Wajah terpampang di papan iklan gergasi (billboard) siapa yang tak bangga, betul tak? Bukan calang-calang orang boleh buat begitu. Sepertli kelaziman apa yang kita selalu lihat billboard promosi produk, selebriti atau model yang wajahnya ada nilai komersial dijadikan ‘penyeri’ menghiasi papan iklan.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Namun satu kejayaan yang luar biasa, telah dicipta oleh Mekyun atau nama sebenarnya, Wee Yun Nee.
Baru-baru ini di dalam satu hantaran di laman Instagram, Mekyun berkongsi sebuah video kegembiraan saat dia bersama keluarganya melawat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Ujarnya, “Another milestone untuk Mekyun! Mekyun masuk billboard universiti Mekyun gais!!! I’m so proud & honoured to be featured in my uni’s billboard!! Thank you UTHM. Still tengah cubit diri sendiri! Korang dah tengok belum billboard ni?”
Ads
Sebagai umum mengetahui, Mekyun adalah bekas graduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dalam jurusan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik.
Cemerlang sepanjang penganjiannya, Mekyun merupakan graduan kelas pertama dan penerima Anugerah Naib Canselor di pengajian peringkat diploma.
Kemudian, dia turut mencapai keputusan kelas pertama dan turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Naib Canselor serta Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik untuk pengajian peringkat ijazah sarjana muda.
Mencipta satu lagi sejarah manis untuk dirinya. Mekyun telah dipilih untuk menghiasi papan iklan gergasi UTHM di bahagian pintu masuk universiti tersebut. Bukan calang-calang bekas pelajar boleh terpilih, dia ternyata menjadi antara alumni universiti tersebut yang memberikan contoh terbaik.
Ads
“Jadi pada Jumaat lalu, saya bersama keluarga berangkat ke UTHM untuk melihat sendiri billboard berkenaan. Apabila sampai di sana, saya memang terkejut dengan saiznya,” ujar gadis berusia 25 tahun itu.
Pekerjaan sebagai penghantar makanan mungkin nampak remeh di mata sesetengah orang, namun sebenarnya ia mendatangkan banyak risiko kepada rider.
Bukan saja pening kepala melayan kerenah pelanggan yang bukan-bukan, malah perlu meredah hujan dan panas tanpa mengira waktu.
Sama seperti sebuah video yang tular di TikTok ini apabila seorang rider terpaksa menunggu pelanggan di depan rumah dalam keadaan hujan lebat telah menyentuh hati ramai.
Menerusi perkongsian video daripada @naddyross, kelihatan dia merakam rider itu yang sedang menunggu pelanggannya membuka pintu untuk mengambil makanan yang telah dipesan.
Namun, setelah menunggu beberapa selama lima minit, pelanggan itu masih tidak membuka pintu rumahnya. Gadis itu yang kebetulan nampak rider tersebut kesian melihat keadaannya yang sudah basah kuyup.
“Aku tak sampai hati tengok dia hon-hon sambil sorok-sorok phone dia nak call customer dalam hujan. Aku buka gate, aku keluar dengan payung aku suruh dia berteduh dulu bawah bumbung rumah aku,” katanya.
@naddyrossguys tolong la kalau order makanan time hujan tu ade common sense la sikit utk alert korang punya makanan tu dah out for delivery ke ape . semoga abang tu murah rezeki .♬ original sound – 1%
Meneliti di ruangan komen, rider tersebut berterima kasih kerana membantunya.
Malah, rata-rata turut meluahkan rasa simpati pada nasib rider tersebut. Malah, ada juga yang ebrkongsi pengalaman sendiri dan beri pendapat tentang situasi tersebut.
Hari ini, masuk hari ke empat sesi persekolahan bagi tahun 2023 berlangsung. Dalam minggu ini, ibu bapa dan guru masih lagi sibuk menguruskan yuran pendaftaran serta buku anak-anak.
Murid-murid pun masih lagi dalam sesi menyesuaikan diri dengan waktu dan suasana persekolahan. Masih ada lagi yang meragam dan seronok bertemu rakan-rakan baru.
Namun di sebalik hilai tawa dan senyuman manis terukir di wajah anak-anak itu, ada pengorbanan yang cukup besar dilakukan oleh ibu bapa demi melihat masa depan anak mereka cerah. Mereka terpaksa berhempas pulas mencari wang untuk membayar yuran persekolahan, sekolah agama serta keperluan-keperluan lain.
Begitulah usaha yang dilakukan seorang lelaki bernama Basri bagi memenuhi keperluan anaknya untuk bersekolah di sebuah sekolah agama.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh Jafni Elias, Basri yang mencari rezeki sebagai pengutip sampah berkongsi kisahnya.
Menurut Basri, pekerjaan dengan gaji pokok RM1500 itu dilakukan sejak dua tahun lalu demi mencari sumber pendapatan halal untuk keluarga.
“Fasal anak nak sekolah, saya tak memilih kerja janji halal.
“Yuran saja RM500, (kalau) tak kerja, kasihanlah dekat anak-anak,” ujarnya.
Di sebalik senyuman yang tidak putus-putus ketika menjawab pelbagai soalan, Basri kelihatan sebak ketika bercerita tentang yuran pengajian anaknya.
Baginya, dia memilih untuk menghantar anak ke sekolah dengan yuran yang agak tinggi atas alasan supaya anaknya itu mendapat pendidikan lebih baik dan berjaya suatu hari nanti.
“Saya tak pandai, nak bagi anak saya pandai sikit,” katanya.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Basri, dia terpaksa berulang-alik dari rumahnya yang terletak di Bukit Sebelah ke pekan Baling, Kedah untuk bekerja.
Tambahnya, setiap hari dia akan menaiki motosikal dengan jarak anggaran sejauh 20 kilometer ke tempat kerjanya.
Ujar Basri, isterinya tidak bekerja tetapi mengambil tanggungjawab urusan mengambil dan menghantar anak mereka ke sekolah.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih mendengar luahan Basri.
“Sebak tengok abang ni. Semoga abang sihat. Niat abang bagus.
“Kepada anak abang ni, kalau tengok video ni hargailah pengorbanan ayahmu.
Untuk rekod, hantaran tersebut meraih hampir dua juta jumlah tontonan di TikTok.
“Sekolah agama yurannya mahal sebab persendirian. Tapi sebab kami nak yang terbaik untuk anak, kami sanggup. Sedikit lagi nak terkandas tapi ustaz baik tak bagi berhenti,” komen netizen di TikTok.
Isteri mana tak bahagia dan rasa bersyukur apabila segala kepayahan sepanjang sembilan bulan mengandung dihargai suami tercinta apabila dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh sepanjang berpantang.
Umpama seorang confinement lady, begitulah apa yang dilakukan oleh seorang suami Mohd Najib Mohd Ariffin, 26, apabila bukan sekadar menjaga isterinya, Farahdila Rokman, 25, berpantang malahan turut menjaga anak-anaknya sekali.
Menurut Najib dia memang sukarela menjaga isterinya ketika berpantang tanpa bantuan ibu mahupun ibu mentua.
“Bila saya post video ni ramai ingat saya jaga anak pertama. Jadi mereka cakap ‘anak pertama bolehlah buat’. Sebenarnya ini merupakan anak ketiga saya lepas masuk enam tahun kami berumah tangga.
“Minggu pertama kena bangun awal, lepas solat subuh dah kena uruskan mandi dan hantar anak ke sekolah. Untuk dua minggu pertama, memang saya tak benarkan isteri mandi sendiri. Saya yang akan uruskan dia mandi A-Z lepas hantar anak ke sekolah.
“Waktu inilah sebenarnya kita berpeluang tundukkan ego sebagai seorang suami. Bukanlah bermaksud kita takut pada isteri tetapi ihsan terhadap dirinya yang sedang sakit,” ujarnya.
Lebih Menghargai Isteri
Menurutnya yang menetap di Sungai Petani, Kedah, setelah merasai sendiri cabaran dan pengalaman menguruskan isteri, barulah dia faham akan kepayahan yang diharungi setiap ibu yang berpantang sendirian tanpa bantuan orang lain di sisi.
Anak ke-11 daripada 12 beradik ini turut berkongsi bagaimana dia dapat membahagikan masa antara kerjaya dengan tugasan menjaga isteri di rumah.
Dalam perkongsian video tiu, Najib yang mesra disapa Abang Sejuk bekerja sendiri dalam bisnes pendingin hawa menunjukkan bagaimana dia akan memastikan segala keperluan buat anak-anak dan isteri disiapkan sebelum keluar mencari rezeki termasukla membuat sendiri minuman ‘booster’ membanyakkan susu ibu.
“Lepas saya alami sendiri pengalaman menguruskan isteri berpantang, saya tak dapat bayangkan macam mana perasaan ibu berpantang sendirian kalau suami tak mainkan peranan mereka. Bila kita dah alami sendiri baru kita faham betapa hebatnya seorang wanita.”
Belajar Daripada Adik Beradik
“Semua ilmu dan pengalaman ini banyak saya dapat daripada adik beradik. Mereka banyak ajar cara nak uruskan anak termasuklah cucu najis. Arwah ibu juga banyak ajar kami adik beradik bab berpantang termasuklah bertungku.
“Mak mentua pada mulanya nak duduk rumah kami dua minggu untuk jaga isteri. Tapi bila dia tengok saya uruskan isteri dengan baik sampai bahan mandian pun boleh sediakan, jadi dia serahkan saja tugasan tu pada saya. Katanya secara berseloroh pada saya ‘kalau macam ni beranak setiap tahun pun tak apa’.
Mengakui tugas menjaga isteri berpantang ini susah, Abang Sejuk menitipkan pesanan serta nasihat buat para suami atau lelaki di luar sana agar bersabar dalam menjaga isteri sedang sakit berpantang.
Hal ini bukan sahaja dapat meringankan bebanan isteri malah dapat mengurangkan beban serta tekanan isteri agar mereka tidak didatangi pelbagai jenis penyakit lain termasuklah meroyan.
Suami Wajib Tahu Jaga Isteri Berpantang
“Bagi saya, ibu berpantang selama 44 hari ni perlu dilayan seperti permaisuri. Keadaan tubuh isteri yang tidak cukup rehat dan sakit memerlukan bantuan penuh seorang suami. Mereka memerlukan bantuan kita apatah lagi dalam keadaan menanggung kesakitan lepas beranak.
“Anak yang dilahirkan adalah anak bersama jadi kita sebagai suami perlu bantu saat isteri tengah lemah berpantang. Ketika ibu berpantang haruslah dijaga supaya mereka dapat jalani proses ini dengan tenang.
“Kalau bercakap bab susah jaga isteri berpantang ni banyak, tapi bila kita ajar dan latih diri lama kelamaan akan jadi terbiasa dan mudah. Bab nak masak untuk ibu berpantang pun susah sebab ada makanan tidak boleh dimakan sebab takut bernanah pada bahagian luka. Tapi ada juga perkara saya tak boleh buat seperti mengurut jadi saya upah tukang urut,” beritahunya.
“Pada pendapat saya, menjaga isteri berpantang ini adalah perkara wajib bagi setiap lelaki. Inilah yang dikatakan sebagai salah satu nafkah batin. Jadi para suami perlu ada ilmu pengetahuan.
Perkongsian video beliau di TikTok meraih lebih 700,000 jumlah tontonan dan ada yang meninggalkan komen ‘Abang, kursus kahwin dulu pergi sesi permium ke?’ di ruangan komen.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...