
Pelakon Diana Danielle mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi sebarang perkara perihal membabitkan rumah tangganya di media sosial.
Menurut laporan Utusan Online, Diana berkata, itu adalah cara bagi menghormati dan menjaga air muka suaminya yang juga seorang aktor serta pengarah, Farid Kamil.
“Saya hormat suami, jadi saya tidak akan ‘pecahkan’ apa-apa di media sosial. Semakin lama, semakin saya hormat dia. Bukan dulu tak hormat suami, mungkin ketika itu muda dan kurang matang.
“Sekarang, saya segan nak kongsi cerita hal ‘dalam kain’ di media sosial. Kematangan ajar kita untuk tengok situasi dan cari jalan keluar,” kata pelakon berusia 32 tahun itu.
Bercerita lanjut, Diana turut mengakui persefahaman dan toleransi antara hubungan suami isteri penting dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia serta keluarga harmoni.
“Sesuatu hubungan itu perlukan masa untuk menjadi matang. Ketika awal perkahwinan, saya akui, susah percaya suami.
“Tetapi, semakin lama, Farid membuktikan kesetiaannya. Itu membuatkan saya sekarang lebih relaks dan tenang,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson itu berkahwin dengan Farid pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 7.
Sumber: Utusan Online
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Guna Garam Nak Buat Sabun Pencuci Pinggan Jadi Banyak. Lebih Jimat!

Sekarang ini kos hidup memang tinggi. Pelbagai komitmen yang perlu dibayar setiap bulan. Sudah tentu kita sering mencari solusi untuk mengurangkan perbelanjaan supaya setiap bulan kewangan kita ada lebihan supaya dapat menabung.
Salah satu cara adalah mengurangkan perbelanjaan duit dapur seperti pembersih pinggan mangkuk.
Setiap hari, kita akan akan menggunakan 3 hingga 6 kali sabun atau cecair basuh pinggan. Tapi sebenarnya ada cara nak jimat menggunakan sabun pencuci ini.
Sebagaimana tip yang dikongsi ini, sabun pencuci sebotol sebelum ini bertahan seminggu je tapi kini bolen tahan sebulan. Hanya menggunakan 1/4 sahaja botol pencuci berjenama, dapat menghasilkan satu botol sabun pencuci. Memang jimat!
Malah buih pun tetap banyak. Memang seronok membasuh pinggan mangkuk.
Jom cuba!
1.Tuang 1/4 Sunlight dalam botol kosong.
2.Bancuh 3 sudu besar garam halus dengan air panas. Kacau sehingga larut.
3.Selepas larut air garam tadi tambah air biasa dan tuang air garam tu ke dalam botol tadi hingga 3/4 botol.
4.Goncang. Siap!
Serius syok basuh pinggan. Letak sikit aje. Buihnya banyak. Pingganpun bersinar. Jimat kome! Selalu 1 botol Sunlight ori tu seminggu aje. Cuba la.
Kredit: Rufina Abdul Raof
Nilai Berkongsi Makan Sepinggan, Suami Isteri Dapat Rasainya. Kalau Nak Tahu, Kena Amalkan!

Mencari bahagia dalam hubungan suami isteri, perlukan usaha kedua-dua pihak. Dan antara usaha yang paling mudah untuk dilakukan adalah dengan makan sepinggan.
Mungkin bagi yang belum amalkannya, tidak mengetahui manfaatnya. Oleh itu, ayuh kita baca perkongsian daripada seorang isteri ini.
Saya rasa kesilapan besar saya semasa mula berkahwin dulu, saya selalu sangka nak dapatkan bahagia perlu ada segala-galanya.
Order dua pinggan bila kami keluar bersama, atau minum dari gelas yang berbeza, to make sure dia dapat cukup, saya dapat cukup. Lebih banyak lebih baik.
Beli dua, to make sure all is enough.To make sure both of us were happy.
Bila makan tu seboleh mungkin nak bagi satu pinggan besar tu, penuh dengan nasi, sebab rasa gembira sendiri tengok dia makan banyak.
Tapi semakin lama baru saya sedar, lebih banyak tak bererti lebih baik.
And now I could only eat well when we eat together. It brought us closer just like best friend.
Bila dia potong ayam ikut portion yang saya suka, and just how I knew the right amount of sambal he liked on his rice.
Tak perlu tanya suka apa, automatik kita tahu apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, seperti mana dia tahu apa yang saya suka, dan apa yang saya suka, dan apa yang saya tak suka, lengkap dengan amountnya.
I think its so beautiful. Apa yang saya diajar bila berkongsi makanan, dari pinggan atau bekas yang sama, ialah kebersamaan.
The value of sharing in a relationship and how sharing brings two people closer together.
Terasa berkatnya, terasa selalu cukup di situ.
Dan sebagai seorang isteri, saya selalu rasa bahagia bila saya balik ke rumah, and he would say ;
” Tak lalu lah nak makan seorang-seorang”
Ada sekali tu, saya kat Mesir, suami kat Malaysia, dia mesej,
“Tak lalu nak makan, dah biasa makan pinggan sama”
Well, saya rasa semuanya kerana sejak dari saya mula kahwin dulu sampai lah sekarang, bila berkongsi kita jadi tak terbiasa makan sendiri. Rasa kurang lengkap.
Well, saya rasa tips bagi mana-mana isteri yang nak suami selalu ingat kat kita selalu, makanlah dalam pinggan/ bekas yang sama.
Sambil makan bergurau senda, menghabiskan makanan, berkasih sayang dalam berkongsi rezeki.
Segalanya terasa cukup.Yang sikit terasa banyak.Yang banyak terasa berganda kenyangnya.
Saat jemari bertaut, saat menghadap rezeki, di situ Allah turunkan mahabbah. Jarang makanan tak dapat dihabiskan.
We love it, we desire it, taste it, we receive pleasure from it, we commune with it, we long for it, we get all excited when we have it, we enjoy the feeling it gives us, and we literally consume it.
Bila nasi tinggal sedikit, kita bagi pada pasangan kita, bila kita nampak pasangan, kawan, atau ahli keluarga kita nak makan lagi, dan begitu juga sebaliknya, the act of giving instead thinking about yourself, I think its so beautiful.
Love only grows by sharing. You can only have more for yourself by giving it away to others.
And you will share who you are, what you want, and even what you eat with the person you want to spend the rest of your life with.
It was so beautiful.This is so powerful.
Nak suami sayang?
Nak kawan kawan sayang?
Nak ahli beit terasa kehilangan bila kita tak ada?
Try lah.
Dont believe me, but do it and feel it:)
InsyaAllah.
Nur Farah Ahmadi.
26.11.2018.
Sumber : Nur Farah Ahmadi
Selalu Tanyakan Apa Pasangan Mahu. Jangan Biar Menunggu Lama, Mungkin Akan Ada Orang Lain Yang Sudi Bertanya. Berhati-Hatilah!

