Alangkah bertuahnya badan bila dikurniakan menantu lelaki atau perempuan yang baik, menjaga dan menyayangi diri kita seperti ibu kandung sendiri. Tidak dengan itu, murah hati pula membeli hadiah sebagai tanda kasih.
Berkongsi kisah Abdul Muiez Ruslee ini umpamnya, seroang menantu yang memberikan hadiah istimewa kepada ibu mertuanya yang telah lama teringin membeli emas bolehlah dijadikan inpirasi.
Menurutnya, apa yang dikongsikan bukanlah bertujuan menunjuk kaya apatah lagi berduit, namun apa yang dilakukan semua itu adalah sebagai mencipta satu kenangan indah untuk dirinya dengan dapat menghadiahkan barang kemas.
Ini memandangkan ibunya sudah meninggal dunia , dan kini cuma ibu mertua lah tempat untuknya menumpang kasih seorang ibu.
Belikan Gelang Emas & Cincin Untuk Mak Mertua
Semalam saya nampak mak mentua bagi duit dekat isteri. Minta simpankan. Kumpul-kumpul nak beli cincin, katanya.
Allahu akbar. Kasihannya. Saya cuba congak-congak duit yang ada dalam bank. Cukup.
Saya buat carian di Google. Kedai emas Seri Iskandar. Ada. Saya hubungi kedai itu.
Kedai tutup pukul 6. Saya tengok jam. Ada 15 minit lagi. Saya minta jangan tutup dahulu. Kami nak datang.
Sampai saja di kedai, saya minta emak pilih satu gelang emas. Selesai, bayar.
Mak kata, nanti nak datang lagi lepas duit cukup. Nak beli cincin pula.
Saya congak-congak lagi duit dalam akaun. InsyaAllah sebentuk cincin lagi boleh lepas.
Terus saya minta mak pilih cincin pula. Selesai dan saya bayar.
Saya bercerita bukan nak tunjuk saya kaya atau berduit. Tidak.
Cuma saya terkenang. Sepanjang mak saya hidup, saya tak pernah belikan barang kemas untuk mak.
Masa itu, duit nak lepas hidup sendiri pun paras hidung je. Sekarang, Allah bagi rezeki sikit. Saya nak bagi dekat mak sendiri, mak dah takda. Dah 8 bulan mak meninggal.
Ads
Belikan Ayah Baju Baru
Dulu masa kecik, ingat tak kita pernah cakap dekat mak. Saya fikir, kita semua pernah sebut benda yang sama. “Nanti dah besar, saya belikan mak emas ya.”
Sekarang dah besar, pernah tak kita belikan?
Saya teringat tentang itu dan saya tak nak penyesalan itu datang lagi.
Balik Negeri Sembilan hari itu, saya tengok baju-baju ayah dah kusam. Saya belikan dua helai baju di Freeport A Famosa. Suka betul ayah.
Masa jamuan akikah, ayah pakai. Ayah tunjuk dekat saya. “Ayah pakai baju yang kau beli.”
Rakan-rakan dapat bayangkan tak apa perasaan saya? Agak-agak bagaimana perasaan ayah pula?
Saya tulis status ni pun menitik air mata.
Terkenang, sepanjang mak hidup, tak sempat saya nak berbakti. Malu dengan adik. Betapa beruntungnya dia, dapat berkhidmat untuk mak sehingga nafas mak yang terakhir.
Nak berbakti pun sempat, inikan pula nak belikan gelang emas.
Harta Bertambah Berkat
Ads
Kadang-kadang kita rasa duit tak cukup nak beri khidmat untuk mak ayah.
Tapi percayalah, harta yang kita beri kepada mak ayah itu sangat berkat.
Yang tak cukup, insyaAllah, Allah akan cukupkan.
Lepas mak dapat hadiah, terus mak doakan kami.
Dah 8 bulan saya tak dapat doa seorang mak.
Tapi, semalam saya dapat dengar doa dari seorang mak dengan jelas.
Saya minta dekat mak. Doakan semoga kami menang cabutan Al-Awfar. Semoga dapat kami tebus semua gelang mak di Ar-rahnu.
Kawan-kawan.
Sementara mak ayah masih hidup, santunilah mereka. Penuhi hajat mereka.
Benar, kita kadang-kadang pun tak berduit. Tapi cuba fikir, lepas kita keluarkan duit dekat mak ayah, pernah tak kita kelaparan? Pernah tak kita tak makan?
Tak, kan?
Kita kata tak ada duit untuk mak ayah, tapi kita boleh melancong sana sini. Beli barang branded itu ini.
Saya tak cakap dekat orang lain, tapi untuk diri sendiri juga.
Malah, kalau kita sedar, rezeki kita semakin melimpah.
Bukan hanya sekadar duit, mungkin juga melalui jalan lain. Antaranya hati kita tenang, kereta tak pernah rosak, rumah tangga bahagia, anak-anak pandai, kerja kita dipermudahkan, tak pernah kena marah dengan bos, tak stress.
Ya, itu semua mungkin asbab kita menyantuni mak ayah.
Berbaktilah sementara mereka masih hidup. Semoga berkat hidup kita.
Berbaktilah dengan cara kita. Sikit cara sikit. Banyak cara banyak.
Jika tak mahu menyesal di kemudian hari.
Cameron Highlands adalah salah satu tempat percutian keluarga yang sering menjadi tumpuan dek kerana tempat ini berada di kawasan tanah tinggi, suhu yang sejuk dan udara yang nyaman.
