“Saya Discover Cara Untuk Trick Otak, Serious Jadi! “- Lelaki Berjaya Dengan Eksperimen Sendiri

Share

Dalam menjalani rutin harian dengan melakukan kerja-kerja amatlah memenatkan, meletihkan mental dan fizikal. Walaubagaimana pun, kita mestilah selesaikan tugasan itu

Ada masanya selepas selesai buat kerja , kita mestilah mengambil sedikit masa untuk berehat seketika, dengan scroll media sosial, layan youtube sekejap. Kemudian bila kita nak sambung kerja semula, tiba-tiba terasa arghhhh malas sangat! terus tak ada momentum untuk sambung kerja tersebut. Lagi-lagi kalau lepas lunch, dia punya ‘saka’ tu lagi menjadi-jadi ! nak tahu tak kenapa ?

Jawapannya adalah, semasa kita sedang mendapatkan intertainment itu, kita dapat dophamine (neurotransmitter yang bagi rasa seronok) sangat banyak dalam badan kita. Jadi kita punya minda dah penat untuk  sambung buat ‘kerja’ (kurang seronok)

Ini ada satu perkongsian dari pengguna tiktok sayaizzyunus yang beliau discover sendiri dengan membuat eksperimen ke atas dirinya sendiri apabila ‘malas’ itu berleluasa pada dirinya.

Apa yang beliau buat adalah, dia cuba untuk buat short burst excersice seperti jumping jack selama 30 kali, burpees dalam 5 kali sehingga merasakan termengah-mengah. Kemudian dia berjalan-jalan di dalam office, dan….

senaman Jumping Jack dilakukan sebanyak 30 kali

 

senaman Burpees dilakukan sebanyak 5 kali

 

BOOM!

Beliau dapati willpower dan fokus beliau datang balik! boleh terus sambung kerja dengan momentum yang ada.

Bagi anda yang mengalami perkara yang sama, anda boleh cuba ‘trick’ dan senaman ini di office anda ok!

moga ianya membantu kalian 🙂

VIDEO

@sayaizzyunus Guna trick ni untuk sambung produktif lepas terlajak rileks 😅 #produktiviti #tiktokguru_malaysia ♬ Believe (Inspirational Background Music) – Fearless Motivation Instrumentals

Sumber : Tiktok sayaizzyunus