“Saya Dah Tak Ada Istilah Sedih Atau Airmata Kerana Redha Dengan Aturan Allah.” Diduga Empat Anak Istimewa, Ibu Ini Terus Kuat & Positif.

Share

Diduga memiliki anak istimewa bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima. Lebih-lebih lagi bukan seorang sebaliknya empat orang sekali gus. Namun, hati ibu ini cukup besar dan cekal orangnya.

Semalam ibu ini memuat naik satu perkongsian mengenai anak-anaknya bersempena bulan kesedaran autisme. Ikuti luahan hati ibu bernama Haslinah Abdul Hassan yang juga didiagnos ADHDer dewasa. Sungguh hebat ujian yang terpaksa dilalui ibu tabah ini. Selain itu, suaminya juga Asperger Dewasa.

Ketika ditemu bual penulis, akui Haslina anak-anaknya bukan jenis tantrum. Tapi tak boleh duduk diam dan suka explore.

“Biasanya kalau bawa mereka keluar, saya akan pastikan Izzat diberi ritalin, iaitu sebiji sehari mengikut saranan doktor untuk mengawal tingkah laku. Irfan pula di dalam stroller, Putri dipegang oleh saya manakala Yusuf didukung.

“Jika singgah makan biasanya saya pilih mcdonald tapi ambil masa sekejap sahaja. Lepas makan akan terus gerak dan bawa anak-anak jalan-jalan,” jelas Haslinah lagi yang lebih mesra membahasakan dirinya Has.


Bulan April bulan kesedaran Autisme …

Ke tiga2 anak Has mengalami Autisme+adhd , baby yusuf juga suspek Autisme .

Alkisahnya…

Masa izzat dilahirkan .. ia seperti baby lain yang normal ,sempurna tak banyak ragam ,sihat dan comel… saya dan suami berkecimpung dalam kerjaya perhotelan , masa kami habis di tempat kerja berbanding izzat .. izzat membesar di rumah pengasuh yang bertukar silih ganti kerana izzat kanak2 yang hyperactive masa tu dan saya sedar izzat mempunyai tingkahlaku mencabar sebab tu sentiasa bertukar2 pengasuh.. bila umur izzat 6 tahun saya terfikir yang izzat wajib ke sekolah dan seperti ibu2 yang lain saya daftarkan izzat di tabika perpaduan . Sehari je sempat merasa tabika , cikgu call saya meminta untuk bawa izzat balik dan tak dapat terima izzat kerana tak terkawal tingkah laku izzat.

Sebagai seorang ibu ia satu tamparan hebat dan sebenarnya sukar nak terima kerana saya tak nampak kecacatan izzat secara luaran taoi saya tahu izzat memang mencabar . Saya nekad hantar izzat ke sabah dengan harapan dia di terima sekolah di kg sendiri .. tapi sangkaan saya meleset .. 3 bulan je izzat bertahan di tadika kemas , kebetulan saya mengandungkan anak ketiga dan memang bercadang untuk balik sabah melahirkan di sana. Bulan 5 2014 saya balik sabah dan berjumpa dengan cikgu izzat .. cikgu tersebut memberitahu saya bahawa izzat anak istimewa dan perlukan sekolah yang special untuk kanak2 istimewa yang cikgu2 yang mrmahami mereka.. cikgu tersebut bagitahu anak nya juga nama izzat yang juga mengalami Autisma . Dia yang sarankan saya berjumpa dr pakar kanak2.

Saya dengan perut yang sarat masa tu menunggu hari bergegas refer izzat ke pakar kanak2 di hospital sandakan.. masa jumpa dr pakar kanak2 tu saya cerita tingkahlaku izzat yang mencabar dari A-Z. Izzat dapat appoitment seminggu sekali , 4 kali pegi appoitmen izzat confirm diagnosis ASD AUTISM SPECTRUM DISORDER. Dr tu bagi saya borang jkm yang dah lengkap di isi untuk buat kad OKU nya … masa buat tu memang langsung tak rasa apa2 pun .. selepas 3minggu kad oku izzat siap .. masa ni Allah swt je tahu sedih sangat2 bila tahu izzat oku ??? sebab masa tu bila sebut oku sangat sensetif.. tapi saya tak biarkan diri bersedih lama2 sebab saya perlu kuat masa tu untuk baby yang dah lahir dan izzat yang perlukan sokongan… sepanjang izzat tak sekolah 2014 tu , saya ajar izzat homeschooling yang saya rasa penting untuk persediaan izzat ke sekolah tahun 1 2015 ..

