Sebelum ini Wawa Zainal menyuarakan kerisauan dengan perkembangan anak sulungnya yang dikatakan ‘lambat’ terutama dalam pertuturan. Ahmad Fakhruddin Attar, anak sulung Wawa Zainal dan Aeril Zafril dikatakan masih tidak bercakap walaupun sudah memasuki usia empat tahun ketika itu.
Terbaru, Aeril Zafrel, 31, pula meluahkan perasaan yang sama. Anak sulung pasangan ini dikatakan mengalami masalah ‘speech delay’ atau lambat bercakap. Attar yang kini berumur 6 tahun banyak didedahkan dengan gajet sebelum ini.
Justeru, Aeril berkongsi masalah tersebut dan dalam masa yang sama turut meminta ibu bapa yang sayangkan anak mereka supanya mengurangkan aktiviti bermain telefon pintar atau gajet.
Menurut Aeril, setiap skrin pada gajet mempunyai sinaran yang tidak baik untuk perkembangan kanak-kanak.
Ads
Menjelaskan situasi dialami dia dan isterinya Wawa Zainal, Aeril berkata, mereka mula menyedari masalah tersebut apabila mendapati anaknya itu lambat bercakap jika dibandingkan dengan kanak-kanak seusianya.
“Pertama kali dapat kesan simptom terbabit, bapa mana yang tak risau. Saya ni memang jenis risau tapi pada masa sama saya bertindak.
Ads
“Saya buat kajian cari maklumat dan terus hantar anak pergi jumpa doktor. Memang doktor kata kanak-kanak yang masih kecil tak digalak untuk pegang telefon kerana mempunyai ‘ultra lighting’ yang tidak baik,” katanya.
Ads
Tambah Aeril lagi, melihat pada perkembangan anaknya sekarang, dia kini sudah mampu menarik nafas lega.
“Malah saya bangga dengan dia sebab tahun depan dia boleh bersekolah biasa sebab sekarang ni dia terpaksa belajar di sekolah khas,” katanya.
Sumber: Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Semenjak pembukaan sekolah pada 15 Julai lalu, banyak sekolah telah berusaha untuk memastikan SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dipatuhi. Ini termasuk pemeriksaan suhu badan pelajar, menggunakan cecair pembasmi kuman dan memakai pelitup muka ketika berada di dalam kawasan sekolah.
Pelbagai kaedah dilakukan untuk memastikan anak-anak mengikut SOP. Namun, cara kreatif yang dilakukan oleh guru-guru di sebuah sekolah ini mencuri perhatian. Mereka menggunakan cara kreatif untuk memastikan para pelajar mencuci tangan dengan kerap.
Viral di laman media sosial memaparkan sekumpulan guru dari sebuah sekolah yang dikatakan dari Kota Bharu ini menggunakan idea kreatif menukar barang terbuang seperti mesin basuh, kepada sebuah singki mencuci tangan untuk para pelajar.
Idea ini membuatkan barang terbuang tersebut kelihatan lebih cantik dan menarik . sekaligus membuatkan para pelajar suka menggunakannya. Pelbagai corak dihasilkan dan semuanya cantik-cantik belaka.
Aneka resipi berasaskan sayur dan sayur kampung ini memang sedap. Setiap hidangan sama ada makan tengahari atau malam, seakan tidak lengkap jika tiada menu sayur-sayuran.
Ada masanya buntu juga menu apa yang hendak disediakan. Tak kanlah asyik nak makan menu yang sama sahaja setiap hari. Lagi-lagi kalau menu yang berasaskan sayur-sayuran. Kadang-kadang memang tidak dapat dinafikan mak-mak ketandusan idea menu untuk dimasak.
Berikut dikongsikan resipi berasaskan sayur-sayuran termasuk sayur kampung. Pilihlah yang mana satu untuk disajikan untuk dinikmati seisi keluarga.
RESIPI 1
RESIPI SAYUR MERANTI MASAK LEMAK KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
Secekak sayur meranti
1 biji ubi keledek (siap dipotong)
Udang secukupnya
Ikan bilis/udang kering
Bawang besar (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Santan kelapa
CARA MEMBUAT:
1. Celurkan sayur meranti kemudian ketepikan.
2. Campurkan keledek dan semua bahan lain kecuali sayur meranti ke dalam periuk. Renihkan.
3. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur meranti. Kacau biar sebati.
4. Apabila sudah hampir masak, barulah masukkan udang. Biarkan seketika cukup untuk bagi udang masak (dalam 3/4 minit). Perasakan dengan garam secukupnya. Siap. Bolehlah hidangkan.
