Di saat kita sedang bahagia dan mewah dengan segalanya, jangan dilupa akan mereka yang dalam kesusahan. Bukan semua orang bernasib baik, justeru sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Kisah ini dikongsikan oleh saudara Mohd Faisal Yusuf menerusi laman facebooknya.
Dia yang kebetulan sedang beratur untuk membeli makan di sebuah kedai, kemudiannya didatangi seorang pemuda yang tidak dikenalinya meminta untuk dibelanjakan sebungkus roti. Pemuda itu memaklumkan dia kelaparan tapi masih menunggu gaji. Kisah yang cukup menyentuh hati ini mendapat simpati netizen.
“Saya Lapar. Nak Beli Tak Gaji Lagi.” Sanggup Belikan Walaupun Dalam Wallet Duit Ngam-Ngam Je. Rupanya Ada Hikmah Lain Buat lelaki Ni!
Ada satu malam saya dengan kawan singgah Family Mart. Teringin nak makan “oden”. Masa sampai tu panjang pulak beratur. Lapar benda sedap punya pasal, gigih juga kami tunggu.

Sedang berbaris, saya perasan ada seorang lelaki mundar mandir di bahagian roti.

Kejap dia pegang, tengok, kemudian letak balik salah satu bungkusan roti. Dia berlalu ke bahagian rak lain. Tak lama lepas tu dia kembali ke bahagian roti yang dipegang tadi.

Dia sentuh lagi bungkusan roti tadi sambil pandang kiri kanan. Saya tak lah perhati beria, tapi boleh perasan muka dia macam resah.

Sedang saya ralit scroll handfone, tiba-tiba sahaja saya ditegur.
“Saya Lapar. Nak Beli Tak Gaji Lagi.” Sanggup Belikan Walaupun Dalam Wallet Duit Ngam-Ngam Je. Rupanya Ada Hikmah Lain Buat lelaki Ni!“Bang, oo bang. Minta maaf bang”.

Saya dongakkan kepala. ‘Oh ni lelaki tadi’.

“Ya saya”. Mata saya pandang atas bawah. Tak pasti apa yang dia nak.

“Bang, saya nak beli satu roti ni. boleh tak kalau abang belikan saya? Saya lapar. nak beli tapi tak gaji lagi.” Minta lelaki tadi teragak-agak. Cuba nasib mungkin.

IKLAN

“Oh ya ka. Roti mana bang? Cuba ambil bagi saya tengok.” Saya tak berganjak dari barisan menanti giliran membeli.

Dia terus pergi ke depan dan ambil roti yang dia belek tadi. Kemudian kembali kepada saya.

“Ni rotinya bang. Harganya RM4.90.”

“Oh ya ka. Nah ambil duit ni pergi bayar di kaunter sana”. Saya tengok yang dia pilih kemudian hulur sekeping duit RM 5.
“Saya Lapar. Nak Beli Tak Gaji Lagi.” Sanggup Belikan Walaupun Dalam Wallet Duit Ngam-Ngam Je. Rupanya Ada Hikmah Lain Buat lelaki Ni!Terus dia ambil dan bayar. Muka terus berubah ceria. Dia datang kembali ke saya dan ucap terima kasih. Kemudian cepat-cepat berlalu keluar kedai.

IKLAN

Ada satu benda yang buat saya berfikir masa tu. Saya jadi kurang senang sebab tak ada jawapan. Punyalah banyak roti, sandwhich, kek dan bermacam lagi. Semua nampak sedap. Tapi kenapa dia pilih untuk saya bayarkan roti itu?

Dah la dalam wallet saya memang baki duit ngam-ngam untuk beli oden lepas saya kasi dia duit.

Curious sangat nak tahu, saya terus ke rak mencari roti yang lelaki tadi ambil. Saya tinggalkan kawan lagi sorang berbaris.

‘Oh roti Cheese rupanya. Sedap sangat ka?’. Saya fikir panjang. Perut lapar oden. Duit ada ngam-ngam. Tapi teringinnya nak rasa roti ni. Apa yang special sangat.

IKLAN

Saya pegang dan tengok isi. Nampak macam sedap. Sebungkus ada 4 slice.
“Saya Lapar. Nak Beli Tak Gaji Lagi.” Sanggup Belikan Walaupun Dalam Wallet Duit Ngam-Ngam Je. Rupanya Ada Hikmah Lain Buat lelaki Ni!Entah-entah mungkin 4 slice ni adalah roti yang dia nak berkongsi dengan isteri dan anak. Kalau ambil sandwhich nak makan ramai mana nak cukup. Kalau ambil roti lain nak kena potong-potong. Nak beli roti Gardenia, memang lagi murah, mungkin tak sesedap yang ini.

Akhirnya saya buat keputusan untuk beli. Tak apa lah oden tu, makan je lah lain kali. Tak pun pau je lah member punya. Huhu.

Settle kawan beli, kami pun balik. Dalam kereta saya terus makan roti cheese tadi. Lapaq woih. Dah rasa tu, baru tahu rasanya. Memang boleh tahan sedap pun rotinya.

Sedih pulak tiba-tiba. Kita ni macam-macam Allah dah beri. Namun kita masih rasa tak cukup dan hidup susah. Ada orang tunggu gaji untuk beli phone baru, baju baru, kasut baru, tapi ada lain pula nak beli roti pun berharap pada gaji.

Part yang paling best malam tu adalah, saya tak sangka kawan akan beli oden dengan banyak. Hampir 20 ringgit juga di beli. Dia ajak makan sama. Belanja katanya. Kongsi berdua, dapatlah merasa makan sorang RM10.

Masa ini entah kali berapa, saya tetap kagum dengan hebatnya balasan kita tak berkira bila memberi. Saya beri 5, saya dapat 1O.

Lagi banyak kita beri, lagi berganda rezeki.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI