Secara tradisionalnya, ketua keluarga adalah ibu atau bapa tetapi ada juga beberapa kes dimana anak yang menjadi ketua keluarga. Begitulah juga kes “single sister” ini.
Memegang gelaran “single sister”, Nurlina mengakui terdapat pelbagai cabaran yang perlu diharungi terutama sekali tanggungjawabnya sebagai anak sulung.
Menurut temubual bersama mStar, Nurlina, 22, berkata, kehidupannya berubah sepenuhnya selepas ibunya meninggal dunia pada bulan Mac tahun lepas.
Baru-baru ini, Nurlina hadir ke sekolah untuk mengambil kad laporan akademik adiknya, Syawal, yang berumur 10 tahun. Dia juga pernah digelar sebagai “ibu muda” kerana ramai menyangka Syawal adalah anaknya.
“Waktu ambil report card tu, tak ada yang tanya saya apa-apa. Cuma sepanjang dekat sana tu rasa janggal sebab orang sekeliling pandang, lagi pula saya dipanggil sebagai ‘puan’. Majoriti ingat Syawal tu anak saya, susah juga nak terangkan sebab ada sesetengah tak percaya sehingga saya perlu tunjuk kad pengenalan (MyKad),” luahnya.
Nurlina memulakan cerita tentang permulaan kehidupannya sebagai ketua keluarga, bapanya telah meninggal dunia pada tahun 2014 selepas terjatuh dari motosikal akibat cuba mengelak batu ketika berada di kebun.
“Ibu pula meninggal ketika usianya 49 tahun, kerana kesan penyakit kanser paru-paru yang dihidapinya sebelum ini. Pada masa tu, ibu sedang tidur dan ‘pemergiannya’ hanya disedari oleh Syawal sebab saya berada di hospital” kata “single sister” itu.
Ads
Walaupun terkejut dengan khabar yang diterima pada masa itu, dia menerima takdir tersebut kerana tidak sanggup melihat ibunya terus menderita.
“Ada masa saya down dan bila tak okay saya akan bagitahu Syawal yang saya tak okay. Mujur dia faham dan akan datang bertanya keadaan saya selepas beberapa ketika. Awal-awal dahulu, saya tak mahu pandang Syawal sebab muka dia memang macam ibu… barang ibu pun saya tak nak tengok kerana masa meninggal, saya yang mandi dan kafankan. Jadi saya tak boleh nampak barang dia, kalau nampak memang sedih dan bercucuran air mata. Kalau saya, barang arwah ibu akan disimpan dalam almari tapi Syawal akan gunakan,” luahnya.
Nurlina juga mengakui bahawa dia berada dalam dilema kerana bimbang tidak dapat menjaga adiknya, Syawal. Bagaimanapun, dia berusaha sedaya upaya untuk menjaga dan membesarkan adiknya dengan terbaik dan penuh kasih sayang.
“Seminggu dua tu saya rasa terbeban tapi bila fikir balik, Syawal nak pergi mana selain bergantung harap pada saya. Jadi saya chill diri dan akhirnya rasa terbeban tu hilang” katanya.
Ads
Bersyukur masih mempunyai tempat berteduh, Nurlina turut meluahkan sedikit kelegaan kerana masih boleh menumpang kasih dengan nenek yang telah berumur lebih 80 tahun.
Di samping itu, kehadiran pakcik dan makcik saudara yang turut bertanya khabar membuatkan dirinya serta adik berasa disayangi.
“Saya dan Syawal tinggal dengan nenek di Petaling Jaya, Selangor. Alhamdulillah saya sudah bekerja sebagai digital marketing dan mampu menyara adik yang bersekolah rendah serta menghulur duit kepada nenek. Belanja dapur tu kadang-kadang saya keluarkan tapi makcik pun akan bagi juga pada nenek walaupun dia tinggal asing,” ujarnya.
Walaupun pendapatannya antara RM1,800 hingga RM2,000 sahaja, Nurlina masih mampu menanggung perbelanjaan harian adiknya termasuk kos pembelajaran seperti pakaian, buku dan alat tulis. Dia juga membayar yuran sekolah dan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru).
Ads
“Kalau duit belanja adik, saya akan asing siap-siap. Jika tak sempat, nenek yang bagi dan saya akan bayar balik. Saya sangat bersyukur kerana adik tak banyak kerenah dan minta lebih-lebih seperti permainan. Dia hanya minta makanan, keperluan ataupun buku untuk dia melukis sebab dia suka melukis. Kalau nak beli sesuatu yang mahal, saya akan suruh tunggu dulu sampai dah cukup duit… macam dia nak beli ultraman, jadi kena tunggu dulu,” jelas Nurlina.
2 hari yang lalu, video perkongsian yang memaparkan dia hadir ke sekolah Syawal menjadi tular di TikTok sehingga mendapat lebih 663,000 tontonan.
Rata-rata wargamaya meninggalkan komen sokongan kepada Nurlina dan berharap dia terus tabah untuk menyara adiknya sebagai ketua keluarga.
Semoga artikel ini memberi inspirasi dan manfaat kepada anda semua.
Sebagai ibu bapa, kitalah yang harus mencorakkan anak-anak. Tidak hairanlah orang kata guru pertama pada anak ialah ibu bapa bukan cikgu masa di sekolah. Justeru, banyak benda yang ibu bapa perlu ambil berat. Salah satu adalah soal penggunaan gajet dikalangan anak-anak yang memerlukan pemantauan daripada ibu bapa.
Dengan situasi sekarang, penggunaan gajet dikalangan anak-anak bukanlah satu isu baru yang diperkatakan. Banyak pro dan kontranya jika anak lebih banyak menghabiskan dengan gajet.
Terbaru, kes kanak-kanak 12 tahun yang dikatakan merogol anak asuhan ibunya yang baru berumur 4 tahun mengejutkan semua pihak. Segalanya bermula dengan pengaruh gajet.
Justeru wanita ini berkongsi satu aplikasi dalam membantu ibu bapa memantau penggunaan gajet di kalangan anak-anak. Ikuti perkongsian dari Azmuhaini Aini.
Terkejut dengar berita budak 12 tahun merogol anak asuhan. Ya Allah lindungilah anak-anak kami semua.
dari berita tu kata semua tu pengaruh gadget. Yerlah kan zaman sekarang semua di hujung jari, cari je apa tekan je apa share je apa semua keluar.
Maybe ada yang dah tau app ni tapi yang belum tahu harap membantu.
App ni saya install lama jugak lah untuk monitor setiap pergerakan kegunaan hp si kakak.
Yup kakak ada hp sendiri dan hp dia memang saya pasang kan line so unlimited internet dan call. supaya dia senang nak call family member, kegunaan kerje sekolah.
Tapi semua ada limit.
so saya install app ni Family link.
kat app ni saya boleh monitor apa yang kakak sedang buat. contoh dia tengah online ke. dia tengah tengok youtube ke. tengok game ke apa ke semua saya boleh tahu. dan berapa lama dia tengok dan last dia online semua saya tahu. dan paling penting saya tahu location hp nya berada dimana. tak kisah saya tengah kerje dia di rumah semua saya boleh monitor sebab nya ada notifiication.
dan di app ni juga saya kawal penggunaan nya so saya akan set masa ikut saya. so sampai masa hp ni akan padam sendiri dan dia tak leh tekan mana-mana button melainkan call sahaja. kalau dia perlu buka hp juga perlukan code no daripada hp saya.
update :: 1) application ni perlu di install kat telefon parent yang nak monitor tu dan juga HP anak anda ye. nanti app ni akan minta email bagai so ikut sahaja arahan yang diberikan. — Untuk hp parent kena install google family link for parent dan kalau untuk hp anak kena install google family link for children & teens
2) anak nak uninstall. biarlah sebab tak boleh pun ?? . kalau hp si ibu atau bapa uninstall pun masih boleh install balik dan monitor anak macam biasa balik. melainkan parent tu tekan STOP SUPERVISION.