Sumber kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim
RESIPI 2
SAYUR KUBIS GORENG ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
½ biji kubis
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ batang lobak merah
1 sudu teh halba campur
1 inci halia
6 tangkai cili kering
2 biji cili padi
2 tangkai daun kari
1 sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh biji jintan putih
Sedikit serbuk lada sulah/putih
Garam secukup rasa
BAHAN TUMISAN YANG PERLU DISEDIAKAN:
*halia potong mancis
*bawang merah potong mayang
*cili padi potong kasar
*bawang putih racik halus
*cili kering gunting 2 atau 3
*daun kari
*halba campur
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Potong kubis halus, cuci bersih dan toskan dan lobak merah potong mancis.
2.Panaskan 1 senduk minyak, tumis kesemua bahan ini sehingga naik bau.
3.Tumis sehingga semua bahan naik bau atau jadi layu.
4. Bila bahan tumisan sudah layu masukkan ¼ cawan air.
5. Kemudian masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit kacau sebati.
6. Terus masukkan sayur kubis dan lobak merah.
7. Kacau semua bagi sebati.
8. Masukkan ½ cawan air. Sayur ini tidak perlu kuah yang banyak.
9. Taburkan ½ sudu kecil biji jintan putih jika suka.
10. Perasakan dengan sedikit garam secukup rasa.
11. Taburkan sedikit lada sulah/putih. Sayur ini tidak terasa pedas, tapi rasa dari bahang lada sulah dan herba campurannya.
12. Sudah siap sayur kubis goreng ala mamak. Sayur ini memang terkenal di restoran-restoran nasi kandar sekitar Pulau Pinang.
Sumber kredit: Mohd Rozmie
RESIPI 3
RESIPI TERUNG BAKAR MASAK LEMAK PUTIH
BAHAN-BAHAN:
4 bji terung- dibakar dulu dengan api sederhana. Buanglah kulit-kulit hangus. Potonglah ikut panjang yang kita suka.
BAHAN UNTUK KUAH:
100g santan pekat
200g air
1 biji bawang besar potong 6
1 tangkai cili merah potong memanjang
1 biji cili padi (sebagai penyeri)
1 sudu kecil garam
*1 tangkai kacang panjang (jika ada)
CARA MEMBUAT:
1. Kisar bawang besar, cili merah dan cili padi. Masukkan garam.
2. Masakkan semua bahan kuah hingga mendidih dan layu sikit semua bahan itu.
3. Selepas itu masukkan terung dan kacang yang sudah siap kita potong tadi.
4. Kacau supaya semua bahan mesra. Siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Zubaidah Awang
Moga resipi-resipi ini membantu mak-mak mendapat idea untuk menyediakan hidangan buat seisi keluarga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pada bulan Ramadan ini, seperti sudah menjadi kebiasaan apabila pelayar sosial media suka berkongsi gambar makanan di laman sosial milik mereka.
Ada yang berkongsi gambar resipi, makanan yang dibeli dan juga hidangan yang akan dinikmati sewaktu berbuka nanti.
Walaupun ada yang menganggap ia sebagai perkongsian sahaja, namun harus kita ketahui hukumnya dari sudut syarak.
Menjawab persoalan ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Halim Wan Mohd Noor telah menasihati umat Islam supaya tidak memuat naik gambar-gambar makanan, minuman atau individu yang sedang menikmati juadah ke dalam media sosial sebelum waktu berbuka puasa.
Menurut beliau, tindakan berkongsi gambar makanan itu sendiri tidak membatalkan puasa namun perbuatan orang yang memuat naik gambar itu mungkin boleh menggalakkan orang lain untuk meninggalkan puasa mereka. Perkara ini sudah pasti bertentangan dengan ajaran Islam.
Oleh yang demikian, orang yang berkongsi gambar makanan dan minuman boleh jatuh hukum berdosa kerana mereka seolah-olah mendorong orang lain untuk meninggalkan puasa. Ibadah ini tidak boleh dipandang ringan memandangkan puasa merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan.
Justeru itu, beliau menasihati umat Islam untuk berhenti menggalakkan orang lain berbuat dosa dengan berkongsi gambar-gambar makanan ke dalam media sosial sebelum waktu berbuka.
Mungkin ramai di antara kita yang masih belum tahu akan hukumnya, namun diharapkan dengan penjelasan dari Mufti ini, kita semua jelas mengenai larangan ini.
Semoga Ramadan kali ini, setiap amalan kita diterima dan diberkati oleh-Nya.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...