“Saya Mandikan Yusuf, Keknis Mandikan Alisa.” Tiada Maid, Hanis & Hairul Sepakat Sama-Sama Urus Rumahtangga!

Share

Melihat kehidupan pasangan suami isteri muda ini, rata-rata memuji cara mereka membesarkan dan mendidik anak-anak.

Dalam satu perkongsian,  Hairul Azreen, mendedahkan dia dan isteri, Hanis Zalikha,  tidak mempunyai pembantu rumah bagi menolong mereka.

Sebaliknya mereka sama-sama sepakat melakukan bersama.

“Saya kena kemas rumah sebab kami tak ada pembantu rumah, sekali saja seumur hidup saya ada pembantu. Tu pun dah balik for good.

“Walaupun beras saya beli haha tapi cuci pinggan, vakum dan sapu satu rumah tu kerja saya. Kami bahagi tugas masing-masing. Keknis (Hanis) dia cuci baju, lipat kain semua la.

“Saya mandikan Yusuf, Keknis mandikan Alisa,” tulisnya di Instagram Stories.

Pelakon filem Paskal ini juga turut  memuat naik foto  sinki yang dipenuhi dengan pinggan mangkuk yang belum dicuci.

“Kalau ada pembantu rumah, tak akan jadi macam ni,” tulisnya lagi.

Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusof Iskandar, 4, dan Alisa Aisyah, 2.

Sumber: hairulazreen

Tawaran harga menarik daripada Zalora, Klik di sini. 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520