Di saat kita sedang bahagia dan mewah dengan segalanya, jangan dilupa akan mereka yang dalam kesusahan. Bukan semua orang bernasib baik, justeru sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Kisah ini dikongsikan oleh saudara Mohd Faisal Yusuf menerusi laman facebooknya.
Dia yang kebetulan sedang beratur untuk membeli makan di sebuah kedai, kemudiannya didatangi seorang pemuda yang tidak dikenalinya meminta untuk dibelanjakan sebungkus roti. Pemuda itu memaklumkan dia kelaparan tapi masih menunggu gaji. Kisah yang cukup menyentuh hati ini mendapat simpati netizen. Ada satu malam saya dengan kawan singgah Family Mart. Teringin nak makan “oden”. Masa sampai tu panjang pulak beratur. Lapar benda sedap punya pasal, gigih juga kami tunggu.
Sedang berbaris, saya perasan ada seorang lelaki mundar mandir di bahagian roti.
Kejap dia pegang, tengok, kemudian letak balik salah satu bungkusan roti. Dia berlalu ke bahagian rak lain. Tak lama lepas tu dia kembali ke bahagian roti yang dipegang tadi.
Dia sentuh lagi bungkusan roti tadi sambil pandang kiri kanan. Saya tak lah perhati beria, tapi boleh perasan muka dia macam resah.
Sedang saya ralit scroll handfone, tiba-tiba sahaja saya ditegur.
“Bang, oo bang. Minta maaf bang”.
Saya dongakkan kepala. ‘Oh ni lelaki tadi’.
“Ya saya”. Mata saya pandang atas bawah. Tak pasti apa yang dia nak.
“Bang, saya nak beli satu roti ni. boleh tak kalau abang belikan saya? Saya lapar. nak beli tapi tak gaji lagi.” Minta lelaki tadi teragak-agak. Cuba nasib mungkin.
Ads
“Oh ya ka. Roti mana bang? Cuba ambil bagi saya tengok.” Saya tak berganjak dari barisan menanti giliran membeli.
Dia terus pergi ke depan dan ambil roti yang dia belek tadi. Kemudian kembali kepada saya.
“Ni rotinya bang. Harganya RM4.90.”
“Oh ya ka. Nah ambil duit ni pergi bayar di kaunter sana”. Saya tengok yang dia pilih kemudian hulur sekeping duit RM 5.
Terus dia ambil dan bayar. Muka terus berubah ceria. Dia datang kembali ke saya dan ucap terima kasih. Kemudian cepat-cepat berlalu keluar kedai.
Ads
Ada satu benda yang buat saya berfikir masa tu. Saya jadi kurang senang sebab tak ada jawapan. Punyalah banyak roti, sandwhich, kek dan bermacam lagi. Semua nampak sedap. Tapi kenapa dia pilih untuk saya bayarkan roti itu?
Dah la dalam wallet saya memang baki duit ngam-ngam untuk beli oden lepas saya kasi dia duit.
Curious sangat nak tahu, saya terus ke rak mencari roti yang lelaki tadi ambil. Saya tinggalkan kawan lagi sorang berbaris.
‘Oh roti Cheese rupanya. Sedap sangat ka?’. Saya fikir panjang. Perut lapar oden. Duit ada ngam-ngam. Tapi teringinnya nak rasa roti ni. Apa yang special sangat.
Ads
Saya pegang dan tengok isi. Nampak macam sedap. Sebungkus ada 4 slice.
Entah-entah mungkin 4 slice ni adalah roti yang dia nak berkongsi dengan isteri dan anak. Kalau ambil sandwhich nak makan ramai mana nak cukup. Kalau ambil roti lain nak kena potong-potong. Nak beli roti Gardenia, memang lagi murah, mungkin tak sesedap yang ini.
Akhirnya saya buat keputusan untuk beli. Tak apa lah oden tu, makan je lah lain kali. Tak pun pau je lah member punya. Huhu.
Settle kawan beli, kami pun balik. Dalam kereta saya terus makan roti cheese tadi. Lapaq woih. Dah rasa tu, baru tahu rasanya. Memang boleh tahan sedap pun rotinya.
Sedih pulak tiba-tiba. Kita ni macam-macam Allah dah beri. Namun kita masih rasa tak cukup dan hidup susah. Ada orang tunggu gaji untuk beli phone baru, baju baru, kasut baru, tapi ada lain pula nak beli roti pun berharap pada gaji.
Part yang paling best malam tu adalah, saya tak sangka kawan akan beli oden dengan banyak. Hampir 20 ringgit juga di beli. Dia ajak makan sama. Belanja katanya. Kongsi berdua, dapatlah merasa makan sorang RM10.
Masa ini entah kali berapa, saya tetap kagum dengan hebatnya balasan kita tak berkira bila memberi. Saya beri 5, saya dapat 1O.
Lagi banyak kita beri, lagi berganda rezeki.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penyanyi Noh Salleh mengaku kehidupannya selepas berceria bekas isteri, Mizz Nina enam bulan lalu ternyata sukar untuk dihadapi.
