“Saya Guna Petua Ni Jika Batuk.” Terkejut Tengok Kesan Ubat Batuk Pada Otak, Dr Ini Guna Bahan Ini Bila Anak Batuk.

Share

“Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Dulu masa saya kerja di Australia. Saya pernah lihat. Saya jadi takut lepas tengok. Semenjak hari tu. Saya dah tak ambil dah ubat batuk. Lagi-lagi nak bagi kat anak-anak. Jauhkan diri daripadanya.”

Dalam keadaan sekarang ini, penjagaan kesihatan menjadi semakin penting. Apabila berlakunya penularan wabak, sudah tentu mudah menjangkiti penduduk di sekitarnya. Tambahan pula ada yang bersikap sambil lewa mematuhi SOP di tempat awam bagi mengawal jangkitan COVID-19.

Salah satu masalah kesihatan yang sering menyerang adalah batuk. Biasanya kita akan mengambil ubat batuk untuk melegakannya. Namun jika diambil secara kerap, tentu akan memberi kesan yang tidak baik untuk kesihatan tubuh badan.

Tidak salah untuk mencuba rawatan alternatif secara alami. Sebagaimana perkongsian Pakar Otak, DrRizal Abu Bakar

yang berkongsi petua yang diamalkan untuk diri dan keluargannya.

Jom ikuti petua beliau.

Zaman sekarang, saya lihat ramai yang kerap sakit. Terutama selesema dengan batuk. Mainan fikiran buatkan badan rasa lemah semacam. Betul tak?

Fikir pasal cik Vid. Asal demam je cik Vid. Asal batuk je cik Vid. Bukan setakat cik Vid. Sekarang ni juga musim berubah-ubah. Kejap panas kejap hujan.

Saya dah pernah kongsi tentang remedy untuk selesema. Green flu shot dan minuman immune booster.

Kali ini saya nak share tentang cara rawat batuk.

Petua rawat batuk 

Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak?
Dulu masa saya kerja di Australia. Saya pernah lihat. Saya jadi takut lepas tengok.

Semenjak hari tu. Saya dah tak ambil dah ubat batuk.
Lagi-lagi nak bagi kat anak-anak. Jauhkan diri daripadanya.

Bila batuk menjelma. Saya guna alternatif lain. Cari yang kesannya tak macam ubat batuk. Kesan yang berbeza terus. Kesan yang tak jahanamkan otak.

Makan masa untuk saya cari. Saya review jurnal saintifik. Saya baca buku. Saya rujuk mereka yang pakar. Akhirnya, jumpa.

Sehingga kini, saya gunakan petua ni sekiranya batuk. Cara pun mudah.

Caranya ialah:

1. Potong 1 biji bawang Bombay/Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.

2. Leraikan lapisan bawang tadi.

3. Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut yang kita mahu.

4. Gaulkan biar rata.

5. Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam.

6. Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.

7. Ambil satu sudu dan minum.

Rasanya persis ubat batuk. Tujuannya keluarkan kahak dengan mudah. Tiada kesan buruk pada otak.

Orang putih panggil ‘cough syrup.’ Melalui pembacaan saya dapati juga petua ni mereka pakai lama dah. ‘Homemade remedy’ untuk batuk.

Boleh cuba di rumah.

Sumber: DrRizal Abu Bakar

*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/

 

Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!

MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.

MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat. 

MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?

MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut. 

Bintang Kecil:Pening kepala melihat telatah adik-adik BK kumpul marshmallow tapi kecoh satu kampung dibuatnya. Agaknya siapa yang menang cabaran kali ini? Mari kita saksikan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara