“Saya Hampir Hilang Nyawa Bertarung & This Is The End” – Ziana Zain Throwback Kisah Bercerai

Share

Sebelum ini kita hanya tahu tentang berita penceraian penyanyi terkenal, Ziana Zain tanpa mengetahui kisah disebaliknya.

Baru-baru ini, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain membuat penyakuan meruntun jiwa tentang ungkapan yang keluar daripada bibir bekas suami, Armin Zaharin sekali gus membuatkan dirinya tawar hati sehingga mengakibatkan perceraian pada 2018.

Situasi yang berlaku sekitar 2016 tersebut juga menyebabkan Ziana berasa seperti dirinya tiada harga diri apabila tidak dihargai seorang lelaki bernama suami.

“Ingat saya heran (peduli) ke kat dia? Saya tak heranlah (pedulilah) kat dia.

“Sebagai isteri perasaan macam mana sebagai isteri? Berbelas tahun saya taat kepadanya, dia boleh cakap dia tak heran (peduli) dengan saya.

“Jadi, saya ke sahaja yang terdamba-dambakan dia. Perasaan waktu itu rasa macam tiada harga diri.

“Macam mana dia (bekas suami) tergamak keluarkan perkataan sebegitu. Saya isteri dia. Dia nak anak empat, saya beranak anak empat (orang).

“Saya hampir hilang nyawa 50-50 bertarung (nyawa) untuk dia dan this is the end (inikah pengakhirannya),” dedahnya dalam nada teresak-esak menerusi progam bual bicara, Next To Neelofa musim kedua, malam tadi.

Tambahnya, sejak insiden terbabit yang berlaku pada 2016, hatinya mula menjauh dan menjurus ke arah yang paling ditakuti setiap wanita iaitu perceraian.

“Sejak 2016, hati saya jauh saja. Terkesan yang amat. Kalau dia (bekas suami) duduk sebelah kita atau kita nak tidur, saya macam minta pada Allah jangan dia duduk sebelah saya.

“Saya berdoa dan bertanya, kenapa saya macam ada rasa yang saya tak suka suami saya. Saya tak nak jadi isteri derhaka. Saya berdoa, kembalikan rasa kasih sayang terhadap suami saya,” katanya.

Mengenang kembali kisah anak-anak pula, dia mengakui salah seorang anaknya menghidap Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Malam kejadian anaknya didakwa dirotan bekas suami itulah titik tolak yang merubah hidupnya, Ziana ingin membulatkan hati melakukan keputusan tepat dengan meminta pertolongan daripada Allah SWT.

“Saya buat solat taubat, istikharah dan hajat. Lepas itu, saya tidur dan bangkit pukul 5 pagi,” jelasnya.

Ziana yang juga disapa sebagai Kak Gee memaklumkan, ternyata doa dan ibadatnya didengari Allah apabila satu persatu ‘rahsia’ bekas suami terbongkar.

“Selepas dua hari saya rasa macam memang inilah Allah nak tunjuk. Saya buat laporan,” jelasnya.

@seorangnur Isteri mana yang tak kecewa kena macam ni lagi bila sentuh anak anak 🥺 #neelofa #zianazain #nexttoneelofa #fyp #foryou #fypage #xyzbca ♬ Putus Terpaksa – Ziana Zain

Terdahulu, Mei 2018, bekas suami Ziana, Armin Zaharin didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencederakan anak lelakinya.

Perkahwinan mereka selama 20 tahun secara rasminya berakhir apabila Armin melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.

Sumber :