Semalam merupakan hari jadi pelakon terkenal Fattah Amin. Biarpun berjauhan kerana mempunyai komitmen kerja di New York, namun pelakon Fazura sempat memuat naik video serta ucapan yang cukup romantis dan bermakna buat suami kesayangannya itu.

Rupa-rupanya tarikh 14 September adalah detik yang menyedihkan di dalam hidup pelakon Gol & Gincu ini kerana mengingatkannya kepada pemergian ayah tersayang. Namun dia bersyukur kerana tarikh tersebut juga memberi kebahagian apabila  Allah menghantar Fattah untuk menyayanginya serta melindunginya.

“Saya kehilangan bapa tersayang pada 14 September, 18 tahun lalu dan pada tarikh yang sama 1990, Allah hantarkan seorang insan yang cukup istimewa ke dunia.  seseorang yang menerangi hidup saya, seorang yang cukup memahami, baik hati dan dia juga telah mencuri hati saya buat selamanya.

“Dia dihantar untuk menjaga dan melindungi saya serta menyayangi saya sepenuh hatinya. Saya tak boleh luahkan bagaimana rasa syukur saya memilikinya.

“Terima kasih kerana menyayangi saya dan terima kasih kerana menjadi diri awak sebenarnya.

“Saya sayangkan awak sepenuh hati saya. Selamat hari lahir sayang, My Hubsbaby,”

Itu antara bait-bait tulisan pelakon ini di ruangan Instagramnya.

Ads

Selain memuat naik video khas buat suami, Fazura juga turut memuat naik ucapan  sempena mengingati pemergian bapanya.

“Al-Fatihah buat papa. Raja di hati saya. Papa seorang yang penyayang, prihatin, murah hati dan selalu mencintai semua orang. Saya berharap papa mempunyai peluang untuk mengenali dia (Fattah), saya tahu papa akan menyayanginya juga.

“Rindu Papa dan berharap kamu boleh sentiasa bersama saya. Saya sayangkan kamu. Saya sentiasa akan jadi anak kecil papa. Doa semoga kita bertemu selamanya di Jannah,” luahnya.

Ads

Ucapan tersebut mengundang rasa terharu dan sebak di kalangan pengikutnya.

nys.n.fynSungguh,kalau hati & fikiran serabut masuk kat ig @missfazura terus rasa tenang,damai je.no hate,no drama,no negativity..yg ada hanya cinta dan kasih sayang..faz,u r so strong,stay being urself.Everyone loves u here ?? Alfatihah untuk arwah papa faz …

Ads

dayangjaaAl Fatihah..didoakan syurga Firdaus Allah kurniakan buat insan yang di sayangi..Aamiin Allahuma Aamiin.

chintaaziSama2 kita sedekahkan Alfatihah pada yang telah tiada. Moga arwah ditempatkan dikalangan hamba yang soleh @missfazura

idali_6965Fazurah, you look like your father. Semoga rohnya dicucuri rahmat. ?

nootherapparelishotter__bynoahn U r just like yer papa too… Al fatihah to him

 

Sumber: IG missfazura & Astro Gempak

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI