Semenjak ini, tular pelbagai berita palsu mengenai kematian yang melibatkan selebriti Malaysia. Tanpa memikirkan perasaan orang lain, penulisan tidak beretika ini kian berleluasa.
Baru-baru ini menerusi hantaran yang dikongsikan oleh pelakon Betty Benafe di laman Instagramnya menunjukkan rasa terkejutnya dengan berita kematian dirinya oleh satu blogger di media sosial.
“Innalillahiwainnailaihirajiun.. Moga berita yang berbelit ini berhenti tersebar.. Alhamdulillah,” tulisnya.
Tambahnya lagi, Betty dan seluruh ahli keluarganya juga masih dalam keadaan sihat-sihat sahaja.
“Saya masih hidup dan sihat bersama anaknda dan keluarga tersayang.
Perjuangan #justiceforbella #justiceforjohnnydepp #justiceforbanafee masih terus membara di hati… Insyaallah,” luanya.
Di samping itu, Betty sempat berterima kasih kepada para warganet dan rakan-rakan yang tidak putus memberitahu mengenai berita palsu ini.
“By the way, terima kasih kepada nitizen sahabat yang tak henti-henti memberitahu tentang berita ini,” katanya.
Meskipun terkejut, Betty tetap tenang malah sentiasa mengambil dari sudut positif tentang fitnah yang ditabur terhadapnya.
“Sempoi… tutup mata tutup telinga for any fitnah manusia dan dajjal ya. Hidup positive jiwa tenang,” tambahnya lagi.
Bukan sekadar hebat dalam lakonan, Betty juga berbakat dalam bidang nyanyian dan pernah mengeluarkan album pertamanya, Ibtisam yang menyerlahkan lagi bakatnya itu.
Sumber: Instagram Betty Banafe
Buat Ni Pada Diri Sendiri Sebelum Tidur. Kesannya Luar Biasa!
Memanfaatkan dengan ‘memasukkan’ data-data positif pada anak-anak sebelum mereka tidur, itu lazim kita lakukan.
Ini memandangkan kita tahu ketika minda anak-anak berada pada separa sedar, setiap apa yang dibisikkan mampu mempengaruhi diri seseorang dari segi kesan fizikal atau emosi.
Hal yang sama dikongsikan oleh Najmi Nawawi dan turut mengingatkan beberapa perkara yang mungkin kita terlupa untuk buat pada diri sendiri.
Ini perkongsiannya.
Ramai yang sudah amalkan. Sebelum anak mereka tidur, dijadikan waktu terbaik untuk install segala perkara yang positif dalam minda anak-anak. Bisik terus pada telinga anak-anak, saat anak-anak mengantuk.
“Maryam budak yang baik.”
“Aisyah ialah anak solehah.”
“Maryam dengar cakap daddy mommy.”
“Aisyah sangat pandai dan bijak.”
Yang ramai orang tidak amalkan, ialah bisik pada diri sendiri. Untuk dapatkan hasil yang terbaik, ingat 3 langkah ini.
Pertama PENGAKUAN
“Najmi ialah seorang daddy yang baik.”
“Najmi seorang daddy yang bersabar.”
“Najmi parent yang baik untuk Maryam & Aisyah.”
“Najmi, daddy yang sangat bertanggungjawab.”
inline_image_preview.
Kedua BAYANGKAN
Letakkan diri kita dalam pengakuan tadi. Bayangkan kita melaksanakan. Bayangkan Najmi tengah jaga anak-anak. Najmi tengah peluk anak-anak dan Najmi tengah didik anak-anak dengan penuh kesabaran. Cuba buat bayangan visual se-detail yang mungkin.
Ketiga RASAKAN
Letakkan diri kita dalam keadaan yang telah berjaya. Seronok. Bahagia. Bersama anak-anak. Senyum dalam kebahagiaan yang sebenar-benarnya. Saat ini, matlamat sudah tercapai. Seolah-oleh kita telah berjaya reset dan rewire minda kita.
Begitulah. Positif pada diri sendiri.
sumber : Najmi Nawawi
Ini Tip Bantu Anak ’Slow Leaner’ Dalam Pembelajaran. Ikuti Panduan Pendidik Ini.
Setiap ibu bapa sudah tentu inginkan anak-anak yang cemerlang. Namun ada juga anak yang menghadapi masalah pembelajaran.
Menerusi facebook seorang yang bergelar pendidik, beliau memberikan panduan untuk mendidik anak-anak yang menghadapi permasalahan pembelajaran seperti slow leaner.
IKUTI PERKONGSIANNYA
TIP KUASAI MURID ‘ SLOW LEANER’, CICIR DAN MEMPUNYAI MASALAH PEMBELAJARAN.
Saya menerima banyak pertanyaan, bagaimana cara mengendalikan murid ‘Slow Leaner’ cicir atau murid yang mempunyai masalah pembelajaran.
