“Saya Jenis Risau Tapi Bertindak.” Anak ‘Speech Delay’, Aeril Zafril Minta Ibu Bapa Kurangkan Beri Anak Gajet

Share

Sebelum  ini Wawa Zainal menyuarakan kerisauan dengan perkembangan anak sulungnya yang dikatakan ‘lambat’ terutama dalam pertuturan. Ahmad Fakhruddin Attar, anak sulung Wawa Zainal dan Aeril Zafril dikatakan masih tidak bercakap walaupun sudah memasuki usia empat tahun ketika itu.

Terbaru, Aeril Zafrel, 31, pula meluahkan perasaan yang sama. Anak sulung pasangan ini dikatakan mengalami masalah ‘speech delay’ atau lambat bercakap. Attar yang kini berumur 6 tahun banyak didedahkan dengan gajet sebelum ini.

Justeru, Aeril berkongsi masalah tersebut dan dalam masa yang sama turut meminta ibu bapa yang sayangkan anak mereka supanya mengurangkan aktiviti bermain telefon pintar atau gajet.

Menurut Aeril, setiap skrin pada gajet mempunyai sinaran yang tidak baik untuk perkembangan kanak-kanak.

Menjelaskan situasi dialami dia dan isterinya Wawa Zainal, Aeril berkata, mereka mula menyedari masalah tersebut apabila mendapati anaknya itu lambat bercakap jika dibandingkan dengan kanak-kanak seusianya.

“Pertama kali dapat kesan simptom terbabit, bapa mana yang tak risau. Saya ni memang jenis risau tapi pada masa sama saya bertindak.

“Saya buat kajian cari maklumat dan terus hantar anak pergi jumpa doktor. Memang doktor kata kanak-kanak yang masih kecil tak digalak untuk pegang telefon kerana mempunyai ‘ultra lighting’ yang tidak baik,” katanya.

Tambah Aeril lagi, melihat pada perkembangan anaknya sekarang, dia kini sudah mampu menarik nafas lega.

“Malah saya bangga dengan dia sebab tahun depan dia boleh bersekolah biasa sebab sekarang ni dia terpaksa belajar di sekolah khas,” katanya.

Sumber: Astro Gempak