Di rumah saya ajar izzat makan sendiri guna tangan ,sudu garpu, minum ,butang baju ,basuh lepas popo dan pepe ,guna stokin ,doa makan ,adab bersalam dengan orang lain… tapi saya terlupa untuk ajar modifikasi tingkahlaku kerana saya tak tahu pun tentang Autism .. Alhamdulillah lepas anak ketiga lahir 2minggu kemudian kami balik Kuala Lumpur.. saya tak berlengah2 , saya google tentang sekolah hyperactive kerana saya masih tak tahu tentang dunia Autism .. saya tak baca pun borang diagnosis izzat masa tu . Sebab dalam hati nak melahirkan baby dan bslik kl ?? . Alhamdulillah Allah swt permudahkan urusan saya , saya dapat info dari google tentang sekolah ppki yang berdekatan rumah dan apa yang ppd nak .. saya siapkan 3 salinan fothokopi salinan dokumen2 dan terus bawa ke PPD jalan Duta. Bulan 11 2014 izzat dapat surat tawaran diterima masuk ke ppki dan kena datang orientasi untuk semua sekolah bawah zon bangsar , kat sk tasik permaisuri … di sinilah mata hati saya terbuka bila terpandang ada ramai sebenarnya kanak2 istimewa seperti izzat dan ibubapa yang senasib sekasut.

Paling tak boleh lupa sehingga bila2 pun darang pn Maz Ismail perkenalkan diri dan tanya tentang izzat dan bagitahu tentang anaknya yang juga sebaya izzat masa tu 6tahun … dan pn maz juga lah perkenalkan has pada page AUTISME MALAYSIA kat fb.. satu2 nya group support yang buat has positive, redha dan kuat sehingga hari ini ???? dan has start join event pertama AM pada 9hb5 2015 di UM pj . Terima kasih buat En. Zamri Tembol dan Pn. Nora Yusof kerana menubuhkan page group support ni … dan saya juga telah mendaftar sebagai Ahli PersatuanAutismeMuslimMalaysia ( PAMM ) , tak rugi sangat2 jadi ahli Pamm banyak aktiviti setiap tahun yang dapat has pergi dengan anak2 Autisme+Adhd has .

Ok masa izzat masuk sekolah di ppki ,izzat sangat teruja kerana ramai kawan dan kawasan yang luas .. izzat semakin hyper dan tak duduk diam , dia berlari ,berpusing2 ,turun naik tangga sambil tersenyum2 dan bercakap sendiri ikut bahasanya , kerana masa ni izzat melalui fasa echolalia iaitu bercakap satu hala je .. bila kita tanya dia akan ulang perkataan dan sebutan itu .. masuk bulan 2 GPK guru penolong khas ppki berjumpa saya meminta izzat dikurangkan waktu sekolah iaitu dari 5 hari isnin-jumaat ke 2hari je iaitu selasa dan khamis dan mencadangkan izzat ke PDK pemulihan dalam komuniti under JKM .. saya sebagai ibu memang sangat sedih dan masih trauma yang izzat pernah di rejek di tabika 2kali dan saya risau jika ia berulang semula .. jadi saya terima keputusan GPK tersebut dan meminta saya menulis surat untuk menghantar izzat 3hari ke pdk. Alhamdulillah urusan ke pdk dipermudahkan maka bermula lah perjalanan izzat ke ppki 2hari dan pdk 3hari .. ppki pula cuma dapat 2jam je sehari iaitu dari 7.30pagi-9.30pagi lepas rehat saya kena ambil izzat ..izzat yang gembira dengan suasana rehat mula2 tantrum juga nak bawa dia balik, lama kelamahan bila dah dah jadi routine izzat dah faham dan akur ..

Sebagai ibu saya juga ingin yang terbaik untuk izzat .. saya berjumpa semula GPK untuk meminta semua cikgu2 di ppki yang mengajar izzat subjek2 tertentu untuk menulis tentang tingkahlaku izzat di dalam kelas atau ketika seisi diluar kelas … masa dapat surat2 dari cikgu2 semua subjek agak sedih juga bila membaca tapi saya kuatkan semangat untuk baca dan bawa surat2 tu ke pakar kanak2 semula dan izzat dapat appoitmen dengan dr Aminah kat HKL dan bermula lah izzat ada terapi OT dan ST kat hkl sebulan sekali dan jumpa dr Aminah 3bulan sekali dan izzat dibekalkan dengan ubat RITALIN yang membantu untuk mengawal emosi dan tingkahlalu izzat di sekolah dan public .. sebab saya akan bagi bila nak kesekolah atau jalan2 je .. sehingga hari ini izzat dah 11tahun masih ambil ritalin sehari sebiji.

Izzat ada adik putri dan irfan yang ketika itu dalam pemantauan saya kerana trauma dengan perjalanan izzat saya nekad memantau ketad2 dan naluri saya sebagai seorang ibu benar belaka .. semasa umur putri 1tahun 6bulan saya buat MCHART kat KKIA dan banyak ciri2 Autism dan banyak fail kat mchart tu ..Doktor kkia refer ke pakar kanak2 di paedetrik HKL .. putri di refer ke speechtherapy ST dan occupunatiol therapy OT sebulan sekali …selepas setahun genap umur putri 3tahun . Putri confirm diagnosis ASD dan Dr Ranjini yang diagnosis putri refer putri ke PERMATA KURNIA.

Maka bermula lah kehidupan mempunyai 2 anak Autisma putri tak tunggu lama selepas 7 bulan menunggu putri diterima belajar di pk dan hanya bayar yuran PIBI. Yuran bulanan dapat pelepasan free kerana syarat nya family yang income 3k ke bawah free dan ada lebih dari seorang anak Autisme ..syukur alhamdulillah Aamiin terima kasih sangat2 buat DR Hasnah Toran pengarah permata kurnia seorang ibu yang juga SUPERMOM kerana juga mempunyai 2 anak Autisme ??? yang menjaya dan mengadakan pusat permata kurnia yang juga memperjuangkan hak2 anak2 Autisme ini …

Sejak masuk permata kurnia putri banyak improve masuk bulan 3 2016 dan keluar pk bulan 12 2017 dari mode B intervensi ke Mode A prasekolah dan putri juga layak ke PPI program penuh Inklusif di aliran perdana seawal pra sekolah 6tahun pada 2018 … sekolah yang sama dengan izzat dan ini sekolah ke dua izzat … yang pertama izzat berhenti selepas 2 tahun masih sama 2 hari dan 2 jam je di ppki dan kebetulan nak cari sekolah ppki yang ada prasekolah dan prappki untuk adik2 izzat .. Alhamdulillah Allah swt sebaik perancang kehidupan has dan anak2 , tak habis kisah putri has di uji lagi pada tahun 2016 juga irfan anak ke tiga has juga menampak kan ciri2 hyperactivity dan Autisma.

Dan ketika ini umur irfan nak masuk 2 tahun , saya refer irfan sewal 1 tahun 6 bulan buat mchart dan fail banyak Dr kkia terus refer pakar kanak2 paedetrik HKL  macam kakak putri nya … dapat terapi cara kerja dan terapi pertuturan ot dan st sebulan sekali …selepas 4 bulan genap umur irfan 2tahun , irfan confirm diagnosis Autisma dan seperti kakak putri juga saya dah takde istilah sedih atau airmata kerana saya redha dengan aturan Allah swt atas kurniaan 3 anak istimewa …

Masa ni lah saya terfikir adakah saya ada Autism juga sebab 50% seakan2 ada ciri2 anak2 saya tanya Dr ranjini, Dr cindy dan Dr Aminah pakar kanak2 anak-anak Has …. mereka sebulat suara mengatakan tidak kerana saya masih bertenaga dan boleh handle ketiga anak2 sorang2 dan masa ni lah baru tahu yang suami has sebenarnya ada asperger cuma belum betul2 diagnosis , kerana dia pun dengan dunia nya .. dan saya lebih suka handle anak2 tanpa nya , kerana kami selalu bercanggah pendapat dan dia seperti anaknya jenis tak suka menunggu .. jadi saya biarkan dia buat apa yang dia minat agar emosinya juga stabil dan saya redha dengan aturan perjalanan ini .

Ingatkan saya cuma ada 3 anak autisme dan bercadang untuk tidak melahirkan anak lagi dengan ambil suntikan perancang kekuarga .. tapi kuasa Allah swt saya mengandung lagi anak ke 4 dan selamat melahirkan baby yusuf pada 5hb7 2018 .. syukur alhamdulillah Aamiin dapat baby lelaki ??? saya memang lebih bersedia kerana ilmu tentang dunia anak2 dah ada .Lagipun baby yusuf suspek Autisme secara fizikali bila saya bagi gambar tangan ,kaki dan telinga baby yusuf kat Dr Aminah dan Dr Aminah refer gambar tu kepada Dr Ahmad di HKL.. dunia Autisme dan dunia Adhd .. Bercerita tentang ADHD saya juga memang mengalami sejak lahir.


Tapi saya sedar bila anak2 semua di diagnosis Autisme+adhd, saya nampak ciri adhd tu sejak saya kecil sehingga sekarang ni ??? tenaga yang sentiasa berlebihan … agaknya sebab tu saya sentiasa berfikiran positif kerana saya dah set dan otak saya tak sempat nak proses perkara2 sedih atau berlaku ..tetapi sebalik terus proses maklumat baru dan masa akan datang jadi otak sentiasa aktif bekerja??? saya mengalami stress melampau dan menjadi sedih melampau …risau dengan anak2 saya refer ke psikiatri dewasa kat HKL  pada bulan 10 2018 , tapi Dr psikiatri dewasa tu cakap saya seorang ibu yang kuat dan takde pun ciri2 depression dan tak perlukan ubat .. tapi ciri2 ADHD sangat ketara dan atas persetujuan saya dan perbincangan di antara dr Ahmad dan Dr anak2 Has maka saya confirm diagnosis Adhder dewasa …

Masih jauh lagi perjalanan hidup kami dan banyak lagi Has kena belajar tentang dunia Autisme dan ADHD serta Asperger dewasa … kerana anak2 Has akan menginjak dewasa kelak … dan di situ lah cabaran lagi hebat seperti ibubapa hebat2 di page Autisme Malaysia yang mempunyai anak2 Autisme dewasa …

Harapan saya buat ibubapa di luar sana janganlah sedih atau malu bila tahu anak mengalami autisme dan lain2 yang ada masalah pembalajaran …mereka Anugerah terindah dari Allah swt .. Terima mereka dan bagi sokongan penuh … siapa lagi kalau bukan ibu bapa sendiri yang memahami luar dan dalam anak2 kita …. tak salah bersedih tapi jangan lama2 .

Jangan pandang ke belakang tapi teruslah melangkah kehadapan gapai tangan2 anak2 istimewa ini ..kerana mereka boleh lebih improve bila ada sokongan dari keluarga ,cikgu2 dan masyarakat di luar sana .. ingatlah mereka Amanah Allah swt dan mereka bakal memimpin tangan2 kita bersama mereka melangkah ke syurga Allah swt Aamiin …

Terima kasih buat cikgu2 ppki izzat ,putri dan irfan kerana menerima dan memahami mereka seadanya .

#caknaautisma
#autismawareness
#autism
#autisme
#permatakurnia
#semarakautisma
#semarakbiru
#lightitupblue

Sumber: FB Haslinah Abdul Hassan