“Saya Kena Kuat, Kalau Saya Sedih Seksa Arwah ‘Di Sana’. Saya Reda.” Sempat Kecap Bahagia 4 Hari, Luahan Pengantin Ini Menyentuh Hati!

Share

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kebahagiaan bersama yang tersayang diharapkan sampai ke hujung nyawa, namun takdir Tuhan siapa yang mampu menduga.

Inai di jari masih merah, namun wanita  ini hanya sempat mengecap bahagia dalam rumah tangga selama empat hari sahaja sebelum suaminya pergi buat selama-lamanya akibat kemalangan jalan raya.

Nor Shahirah Mohd Fuad, 24, kini hanya mampu menatap gambar perkahwinan untuk melepaskan kerinduannya terhadap suami, Fikri Ghazali, 33.

Lebih memilukan, pasangan ini tidak sempat mengadakan majlis resepsi dan bulan madu yang sudah dirancang pada April dan selepas Aidilfitri nanti.

Ketika ditemui di rumah mentuanya di Kampung Pak Jah, Tumpat, Nor Shahirah berkata, mereka mendirikan rumah tangga pada 7 Februari lalu sebelum kembali ke Shah Alam, Selangor kerana bekerja dan menetap di situ.

“Majlis resepsi kami sepatutnya berlangsung pada April ini di rumah saya di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

“Kami juga merancang untuk meraikan bulan madu dalam masa yang sama mengadakan hari keluarga di Kolam Air Panas Pasir Akar, Terengganu selepas Aidilfitri ini.

“Namun kini semuanya hanya tinggal rancangan sahaja,” katanya, sedih.

Al-fatihah 
Dear sayangg ??? 7/2/2019 akad nikah .. Dan 11/2/2019 suamiku Syafiq Aiman Syafiq Aiman telah kembali ke rahmatullah dan Alhamdulillah selamat dikebumikan di kampungnya di tumpat kelantan pada pukul 5pagi 12/2/2019 ..

Abg ? abg rehat ye kat sana , Allah lebih sayanggkan abg .. Abg tggu syg yee. Syg doakan abg digolongan org2 yg beriman. Ya Allah. Kuatkan hambamu ni ya Allah,’ itu antara luahan hati Shahirah dilaman facebooknya. 

Nor Shahirah mengakui dia sukar mengawal emosinya dan adakala menangis tanpa henti disebabkan terlalu sedih.

Bagaimanapun, dia terpaksa tabah dan reda dengan ketentuan Illahi kerana enggan ‘menyeksa’ arwah di alam sana.

“Saya kena kuat, kalau saya sedih seksa arwah di sana. Apa yang berlaku adalah ketentuan Ilahi dan saya reda,’ ujar Shahirah yang merupakan guru tadika di sebuah sekolah swasta.

Allahyarham Fikri meninggal dunia selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Shah Alam, Selangor.

Katanya, arwah tidak menunjukkan sebarang kelainan ketika hari kejadian, malah dia sendiri sangat gembira kerana dapat menyediakan sarapan buat Fikri sebelum lelaki itu ke tempat kerjanya.

“Kira-kira sejam selepas dia keluar, saya menerima panggilan daripada rakan arwah memberitahu suami terbabit kemalangan dan dibawa ke Hospital Shah Alam,” katanya.

Walaupun ikatannya bersama arwah sudah terlerai, Nor Shahirah berharap hubungannya dengan keluarga mentua kekal sampai bila-bila dan dia akan sentiasa melawat mereka.

“Saya akan cuba datang seminggu atau sebulan sekali melawat keluarga arwah kerana mereka juga keluarga saya dan paling penting mahu ziarah kubur arwah suami yang akan saya kenang hingga ke akhir hayat kerana dialah cinta pertama saya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian & Iera Fuad