“Saya Ganti Cincin Kahwin Kita.” Sikap Suami Ni Buat Warganet Sebak, Ada Yang Kongsi Kisah Yang Sama.

Share

Perkahwinan merupakan sebuah jalan yang panjang yang perlu ditempuhi oleh pasangan suami isteri.

Dalam tempoh rumahtangga tidak semuanya indah. Ada kalanya cabaran yang datang menduga keutuhan hati pasangan.

Apa yang pasti, semua yang kita nampak indah sewaktu sebelum kahwin tidak semestinya sama selepas kita berumah tangga.

Nyata sudah tentu ada antara kita melalui banyak cabaran dalam tempoh perkahwinan. Begitu yang dilalui oleh pasangan ini. Melalui fasa kesukaran dalam rumahtangga itu lumrah. Namun jika di tempuh dengan sabar, pasti ada sinar gembira di penghujungnya.

Menerusi facebook milik,Rita Arifin berkongsi cabaran rumahtangganya apabila terpaksa mengadaikan sebentuk cincin perkahwinan ekoran masalah kewangan yang dihadapi ketika itu.

Bagaimanapun, beliau tidak menyangka, suaminya telah bertindak membuat kejutan dengan membelikan sebentukan cincin seakan sama sebagai ganti. Rasa terharu makin makin berganda apabila kata-kata manis suaminya membuatkan dirinya sebak.

Begitulah kehidupan suami isteri, saling melengkapi dan tidak berkira untuk hidup bahagia.

______________________________

Hari ni terharu sangat. Alhamdulillah walaupun xseberapa tapi suami sungguh-sungguh nak surprise kan saya kisah dia dulu. Cincin kawin kami dijual sbb nak discaj sy kluar hospital lepas besalin anak sulung masa tu memang susah sangat2 nasib la ade cincin kawin xseberapa ni ade. Suami pi jual and settle kan saya. And hari ni suami ganti balik cincin kawin. surprise kan saya dngan cincin yg sama walaupun sblum2 ni ade je die beli Barang kemas lain-lain untuk saya. Tapi yg ni lain sbb ade nota  sweet tu sblum ni tak ada.

WARGANET KONGSI KISAH 

Warganet juga berkongsi pengalaman yang sama dalam tempoh perkahwinan. Antara komen adalah :

“Sesiapa yg tidak pernah melalui situasi ini boleh kata apa saja..Saya pernah berada di situasi ini. Satu persatu barang kemas saya jual ,bila anak saya sakit dan perlukan rawatan. Termasuk lah cincin kahwin saya. Alhamdulillah..berkat sabar..hrini saya boleh dpt semula memilki nya.. walaupun x sama..yg penting macamana kita berkerjasama dlm mengurus situasi genting itu..tanpa perlu mengadu kepada keluarga..terutama ibu ayah. Selagi mampu hadapi berdua suami isteri. Tahniah utk kamu yg berjaya melalui dengan sabar.. Alhamdulillah kini hampir 30 th kami hidup bersama.. Terima kasih Allah.

“Saya juga sama tapi mungkin belum sampai rezekinya sekarang pun saya belum dapatkan semula tapi saya anggap itu bukanlah penting utk dikembalikan semula tapi hanya mengharapkan suami dapat menjaga saya dan anak anak disaat susah dan senang.

“Saya juga pernah jual cincin merisik dan cincin nikah suatu ketika dahulu. Walaupun sekarang dah mampu beli cincin yang lain tapi tetap tak sama dengan cincin nikah yang asal. Rasa terkilan tu ada, tapi asbab jual cincin kahwin tu lah Allah kurniakan zuriat pada kami sebab masa saya jual cincin tu untuk bantu seseorang, saya cuma minta Allah kurniakan anak buat kami berdua.”

Semoga perkahwinan yang dibina bahagia till jannah biarpun datang apa jua cabaran.

Sumber: Rita Arifin

Belian menarik di sini

TOP ARTICLE

TrendingKanak-Kanak Darjah Tiga Viral Tulisan Cantik, Warganet Teruja, Ibu Ini Kongsi Tip. – KELUARGA

Viral halau tikus guna berus sabut: Wayar Penghawa Dingin Putus Dek Gigitan Tikus, Lelaki Ini Kongsi Petua Halau Guna Berus Sabut, Ini Caranya! – KELUARGA

Tanam kobis di rumahKobis Tanam Depan Rumah Aje, Lelaki Ini Ajar Cara Semai Hingga Tuai, Sesuai Untuk Newbies! – KELUARGA

Mesti bacaPatutlah Buat Kuih Kekadang Jadi, Kekadang Tak Jadi. Ini Jenis Tepung Beras Kena Tahu – KELUARGA

Tip Berbunga lebat: Lebatnya Ros Dah Macam Kebun Bunga! Wanita Ini Kongsi Cara Penjagaan Nak Kekal Berbunga Dan Subur.  – KELUARGA

Petua dapur:  Donut Asyik Keras Dan Tak Kembang, Cara Wanita Ini Confirm Jadi Gebu, Ini Resipinya. – KELUARGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club