“Saya Hampir Gantung Bendera Putih, Mujur Ada Siput Beliung…” Bapa Anak Empat Luah Syukur Masih Ada Sumber Pendapatan!

Share

Itulah istimewanya rezeki, kadang-kadang datangnya tanpa diduga. Dirasakan cukup mudah, memperolehi rezeki tanpa perlu dicari dengan bersusah-payah hingga ada kalanya rezeki itu mengalir deras bagai air sungai. Alhamdulillah.

Namun sebaliknya ada yang juga perlu bersusah payah mencari rezeki, membanting tulang, perlu kuat berusaha hingga terasa lelah tubuh dan fikiran demi mendapatkan sesuap nasi untuk keluarga.

Apatah lagi saat ramai antara kita hari ini sedang bergelut dengan hidup berikutan pandemik Covid-19,  bukan mudah untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.

Ini sebagai mana memetik berita di Harian Metro, tentang kisah seorang bapa kepada empat anak yang berusia antara setahun setengah hingga sembilan tahun, hampir ingin menggantung bendera putih untuk mendapatkan bantuan makanan dan susu untuk anaknya. Pun begitu, selagi dinamakan rezeki dan kita terus berusaha untuk mendapatkannya pasti ada jalannya.

“Saya hampir menggantung bendera putih tetapi mujur ada siput beliung ini. Dapatlah saya mencari duit belanja untuk membeli barangan dapur serta susu anak,” ujar bapa kepada empat anak Mohd Irfan Budin, 33″

Dia yang sebelum ini berniaga nasi lemak kukus di pasar malam hilang sumber pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.

Katanya, kehadiran siput sebesar tapak tangan orang dewasa dipanggil siput beliung atau kemudi yang jarang ditemui itu memberi sumber rezeki walaupun berdepan kesukaran untuk mencarinya.

Foto : MyMetro

Kutip Demi Kelangsungan Hidup

“Beliung ini amat jarang ditemui dan kehadirannya hanya disedari secara kebetulan oleh kawan yang menangguk udang di kawasan itu sebelum memberitahu kepada saya.

“Walaupun proses mencarinya agak sukar selain berdepan dengan ancaman sengatan obor-obor termasuk ular air namun saya tetap berusaha mengutipnya demi kelangsungan hidup,” katanya ketika ditemui di Pantai Siring di sini, tadi.

Jadi Sumber Rezeki 

Bapa kepada empat anak berusia antara setahun setengah hingga sembilan tahun itu berkata, dia tidak menyangka siput beliung itu menjadi sumber rezekinya buat waktu ini.

“Alhamdulillah saya dapat memperolehi sumber rezeki baru. Walaupun ada menerima bantuan bakul makanan tetapi saya perlu juga mencari duit untuk perbelanjaan lain.

“Turut sama turun ke laut mencari siput beliung adalah beberapa nelayan serta penduduk kampung yang terjejas pendapatan,” katanya.

Menurutnya, sepanjang mencari siput ini, empat rakannya terpaksa dikejarkan ke hospital kerana terkena sengatan obor-obor dan seorang lagi masih dirawat akibat dipatuk ular air,” katanya.

Sumber: MyMetro 

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club