Noh juga memberitahu dalam tempoh itu juga dia terpaksa berebut hak penjagaan anak angkatnya dengan bekas isterinya sebelum bercerai iaitu Musa.
“Lagu Manusia (nyanyian David Bayu) benar – benar satu refleksi terhadap diri saya. Sejak enam bulan lalu saya lalui kehidupan yang sukar.
“Saya bercerai dengan isteri, kemuadiannya berebut anak. Lagu Manusia seakan kena dengan diri saya sebagai seorang manusia yang melalui detik sukar dalam hidup,” katanya.
Noh mengungkapkan perkara tersebut secara tak langsung ketika menjawab soalan tentang lima lagu Indonesia yang menjadi kegemarannya di laman Instagram portal dari Indonesia.
Sejak mengumumkan penceraiannya pada Ogos lalu, Noh tidak pernah mengulas mengenainya malah cuba untuk mengelak daripada ditemu bual oleh media.
Noh kini sudah pun mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya manakal Mizz Nina telah sah menjadi seornag isteri kepada rapper Amerika Syarikat keturunan Maghribi.
Noh dan Nina mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan sah bercerai pada 3 Ogos 2022.
Anda peminat Meatball dari Ikea? Rasa sosnya yang lazat ditambah dengan saiz bebola dagingnya yang besar membuatkan ramai yang sanggup beratur lama untuk membelinya.
Bagi yang ingin mencuba sendiri resipi meatball ini untuk hidangan seisi keluarga, boleh ikut resipi yang dkongsikan oleh Tahrunnisah Jali menerusi laman facebooknya.
Menurutnya, resepi asal diperoleh dari kak Sue Norrman yg kini menetap di Sweden.
dia sangat berpuas hati dengan resepi kak sue. Rupa-rupanya, Kak sue mengambik resepi asli swedish meatball dari mak mentuanya. kemudian, Kak Sue ubah ikut cita rasa.
Buat anda yang ingin mencuba sendiri, boleh tengok resipi di bawah ini.
1) Tumis yang bertanda (*) keperangan dan ketepikan.
2) Satukan bahan-bahan selebihnya dan sebatikan rata. masuk bawang tadi sekali dengan butter. Uli lagi sebati dan bulat-bulatkan ikut besar mana yang kalian suka.
3) Guna non stik pan, masuk kan sikit butter sikit dan masak api sederhana. tutup pan supaya masak rata dan balik-balikkan kejap hingga masak.
p/s .- butter dalam pan jangan di buang. Boleh guna untuk membuat sos.
Sos Gravy
Butter lepas masak meatball.
2 Cawan chicken stok
2 Cawan whipping krim (*)
1 sdm kicap cair
1 ketul kiub ayam
lada hitam sikit – serbuk
1/2-1 sdm tepug kentang bancuh dengan air sikit untuk memekat.
garam/gula- tambahan kalau kurang rasa.
cara :-
1) Satukan semua bahan kecuali yang bertanda (*) dan bancuhan tepung kentang.
2) Didihkan dan rasa secukupnya baru masukan (*). Didihkan lagi dalam seminit dan kecilkan api masuk bancuhan tepung sikit-sikit . jangan terlalu pekat.
sampingan – lingon jem dan kentang. Boleh ganti mix friuts jem
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
PELAKON Hisyam Hamid menyatakan bahawa beliau masih belum bersedia untuk memberikan komen lanjut mengenai status rumah tangganya.
Hisyam Hamid dan isteri, Rosmawati Hanafi atau Mel berkahwin pada tahun 2006.
Sejak setahun lalu, timbul pelbagai spekulasi terhadap hubungannya bersama isteri.
Aktor berasal dari Singapura itu menjelaskan dia perlu mempertimbangkan banyak perkara sebelum berkongsi tentang kisah peribadinya kepada orang ramai.
“Apa yang saya boleh katakan, sekarang ini saya belum bersedia nak beri komen perkara ini.
“Banyak faktor yang perlu saya ambil kira. Terutamanya melibatkan soal jaga hati dan perasaan anak-anak.
“Saya faham sebagai public figure, orang nak tahu tentang diri kita. Saya faham ramai peminat yang sering bertanya dan ada juga yang mendoakan,” katanya.
Aktor itu menambah, isterinya juga kini masih menguruskan kerjaya seninya.
“Isteri masih lagi menguruskan kerjaya saya sebagai seorang pelakon. Tiada masalah,” katanya lagi.
Dia juga berkata bahawa hubungannya bersama Mel masih baik.
Dia menjelaskan mereka sekeluarga turut meraikan bersama pada Aidilfitri baru ini.
“Hubungan kami masih okay. Hari raya pun kami keluar bersama anak-anak,”
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 tahun.
Walau bagaimanapun, dia membuat keputusan untuk bersikap eksklusiviti dengan tidak terlalu berkongsi kisah peribadi di media sosial.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.