“Saya Maafkan Suami.” Pavithra Mahu Teruskan Rancangan Masakan Di Youtube Bersama Suami, Minta Orang Ramai Sokong!

Share

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kisah suami YouTuber sensasi, S Pavithra dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan memiliki sabit di tempat awam Selasa lalu.

M Sugu, 29, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sabit berukuran 26 inci bertulis ‘tiger’ di parkir Wad Paliatuf PCU, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada jam 6 petang.

Begitupun, Pavithra kelihatan tenang ketika ditanya pihak media berhubung kes pendakwaan terhadap suaminya.


“Saya maafkan suami”. Itu ungkapan ringkas diberikan oleh Pavithra berhubung konflik melibatkan dia dan suaminya yang agak mengejutkan masyarakat di seluruh negara sejak beberapa hari ini.

Pavithra berkata, dia tidak mahu lagi memikirkan masalah berlaku, sebaliknya mahu fokus kepada kehidupan mereka sekeluarga termasuk kembali meneruskan program masakan di YouTube.

“Apa yang terjadi semuanya berkaitan masalah keluarga dan saya sudah maafkan suami atas apa yang berlaku.

Pavithra yang turut kelihatan sedih itu juga memohon kepada orang ramai untuk terus memberi sokongan terhadap program masakan kendalian mereka di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra.

“Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa dan kami akan kembali bersama meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa sahaja.

 

“Saya harap tiada yang salah faham dan saya sendiri pun tidak ambil hati atas apa juga komen diberikan netizen di media sosial. Teruslah beri sokongan kepada kami,” katanya.

Tambah Pavithra, dia juga telah menjelaskan bayaran jaminan RM10,000 yang dikenakan ke atas suaminya.

Sumber : Harian Metro