Pengasas kosmetik Noir, Erica Baiduri yang sinonim dengan panggilan Madammu tampil dengan selesa dengan caranya sendiri berbanding membina gimik serta konten demi memperkenalkan produknya.
Menurut Madammu, setiap individu mempunyai cara tersendiri dan dia menghormati pendirian dan padangan orang lain
“Setiap orang dia ada cara masing-masing. Saya dengan cara saya. Mungkin Founder lain dengan cara mereka. Tapi bagi saya mereka doing good, itu cara mereka”
“Saya hanya jadi diri sendiri, tak perlu jadi orang lain. Sebab saya dikenali pun dengan cara begini. Setiap ornag ada keunikan masing-masing”
“Malah saya sebenarnya bangg melihat founder di Malaysia. Mereka gigih berusaha nak naikkan jenama mereka”
“Jadi sama-samalah kita tengok kejayaan atau cara itu, dia punya cara masing-masing”
Ditanya apabila cara berhadapan dengan netizen di media sosial, dia hanya memandang dari sudut positif tentang apa yang diperkatakan oleh netizen
Baru-baru ini, pihak Media Hiburan sempat merakamkan ulasan penaja utama Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) mengenai dirinya serba sedikit di sesi Program Pementoran Bisnes yang diadakan di The Datai Langkawi, Teluk Datai
sumber : Media Hiburan