Komunikasi dalam rumah tangga cukup penting supaya tidak timbul konflik berbeza antara pasangan suami isteri.
Namun, semakin bertambah usia perkahwinan, semakin ramai pasangan yang jarang berkomunikasi antara satu sama lain. Kerjaya, anak-anak dan persekitaran antara faktor penyebab berlakunya jurang komunikasi. Tetapi paling utama adalah suami isteri itu sendiri yang kurang inisiatif untuk mengambil berat.
Dengan kata lain, tidak suka bertanya apa yang pasangan mereka ingini. Sedangkan itu yang paling penting dalam rumah tangga.
Tanya. Terlalu penting perkataan ini. Dalam perhubungan suami isteri, jika tidak bertanya, belum tentu kita akan tahu apa yang bermain di fikiran pasangan. Itu yang dikongsikan oleh saudara Akhtar Syamir.
Jangan cakap pasal faham memahami. Jangan cerita la dari pandangan mata kita boleh faham isteri atau suami. Tak semestinya dan tak selalunya betul.
Kena selalu bertanya. Soalan yang paling jarang kita tanya pasangan apabila sudah lebih 5 tahun berkahwin ialah apa yang pasangan kita mahukan. Keinginan dia semasa mula kahwin dengan selepas 5 tahun pastinya berbeza. Kita sendiri pun berubah selepas 5 tahun berkahwin. Sama ada ke arah lebih baik, atau ke arah lebih buruk.
Lebih baik apabila pasangan punya kemahuan semakin banyak dipenuhi. Yang buruk ialah apabila semakin hari, pasangan kita semakin memendam rasa. Ada yang tak kena. Tapi tak dapat diluahkan. Kerana pasangannya tidak pernah bertanya.
Meluahkan bukan perkara yang mudah. Kita takkan tahu apa reaksi dari luahan kita itu nanti. Itu sebabnya ramai yang simpan perasaan itu dalam-dalam. Mungkin kita tak sedar, ada benda yang kita terlepas pandang sejak kita berkahwin. Mungkin juga ada benda yang kita buat semakin menjengkelkan pasangan kita.
Itulah sebabnya perlu bertanya.
“Sayang, boleh I tahu apa yang U nak?”
“Sayang, ada tak benda yang U nak?”
Jika tiada jawapan atau dia mengelak, pandang tepat mata pasangan anda. Tanya dia lagi.
“Sayang, kalau ada apa-apa yang U nak, bagitau je”.
Dari sekecil-kecil permintaan, hinggalah ke sebesar-besar pendedahan. Dengar selepas bertanya. Jangan tanya dan biar ianya tergantung. Pasti ada yang boleh membuatkan perhubungan itu menjadi lebih erat.
Jangan marah jika pasangan tidak pernah bertanya, kerana tidak menjadi kesalahan jika kita yang bertanya dahulu. Ingatlah yang perhubungan ini adalah dua hala. Tak semestinya perlu gerak kedua-duanya serentak. Mungkin anda yang perlu mulakan dahulu.
Jangan pula marah bila ada benda yang perlu diubah atau diperbaiki. Nanti, soalan-soalan selepas itu pasti tidak akan dilayan lagi.
Tanyalah apa pun. Nak makan apa? Nak minum apa? Apa yang boleh anda bantu? Apa yang boleh menggembirakan pasangan? Apa yang membuatkannya tidak selesa? Apa yang disukainya. Bagaimana anda boleh memudahkan urusannya. Bagaimana anda boleh menenangkan jiwanya. Tanya sahaja. Jangan tunggu.
Jika pasangan menunggu terlalu lama, mungkin akan ada orang lain yang sudi bertanya. Berhati-hatilah.
Mulakan bertanya dari sekarang.
Penulisan ini saya buat secara spontan tanpa dirangka selepas bertanyakan apa yang isteri nak saya tapau bila saya balik kerja nanti. Sila abaikan selera besar dia tu. Hahaha..
Saya tak tahu jika penulisan ini akan memberi manfaat kerana jari saya terus menaip tanpa henti. Jika ya, kongsilah penulisan ini. Jika tidak, saya akan cuba lagi di penulisan yang lain.
Korang nak makan apa malam ni? ?
Jemput follow saya ? Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
▶️ http://t.me/broohsemfans ◀️