Kekeluargaan

“Saya Masih Menyayangi Faz..” Fattah Amin

Share

“Saya ingin menegaskan tiada wanita lain dalam hidup saya seperti diperkatakan dan dihebohkan di media sosial sehingga kini.”

Terkini, Fattah menjelaskan bahawa tiada orang ke tiga yang menjadi punca keretakan rumah sehingga isterinya, Nur Fazura memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, semalam.

Sebagaimana laporan yang disiarkan Harian Metro hari ini, Fattah turut meluahkan rasa terkejut apabila hanya mengetahui tindakan isterinya itu memfailkan perceraian melalui media sosial.

“Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui media sosial, terutamanya selepas ia ditularkan.”

Malah Fattah menjelaskan bahawa dia masih sayang kepada isterinya

“Saya masih menyayangi Faz (panggilan Fazura).”

 

Dalam pada itu, dengan situasi sekarang ini, Fattah Amin berharap wargamaya mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan.

Sebelum ini timbul spekulasi mendakwa Fattah curang bersama penata gaya tudung yang dikenali sebagai Syira Atiqah hangat diperkatakan netizen dalam media sosial.

Untuk rekod, pasangan itu sudah berkahwin selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Hariab Metro