“Saya Dah Cakap Dah, Saya Rindu Atuk & Nenek Saya…” Anak Ni Menangis Setelah Polis Tak Benarkan Pulang Ke Kampung!

Share

Bila perasaan rindu pada seseorang yang disayangi kian terasa, hati bagai meronta-ronta untuk segera bertemu bagi merawat rasa rindu yang semakin menebal di hati. Hal ini bukan hanya orang dewasa sahaja tahu merasainya, namun anak kecil juga mengalaminya.

Inilah yang dirasai oleh seorang kanak-kanak ini bila mana setelah sekian lama tidak dapat bertemu datok dan nenek dek kerana larangan rentas negeri.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama Puteri Nur Farahanum, ada berkongsi video anak lelakinya dengan berani bercakap dan bersemuka dengan polis, dengan harapan dia dibenarkan untuk pulang ke kampung bertemu datok dan neneknya.

Namun, pihak polis itu cuba menerangkan dengan baik tentang pelaksanaan PKP yang tidak membenarkan sesiapa pun merentas negeri. Pada mulanya anak ini terlihat cuba memahami dan reda dengan penjelasan tersebut.

Namun setelah masuk ke dalam kereta, anak ini terus menangis kerana sedih tidak dapat berjumpa dengan datuk dan neneknya. Hal ini telah mengundang rasa sebak dan pilu wargamaya. Selain itu, ramai juga yang bekongsi rasa rindu untuk pulang ke kampung berjumpa insan tersayang.

@pwincess130Reply to @asmarizal1984 Selepas Menahan Sebak, Abg Polis Tu Kata Tak boleh Balik 🥺 ##fyp ##fypシ ##tiktokmalaysiaviral ##lockdown ##intanpayung ##part2♬ Lon Rindu – 𝕱𝖆𝖍𝖒𝖎🕊️

Sehingga artikel ini ditulis, video ini telah viral sehingga meraih 613.9K views dan 37K likes di aplikasi TikTok.

 

@pwincess130Reply to @dangvsyana Dia Nak Jumpe Atok Dan Nenek Dia, Rindu Sangat Dah 🥺##fypシ ##fyp ##tiktokmalaysiaviral ##lockdown
##foryoupage ##intanpayung♬ Lon Rindu – 𝕱𝖆𝖍𝖒𝖎🕊️

Semoga tidak lama lagi akan tiba masa dan ketikanya untuk kita semua dapat bertemu insan tersayang untuk melepaskan rasa rindu yang kian menyeksa hati dan perasaan. Sama-samalah kita bersabar dan semoga wabak covid-19 segera berlalu.

Sumber : @pwincess130

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club