Dalam sesebuah rumah tangga, seharusnya ada sikap tolong menolong dan bertoleransi. Lagi-lagi bagi suami isteri yang sama-sama bekerja. Usah hanya mengharapkan isteri seorang melakukan kerja rumah.
Kerana itu, anak-anak lelaki kena diajar berdikari sejak awal usia lagi, supaya apabila berumah tangga kelak, ada rasa tanggung jawab dan bukan hanya goyang kaki mengharapkan isteri semata-mata melakukan segala urusan.
Tiada istilah jatuh maruah andai melakukan kerja di dapur bahkan itu satu tanggang jawab yang membanggakan. Buat isteri rasa diri dihargai dan punya suami yang prihatin.
Perkongsian dari wanita ini cukup ideal untuk dijadikan contoh buat pasangan yang sudah atau bakal berumah tangga kelak.
Laksanakan tanggung jawab bersama menambahkan rencah kemanisan dalam rumah tangga. Ini yang dikongsikan oleh puan Puteri Kasim.
Jangan nak manjakan suami tu..
Kakput ingat lagi, awal perkahwinan mak selalu cakap “ nanti dah kahwin jangan manjakan suami tu, mula mula kakput tak faham. Takkan lah nak manjakan suami sendiri pun tak boleh.
Tapi kakput follow je apa mak cakap, lagi pun both of us kan bekerja. So, kakput sesiap dah buat jadual untuk buat kerja rumah. Nampak macam kelakar kan ? But its really help masa awal perkahwinan.
Dari hari pertama kahwin sampai sekarang, ( sekarang dah tak ada jadual, sebab kami da auto function ) kami akan bekerjasama dalam semua hal termasuk kerja rumah dan urus anak.
Ads
Ramai juga yang tanya, macam mana seketul hakim tu pandai jaga anak dan uruskan anak bila kakput pergi kelas.
Hmmm jangan tak tahu, Hakim lagi bijak uruskan anak. Dia ada sense yang anak dia tak sihat dan tak okay. Itu kelebihan dia. Masa kakput dalam pantang pun dia ambil cuti untuk urus kakput dan baby.
Kakput pula bab bab urus rumah, masak semua. Tapi kami tetap lakukan semua bersama.
Contoh situasi :
1. kakput masak, dia akan kemas dapur dan cuci semua alat masak.
Ads
2. Kakput cuci kain dan jemur, dia akan lipat.
3. Kakput cuci toilet rumah, dia akan mop 1 rumah.
4. Kakput kemas bilik, dia akan cari kerja contohnya dia akan kemas rumah tamu.
5. Kakput malas masak, dia akan pergi beli makanan ?
So dalam rumah tangga ni, masing masing kena mainkan peranan. Tak ada istilah one man show. Tak ada istilah semua ni tanggungjawab isteri. kalau ikut islam, yang perlu sediakan makan dan minum tu suami. Isteri ni bidadari tauuu. Tapi masyarakt kita da terbiasa isteri tu kena buat semua.
Ads
Memang sweet kalau awal perkahwinan tu, kita tak bagi suami basuh sebiji mangkuk pun. Tapi bila anak da berderet. Suami dok main hp kat depan sambil berdekah tengok maharaja lawak sedangkan awak tengah berjuang dengan kerja rumah dan anak anak.
Isteri dah jadi selekeh sebab tak sempat nak bersiap sibuk dengan kejar anak anak. Suami pulak pandang sebelah mata je hal macam ni. Jangannnn… macam mana penampilan isteri itu mempengaruhi macam mana awak layan dia. Sebab tu ada isteri Makin cantik lepas kahwin, ada yang tidak.
Naluri seorang isteri akan mula rasa semua ni tak adil. Akan mula marah marah dan memberontak. Yang suami pula dah terbiasa dimanjakan.
Yang suami pun kena faham, lagi lagi isteri yang sama sama cari nafkah. Kami perlukan rehat juga. Perlukan me time untuk longgarkan tulang tulang kami. Alah me time tu cukuplah sekadar dapat rest sejam dua dalam bilik sambil scroll apa nak beli tanpa gangguan anak anak.
Dan banyak penceraian berlaku sebab hal sebegini. Mula mula rasa sweet memanjakan, lama lama naik muak sebab suami da mula naik kepala taknak tolong apa apa. Masih belum terlambat untuk ajar suami bab bab ni. Mulakan dengan yang kecil. Mint tolong mandikan anak dulu. Minta tolong vacum rumah dulu. Pelan pelan kayuh. Supaya nanti tak jadi kebiasaan. Bertoleransi dalam rumah tangga. Itu kan tanggungjawab bersama.
Arwah abah lelaki yang sangat hebat, tu yang meninggal pun dalam keadaan husnul khotimah. Senyumm je. Abah suami dan abah yang sangat bertoleransi. Rajin tolong mak , dan baik dengan anak anak. I miss him ~
Leff,
Kakput ?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon, Rita Rudaini meluahkan rasa sebak sewaktu menghantar anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang bakal menyambung sesi persekolahannya dia sekolah berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Perkongsian video menerusi Laman Instagramnya meraih perhatian ramai.
Mengakui perasaannya pada ketika itu bercampur baur sementelah ini merupakan kali pertama bakal berjauhan dengan anak sulungnya itu untuk jangka masa yang agak lama.
“Saya ibu yang normal. Rasa sakit dan rasa pedih itu dah biasa. Macam mana hujan lebat hari ni macam tau derasnya air mata saya hari ni.
“Air mata gembira bercampur dengan sebuah rasa. Rasa itu adalah rasa cinta, sayang dan rindu. Kami tidak pernah berenggang. Harini kami berjauhan,” luahnya.
Menerusi video tersebut,kelihatan Rita memeluk sambil mengucapkan selamat tinggal buat anaknya itu turut dikongsikan di akaun Tik Tok miliknya.
Dia dalam pada itu turut menzahirkan rasa bangga melihat pencapaian anaknya itu meskipun terpaksa membesarkannya secara seorang diri.
“Mommy sedih sampai dada sakit dalam pada masa yang sama mommy gembira dengan anak yang hanya dibesarkan oleh ibu tunggal dan melangkah setapak lagi ke hadapan.
“Mommy sentiasa menjadi sayap kiri dan kananmu. Fly high Airit Rayyan Rizqin,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Razak pada 2008 sebelum memutuskan untuk bercerai pada September 2013.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qada Arjuna.
Susahnya mengikuti program penurunan berat badan menyebabkan ia sering gagal serta membuat ramai orang lebih tertekan. Namun, terdapat beberapa cara yang baik untuk menurunkan berat badan.
Sebenarnya, menurunkan berat badan bukan perkara yang mudah. Agar tidak memberi tekanan yang lebih berat dan besar pada pengamalnya, adalah lebih praktikal untuk ikuti cara yang sederhana dan menyenangkan. Contohnya seperti berikut:
Menari
Jika anda tidak suka ke pusat kesihatan atau gim untuk melakukan aerobik mahupun latihan kardio, cubalah untuk menari. Menari boleh membakar lebih kurang 500 kalori. Selain bergerak, menari juga dapat membantu hormon endorfin sampai ke otak. Hormon ini berfungsi menjadikan orang lebih berasa senang dan bahagia. Tambahan pula, menari adalah cara yang menyenangkan untuk membuat tubuh tetap sihat dan membantu menurunkan berat badan.
Jalan kaki
Jalan kaki di pagi hari boleh menjadi cara yang menyenangkan untuk menurunkan berat badan. Selain membakar kalori, jalan kaki juga boleh membuat fikiran dan tenaga segar sepanjang hari.
