Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kisah suami YouTuber sensasi, S Pavithra dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan memiliki sabit di tempat awam Selasa lalu.
M Sugu, 29, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sabit berukuran 26 inci bertulis ‘tiger’ di parkir Wad Paliatuf PCU, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada jam 6 petang.
Begitupun, Pavithra kelihatan tenang ketika ditanya pihak media berhubung kes pendakwaan terhadap suaminya.
“Saya maafkan suami”. Itu ungkapan ringkas diberikan oleh Pavithra berhubung konflik melibatkan dia dan suaminya yang agak mengejutkan masyarakat di seluruh negara sejak beberapa hari ini.
Ads
Pavithra berkata, dia tidak mahu lagi memikirkan masalah berlaku, sebaliknya mahu fokus kepada kehidupan mereka sekeluarga termasuk kembali meneruskan program masakan di YouTube.
“Apa yang terjadi semuanya berkaitan masalah keluarga dan saya sudah maafkan suami atas apa yang berlaku.
Ads
Pavithra yang turut kelihatan sedih itu juga memohon kepada orang ramai untuk terus memberi sokongan terhadap program masakan kendalian mereka di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra.
“Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa dan kami akan kembali bersama meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa sahaja.
Ads
“Saya harap tiada yang salah faham dan saya sendiri pun tidak ambil hati atas apa juga komen diberikan netizen di media sosial. Teruslah beri sokongan kepada kami,” katanya.
Tambah Pavithra, dia juga telah menjelaskan bayaran jaminan RM10,000 yang dikenakan ke atas suaminya.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi wanita normal, pasti akan menerima kedatangan ‘rakan karib’ atau juga dikenali sebagai period atau haid. Ada juga yang menyebutnya sebagai datang bulan. Setiap putaran haid berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang 7-8 hari dan ada yang kurang daripada itu.
Bagi wanita yang sedang haid, haram baginya untuk solat dan tidka perlu menggantikan solat ketika itu. Namun, ada yang masih kurang arif berkenaan hal ini.
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh baca perkongsian ini:
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam…kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ …yang betul-betul pakar dalam bab ‘Orang-orang Perempuan ini’ kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak…(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )
Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; “adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada’kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?” pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: “alaa…itu soalan mudah jee..bila ‘datang period’ maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula ‘bergelar wanita’ dulu”
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa… Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.
Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama’ terdahulu.
Dalam BAB TIGA :
” Fi adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah…” perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1- Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2- Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya’ sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya’. ” Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam” (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1) Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
– Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2) Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
– Kerana di dalam hukum menjama’ (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama’ dan diqosarkan bersama solat Zohor.
– Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3) Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya’ sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya’.
-Solat Isya’ juga boleh dijama’ (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.
Sila rujuk : Kitab Ihya’ Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu ‘Fiqhul Nisa’ ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!
Sumber: tazkirahustazkazim
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tinggal di bandar tentunya hendak mendapatkan daun pisang segar yang diambil dari pokok sebelum menyediakan hidanga bukanlah perkara biasa boleh dilakukan. Ini tentu sekali berbeza bila tinggal di kampung. Bila-bila masa boleh sahaja mengambil daun pisang untuk membungkus nasi lemak, lepat, pulut panggang dan sebagainya.
Jadi kebiasaannya kita di bandar ini akan membeli daun pisang di pasar basah. Umumnya dijual dalam gulungan yang banyak dan pastinya jika digunakan akan ada lebihan yang banyak.
Untuk itu, jangan bimbang cuba anda lakukan trik ini dan dikatakan ianya mampu bertahan dan nampak segar selama 2 bulan. Suatu jangka masa yang panjang dan ini secara tidak langsung memudahkan ibu-ibu untuk menyediakan menu yang dibungkus dengan daun pisang pada bila-bila masa.
Jadi ayuh kita fahami langkahnya sebagaimana yang dikongsikan oleh Ellyn Tan, dan semoga bermanfaat.
“Dapat daun pisang ni banyak dari kampung. Petua atau cara nak simpan daun pisang ni supaya tahan lama.”-Ellyn Tan
Langkah demi langkah
1. Ikat getah daun pisang setiap 4,5 helai.
2. Rendam dalam air selama 30 minit.
3. Kemudian toskan atau sejat air sekejap.
4. Masukkan dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk.
Boleh tahan sampai 2 bulan daun ni. Kekal hijau dan segar.
Tidak lama lagi anak-anak kita akan kembali ke sekolah. Sebagai ibu bapa pastinya semua kelengkapan persekolahan anak-anak telah disiapkan sepenuhnya.
Dari pakaian, kasut, beg, stoking, hinggalah peralatan menulis dan buku teks, semuanya lengkap.
Pun begitu, cuba perhati dimanakah anda letakkan semua kelengkapan sekolah anak-anak anda itu? Adakah tersusun rapi dan terurus perletakkannya?
Di sini dikongsikan hasil DIY almari khusus untuk menempatkan keperluan sekolah anak dengan menggunakan rak buku mengikut citarasa dan keperluan Puan Naqibah Nukma Abdullah.
Ianya cukup sempurna dan paling penting murah sahaja belanjanya.
“Beli waktu ada offer ya.Kadang-kadang boleh dapat 9.99 untuk 1 rak.Masa kami beli ada pelbagai warna.Oleh sebab nak perabot semua putih.Maka suami mengecat semula bagi warna putih.
Kami tak paku pun rak ke dinding.Jadi rak boleh diubah tempat jika perlu.Setakat ni dah 2tahun rak itu di bina.Masih kukuh seperti asal sebab ia agak berat.Cuma untuk anak-anak yang lasak.Mungkin boleh lekatkan rak pada dinding rumah.”
Follow step bergambar ya!
1. Rak dicat semula berwarna putih
2. Pemasangan rak
3. Rak melintang lebih besar daripada rak di tepi-tepi sebab kami hendak letak beg anak-anak.
4. Besi penghubung beli di hardware.Untuk menggantung baju sekolah anak-anak.
5. Besi penghubung antara 2 rak yang di tepi-tepi.(rak kiri n kanan).Beli di hardware.
6. Besi untuk menampung rak melintang. Letak di bawah rak melintang. Beli di hardware.
7. Tadddaaaa…hasilnya..
Sumber: Naqibah Nukma Abdullah via mingguan wanita
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan, “Tepat 14 tahun kita hidup bersama." Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.