari sekolah.
Kesimpulannya memasuki asrama adalah satu pengalaman baru yang penuh dengan cabaran dan peluang untuk anak-anak. Sebagai ibu bapa, penting untuk memberi mereka nasihat dan bimbingan sebelum melangkah ke sana. Dengan persiapan yang baik, anak-anak pasti akan dapat menyesuaikan diri dan menjalani kehidupan asrama dengan lebih yakin dan berdikari.
Menyimpan beras di dalam bekas tanpa ditutup atau terlalu lama boleh menyebabkan kutu beras ini membiak di dalamnya. Bubuk atau kutu beras ini sememangnya menjadi kepantangan kepada suri rumah. Paling menyakitkan hati apabila beras tersebut menjadi kurang enak, lembik dan mudah basi. Ia juga boleh mendatangkan ketidakselesaan selain mengurangkan kualiti beras.
Oleh itu, kena segera lakukan cara ini untuk elak daripada ‘serangan’ kutu beras ini. Caranya mudah dan cukup efektif.
6 Petua Beras Bebas Bubuk
1. Daun limau purut
Aroma herba yang kuat daripada daun limau purut bukan sahaja kutu beras tidak menyukainya malah sekali gus mampu menghilangkan bau beras yang hapak. Untuk lebih efektif, letakkan daun limau purut ini di tiga lapisan beras, iaitu bahagian bawah bekas, tengah dan atas.
2. Daun pandan
Kutu beras juga tidak suka dengan bau aroma daun pandan. Jadi ambil sehelai daun pandan dan simpulkan ia sebelum dimasukkan ke dalam bekas penyimpanan beras. Bukan sahaja kutu beras dapat dihilangkan malah beras menjadi lebih wangi.
3. Cili kering
Menggunakan cili kering juga amat efektif untuk menghindari adanya kutu beras. Caranya cukup mudah, cili kering dipotong dua dan letakkan di dalam bekas penyimpanan beras.
4. Jemur
Teknik ini sering dilakukan oleh ibu-ibu kita dahulu. Letakkan beras yang telah di’huni’ oleh kutu beras di dalam dulang atau bekas terbuka. Kemdian jemur di bawah sinaran matahari sehingga kutu beras tiada.
5. Daun belimbing buluh
Sebaiknya simpan beras bersama dengan dua tiga helai daun belimbing buluh yang telah dikeringkan. Daun belimbing buluh dikatakan cukup berkesan menghapuskan kutu beras.
6. Kulit kayu manis
Selain bermanfaat digunakan untuk menghalau semut, kulit kayu manis juga boleh digunakan untuk menghindar atau menghalau kutu beras. Aroma khasnya itu membuatkan kutu beras berasa tidak selesa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di