Bermain dengan anak
Aktiviti ini sering dipandang remeh sesetengah ibu bapa. Sebenarnya bermain dengan anak yang aktif bukan sahaja menggembirakan tetapi juga membuat anda berpeluh di samping membantu menurunkan berat badan. Tidak perlu berlama-lama, cukup luangkan satu jam sehari untuk bermain dengan anak anda yang aktif.
Berenang
Meluangkan masa berenang setiap hari selama setengah jam sudah cukup untuk menurunkan berat badan secara bertahap.
Memasak
Masyarakat moden sekarang lebih memilih makan di luar sama ada di restoran biasa mahupun di restoran makanan segera berbanding memasak sendiri di rumah. Ini mungkin disebabkan memasak sendiri mengambil masa yang agak lama. Mungkin mudah dan tidak perlu bersusah payah memasak dan mengemas dapur tetapi sebaliknya memasak makanan sendiri bukan sahaja menyihatkan tetapi juga cara yang baik untuk menurunkan berat badan.
Membuat kerja-kerja rumah
Membasuh, mengemas rumah, menyapu, mengelap lantai dan sebagainya antara kerja-kerja rumah yang lazimnya kini dilakukan oleh pembantu rumah. Apa kata sesekali anda melakukan sendiri kerja-kerja tersebut. Ini akan membantu secara sederhana untuk menurunkan berat badan.
Info kesihatan
Perlu diketahui, keperluan kalori bagi wanita sekitar 1500 – 1900 kkal manakala bagi lelaki pula 1900 – 2400 kkal. Pada umumnya, kalori digunakan untuk menunjukkan jumlah tenaga yang terkandung dalam makanan. Kalori boleh diperoleh daripada pengambilan makanan yang mempunyai sumber karbohidrat, lemak dan juga protein.
Jumlah kalori dalam makanan diperlukan untuk menghitung keseimbangan tenaga. Apabila jumlah kalori yang dimakan kecil dari kalori yang digunakan, berat badan akan berkurang kerana cadangan tenaga dari lemak akan digunakan. Sebaliknya, apabila jumlah kalori yang masuk lebih besar dari kalori yang digunakan, berat badan akan meningkat.
Kelebihan tenaga yang masuk juga akan disimpan sebagai lemak pada tubuh. Seterusnya, pengumpulan lemak yang berlebihan ini boleh meningkatkan risiko berlakunya hipertensi, obesiti, penyakit jantung, strok dan diabetes.
Tunggu apa lagi, batasi kemasukan kalori di dalam tubuh anda. Jangan lupa untuk berolahraga. Sekecil mana sekalipun olahraga anda, walaupun hanya berjalan kaki ia sudah mampu untuk menurunkan berat badan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mungkin ramai antara kita tidak menyedari mereka sebenarnya berdepan dengan masalah kesihatan seperti kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi.
Jika tidak dicegah atau dirawat segera, keadaan itu boleh menyebabkan penyakit lebih serius seperti sakit jantung, darah tinggi dan diabetes.
Merujuk perkongsian oleh Hello Doktor menerusi laman Facebook, terdapat banyak kemungkinan penyebab tanda kolestrol tinggi, dan antaranya ialah sejarah keluarga.
Banyak kemungkinan penyebab wujudnya tanda tanda kolesterol tinggi pada tubuh seperti amalan gaya hidup seseorang. Tapi sejarah keluarga serta masalah perubatan lain juga boleh mempengaruhi tahap kolesterol.
Tanda-tanda kolestrol tinggi boleh terjadi apabila terdapat terlalu banyak kandungan kolesterol dalam darah. Dalam istilah perubatan ia dikenali sebagai hiperkolesterolemia.
10 tanda kolestrol tinggi tanpa disedari adalah seperti rajah di bawah;
Berikut antara beberapa tabiat yang cenderung menyebabkan tahap kolesterol tinggi:
– Pengambilan alkohol berlebihan
– Merokok
– Tidak aktif bergerak
– Tidur tidak mencukupi
– Terlalu banyak tekanan
– Diet tinggi lemak tepu atau trans
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...