Setiap kali persoalan ini diajukan, saya terbayangkan satu firman Allah SWT. Inilah jawapan padu kepada segala persoalan Sahabat. Baca dan hadamkan. Moga bermanfaat.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 269 yang bermaksud:
Allah memberi Hikmah kebijaksanaan (Ilmu yang berguna)
Kepada sesiapa yang dikehendakiNYA ( menurut aturan yang ditentukan oleh Allah)
Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia diberikan kebaikan yang banyak.
Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
JELAS..
Hanya Allah yang mampu tanamkan benih ilmu dalam hati dan fikiran manusia.
Usaha seorang guru ialah menyampaikan atau memberi tunjuk ajar sebaiknya, soal kepandaian serahlah pada Allah.
Inilah kunci sebenar kepada sifat redha dan menerima segala kelemahan yang ada pada murid.
Ya FATTAH,
Yang maha membuka.
Bukalah pintu hati kami dan anak didik kami untuk menguasai ilmuMU.
Hanya Engkaulah tempat kami menumpahkan kesedihan dan gundah gulana.
Ya ‘ALIIM,
Engkau maha mengetahui hikmah apa yang kami dan anak didik kami akan perolehi,
kurniakanlah kebijaksanaan kepada kami untuk menerima dan menilainya.
1. Ilmu itu milik Allah SWT
Allah SWT pernah berfirman dalam surah al-Hadeed ayat 2
Maksudnya “…..Dan DIAlah yang maha berkuasa keatas setiap sesuatu”
Setinggi mana ilmu dan kepakaran yang kita miliki sebagai guru, kena yakin dan percaya semuanya milik Allah SWT.
Jangan pernah merasa kecewa jika penerimaan murid terhadap kemahiran yang kita ajar adalah berbeza-beza. Lapangkan fikiran, cikgu sudah menjalankan amanah sebagai pendidik, sedaya upaya membantu memulihkan anak didik yang mempunyai masalah pembelajaran. Akhirnya kembalilah kepada Allah SWT pemilik akal dan hati anak-anak ini untuk menyerapkan dan hadamkan ilmu yang kita ajar.
2. Ta’aruf dan bina keyakinan diri
Biasanya murid Slow Leaner sangat sinonim dengan sikap Introvert ( Senyap dan suka bersendirian) dan Inferior ( Rendah Diri). Perkara paling asas dan utama untuk membantu anak ini adalah bina keyakinan mereka dan beri kekuatan yang selama ini mereka benamkan jauh dari sudut kehidupan.
Carilah apakah punca masalah murid kita. Kelemahan dan kekurangan ini akan menjadi tembok dan penghalang untuk mereka keluar dari kepompong.
Cikgu jadilah hero dan heroin mereka dengan memecahkan tembok yang ada, binalah keyakinan diri mereka untuk menjadi murid yang hebat.
Tidak susah..percayalah, saya pernah bantu murid yang mempunyai rasa rendah diri kerana memiliki sedikit kecacatan pada anggotanya ( tidak sampai OKU), selalu mengasingkan diri dan jarang memberi respon.
Satu hari saya dapat bersendirian dengan anak ini.
Alhamdulillah, semuanya Ilham dan pertolongan dari Allah.
Saya beritahu dia“ Semua yang Allah cipta adalah sempurna, tidak ada kekurangan sedikitpun walaupun manusia memandang kita berbeza. Ingat! Allah hanya menilai kebersihan dan kebaikan hati untuk jadi orang hebat”.
Alhamdulillah, selepas peristiwa itu dia rajin jumpa saya untuk mintak tunjuk ajar..SIMPLE… Inilah permulaan yang kita mahu.
3. Cari kekuatan
Carilah kekuatan yang ada pada mereka, pupuk dan kembangkan. Kekuatan yang ada mampu menjadi baja untuk menyuburkan semangat dan potensi diri.
4. Tenang dan jauhi tekanan
Seorang sahabat pernah meluahkan perasaan. Murid yang diajar hanya dapat menguasai sedikit sahaja kemahiran walaupun berjam-jam mengadap. Esok belum tentu ingat . seperti mencurah ke daun keladi. Merasa sangat sia-sia di atas segala usaha yang dilakukan.
Sikap berputus asa akan menghilangkan rahmat Allah SWT.
Jadi orang yang paling tenang dan penyabar kemudian tunggulah khabar gembira dari Allah.
Percaya atau tidak perasaan tertekan guru menjadi penyumbang utama kepada kemurungan dan melahirkan murid yang tercalar emosinya.