3) Kita boleh kawal dan set untuk tontonan movie umum sehingga 18sg atau 18sx. game pun boleh kawal.
4) semua kawalan/perubahan adalah hanya boleh dilakukan di hp si ibu/bapa sahaja.
Ni app yang perlu install pada telefon anakIni waktu yang saya tetapkan sendiri. so time ni memang telefon dia tak kan boleh guna. sehari dia boleh pakai 4 jam sahaja.kalau nak guna juga kena pakai no code ni. dan no ni akan berubah setiap masa. so kakak jangan berangan kamu leh hafal. ??ni kakak punya muka depan lah.ni tempat untuk parent setting.ni contoh kalau tak leh guna. haa kakak dia suh tidoq time ni. so dia hanya boleh guna emergency sahaja. iaitu call. parent access tu yang code tadi lah.Ni app yang perlu install pada telefon anak.
Memang mencabar didik anak. Ia termasuk kecemerlangan akademik.
Namun terlalu memberi penekanan kepada akademik pada usia yang terlalu awal pada anak akan memberi kesan kepada perkembangannya. Nak tahu lanjut ikuti nasihat coach parenting ini, Mohd Fhais Salim.
BIAR PUAS BUAT AKTIVITI MAIN DULU
Orang kata 7 tahun dah kena pandai membaca.
4 tahun dah kena kenal huruf & nombor.
Jujurnya saya tak ambil port sangat tentang pencapaian akademik waktu umur anak bawah 7 tahun.
Bagi saya itu semua kurang penting!
Yang paling penting ketika ini bukan akademik tapi tumbesaran otak, emosi & fizikal anak. Itu jauh lebih penting.
Tak terbantut jika tak pandai baca tapi jika 7 tahun tak pandai bersosial hah itu bahaya.
– Tak pandai berkawan
– Tak pandai komunikasi
– Tak pandai main sama-sama
– Tak pandai minta izin
– Tak pandai maafkan orang
– Tak pandai sabar
Sebab tu la masa anak 1 – 6 tahun ni saya lebih suka bagi dia main sepuas-puasnya.
Lari sana, lompat sini, guling situ. Apa sahaja janji dia bermain & bergerak aktif.
Dari berlari-lari tu la yang akan banyak mematangkan fikiran dia, menguatkan emosi dia & menyihatkan badan dia.
Serius!
Tak ada istilah lambat belajar akademik.
Jika otak cerdas, emosi stabil & fizikal kuat apa sahaja ilmu akademik dia pasti boleh belajar.
Tentu ada yang merungut dan rasa tidak puas hati bila pokok yang pada awalnya ditanam hidup subur di dalam polibag, namun bila dipindahkan ke bekas yang besar atau ke dalam pasu, pokok tersebut boleh mati.
Sebenarnya tahukah anda, untuk mengalihkan tanaman ada cara teknik-teknik tertentu yang perlu diikuti untuk memastikan pokok tersebut ‘tidak terkejut’ dengan perubahan yang cuba kita lakukan.
Nak tahu bagaimana, jom ikuti perkongsian ilmu daripada Encik Abd Halim dalam hal ini. Jom semak.
“Perkongsian ilmu. Nak pindah pokok dari polibag ke dalam pasu. Ikut cara ni Insha Allah tanah dalam polibag tak pecah, kalau tanah dalam polibag pecah peratus pokok hidup 50-50.Selamat mencuba, bagi yang dah buat cara ini anggaplah ianya sebagai ulangkaji.”-Abd Halim
Step 1 : Masukkan tanah dlm bekas dan letak polibag diatas tanah supaya pangkal pokok apabila ditimbus dengan tanah mencapai paras yang dikehendaki.
Step 2 : Potong 2 inci daripada paras bawah polibag
Step 3 : Letakkan polibag ke dalam bekas dan masukkan tanah separa 1/3 polibag dan padat kan tanah di keliling polibag
Step 4 : Tarik polibag ke atas dan potong polibag tersebut.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.