Ajarilah mereka ikut kemampuan, bukan mengejar silibus. Jangan memberi tekanan kepada murid kerana mereka dilahirkan dalam keadaan yang berbeza dengan murid biasa. Terimalah kenyataan itu, jangan samakan dengan murid arus perdana. Abaikan silibus yang bertimbun, ajarlah mereka dengan berhikmah kerana itulah yang tuntut oleh Agama.
Santuni mereka sebaiknya, biasanya murid begini lebih dalam kasih dan sayangnya pada cikgu. Sanggup berkorban, bersusah payah kerana cikgu. Kenali dan bangunkan potensi mereka. Sekalipun mereka tidak boleh jadi pandai, tapi mereka boleh jadi orang baik dan bertanggungjawab dalam masyarakt.
5. Kongsi dengan ibu bapa.
Penting! Siapapun ibu bapa mereka, kongsilah sedikit sebanyak perkembangan anak-anak ini. Cikgu sangat perlukan kesinambungan. Ibu bapa yang mengetahui perkembangan pembelajaran anak mereka akan lebih prihatin dan mengambil berat segala keperluan anak.
Mohon ibu bapa anak-anak ini titipkan doa supaya Allah permudahkan urusan guru mendidik dan menyampaikan ilmu kepada anak mereka.
Cikgu boleh kongsikan doa ini untuk ibu bapa baca:
Setiap pagi sebelum ke sekolah, ibu atau ayah letakkan telapak tangan kanan di ubun-ubun kepala anak kemudian bacalah:
Salawat pada nabi
Ya Qawiyy 3x
Ya ‘Aziiz 3x
Ya Jabbaar 3x
Ya Mutakabbir 3x
Surah As-Syarh 1x
Akhiri dengan salawat
Kemudian sapu muka dan dada anak.
6. Tawakkal
Tawakkal kepada Allah SWT akan menjadikan seorang guru memiliki hati yang kuat dan teguh, sentiasa merasa tenang dengan takdir Allah. Jika menerima kebaikan, tidak lupa untuk bersyukur, jika menerima ujian sentiasa besabar.
Beruntungnya cikgu yang mengajar anak-anak ini, mereka Allah kurniakan akal yang sentiasa berputar, mencetuskan inovasi yang pelbagai, aplikasi teknik-teknik yang pelik tapi luar biasa. Hikmah Allah bagi kita anak-anak syurga ini.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
Harimau Akar Masuk Rumah, Cederakan Isteri Yang Strok!
Seakan tidak dapat dibayangkan perasaan bila berdepan situasi cemas, ada haiwan liar di dalam rumah.
Apatah lagi haiwan seperti harimau, hidupnya di dalam hutan luas namun tiba-tiba menerjah masuk hingga mencederakan ahli keluarga.
Ini sebagaimana berlaku kepada pasangan suami isteri berusia 55 dan 58 tahun, dengan tiba-tiba seekor harimau akar menceroboh masuk ke rumahnya di Kampung Sentang.
Memetik laporan Kosmo, difahamkan kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang itu, haiwan liar berkenaan yang menceroboh ke dalam rumah pasangan itu melompat ke atas katil Faridah Ishak,58, yang terlantar akibat strok sebelum mencakar kening mangsa menyebabkan luka kecil.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, berdasarkan maklumat ketika kejadian harimau berkenaan mengejar seekor kucing yang ditemukan mati di kawasan berhampiran sebelum masuk ke dalam rumah melalui pintu hadapan.
“Melihat seekor harimau akar, seorang lelaki yang menghuni rumah itu cuba menghalau tetapi haiwan liar itu telah melompat ke atas katil dan tercakar kening isteri mangsa berkenaan yang terlantar di atas katil akibat penyakit strok.
“Bagaimanapun mangsa yang dicakar cuma mengalami luka kecil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Azli, susulan kejadian, anak saudara mangsa telah membuat aduan di pondok polis Kampung Pagar Sasak semalam.
“Anggota dari Pondok Polis Pagar Sasak telah berkejar ke lokasi dan mendapati penduduk telah mengepung harimau berkenaan yang berada di bawah rumah pasangan itu.
“Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah dihubungi setelah anggota bomba dan penyelamat Balai Bomba Kuala Lipis yang berada di tempat kejadian tidak dapat berbuat apa-apa,”katanya.
Azli berkata, renjer Perhilitan yang tiba pada pukul 8 malam berjaya menangkap haiwan liar itu menggunakan tembakan ubat pelali.
Dalam pada itu beliau berkata, mangsa yang luka dibahagian kening dirawat oleh petugas perubatan dari Klinik Kesihatan Padang Tengku dan berada dalam keadaan selamat
“Saya juga menasihatkan penduduk supaya tidak mengambil tindakan sendiri dengan mencuba menangkap haiwan liar yang menceroboh kawasan tempat tinggal termasuk membunuh hidupan liar terutamanya yang dilindungi oleh kerajaan,”ujarnya.
Sumber: Kosmo