Jadi tidak hairan lah tempat percutian ini selalu dikunjungi tidak kira waktu, sama ada pada hujung minggu dan lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah. Boleh dikatakan memang padat dengan pengunjung!
Baru-baru ini Memey dan Norman Hakim telah meluangkan masa untuk membawa keluarga kecil mereka bercuti di Cameron Highlands. Difahamkan menurut Memey, kunjungannya pada hari tersebut adalah kali pertama selepas hampir 11 tahun tidak berkunjung ke Cameron Hinghlands.
Apa yang pasti,ia satu jangka masa yang lama. Tentu sahaja keterujaan Memey dan anak-anaknya untuk menikmati keindahan percutian tanah tinggi tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Bonding time
Meskipun difahamkan kunjungan Memey kali ini disebabkan ada urusan kerja, namun tetap digunakan sebaik mungkin untuk lakukan aktiviti bonding bersama keluarga tercinta.
Lantaran itu, Memey di entry tersebut turut bertanyakan kepada peminatnya dimanakah tempat makan yang menarik untuk dikunjunginya. Apatah lagi menurutnya, bab makan memang menjadi sesuatu yang menyeronikkan buat dirinya.
Maka ramailah yang memberi respon, menyenaraikan lokasi tempat makan yang menarik di Camaeron Highlands. Tidak dengan itu, netizen yang lainnya juga seakan teruja untuk menikmati indahnya bercuti di tanah tinggi bersama keluarga di sana.
Antara lokasi tempat makan yang dicadangkan adalah seperti Bamboo Briyani di Tanah Rata, ada juga yang mencadangkan jika ingin makan scone tersedap kena pergi di Opah Strawberi, jika ingin makan nasi lemak strawberi di Aidilbadri, manakala jika ingin menikmati keenakan Kek, boleh singgal di Kek Viral Pak Tam. Bahkan jika ingin makan malam yang enak bolehlah mencuba Steamboat Grill and Cheese dan banyak lagi yang disenaraikan.
Di dalam posting berikutnya Memey turut berkongsi momen bahagia memetik strawberi. Menurutnya, aktiviti memetik strawberi adalah menjadi senarai pertama yang ingin dilakukan oleh anak-anaknya bila berkunjung ke sini.
Lantaran itu, Memey tidak menghampakan permintaan anak-anaknya.
Ternyata sepanjang berada di ladang strawberi, terpancar keterujaan dan keseronokkan di wajah Muhammad Darwisz , Muhammad Dikhriz dan Mikayla Delisha. Ketiga-tiga mereka begitu gembira memilih dan memetik buah strawberi yang segar dengan begitu banyak sekali.
Ketika memilih untuk berdiet, anda sebenarnya harus makan lebih kerap namun dalam kuantiti yang sedikit. Kekerapan ini bagi membolehkan perut sentiasa kenyang dan anda juga tidak menahan lapar.
Tempoh diantara waktu makan utama harus diselang selikan dengan snek ringan tapi berkhasiat. Apa snek yang sesuai untuk anda di antara waktu itu?
Salah satu jenis makanan yang terbaik ialah makanan kering. Walaupun telah mengalami proses pengeringan namun khasiatnya masih tetap tersimpan baik. Lihat sendiri apa kebaikan snek-snek sihat ini jika anda sedang berdiet!
Kismis
Buah anggur yang telah dikeringkan ini merupakan sumber zat besi yang paling baik untuk tubuh. Kandungan seratnya sama ada yang larut ataupun tidak larut dapat membantu sistem penghadaman dan juga mengurangkan kolesterol dalam badan.
Kacang Pistachio
Kacang pistachio ini membekalkan karbohidrat, zat besi, magnesium, potassium, thiamin, vitamin B6, vitamin A dan beta karotena kepada tubuh. Khasiat yang terkandung di dalamnya turut memberikan manfaat pada tubuh di mana ia dapat membantu tubuh mengawal hipertensi dan memperkuatkan daya kekuatan mental untuk mengawal tekanan.
Kacang badam
Kacang badam adalah di antara kekacang yang bertindak sebagai bahan antioksidan. Ia juga kaya dengan kandungan magnesium, fosforus, riboflavin, Vitamin E, phytosterol dan beta-sitosterol.
Kacang hazel
Pengambilan kacang hazel dalam diet anda amat baik bagi membantu kelancaran sistem pencernaan anda. Antara nutrisi yang dibekalkan oleh kacang hazel adalah seperti thiamin, magnesium, beta-sitosterol, dan phytosterol.
Kurma
Kurma ini mengandungi karbohidrat. Tiga biji kurma memberikan anda potassium yang tinggi dan hanya mempunyai 96 kalori.
Aprikot kering
Buah ini mengandungi zat besi, potassium, beta karotena dan serat yang sangat tinggi.
Walnut
Mengandungi magnesium, fosforus, beta karotena, linoleic acid, dan phytosterosis. Kacang walnut dikatakan dapat membantu mengurangkan gejala darah beku selain berperanan dalam mengurangkan rasa kegatalan atau radang pada kulit.
Prun
Ia amat kaya dengan serat, potassium dan antioksida. Lima biji buah prum adalah bersamaan dengan 100 kalori.
Kacang gajus
Ia kaya dengan kandungan protein, karbohidrat, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin K dan phystosterol. Ia bermanfaat sebagai bahan antiseptik iaitu melindungi tubuh dari serangan virus dan kuman.
Kacang Brazil
Kaya dengan khasiat magnesium, fosforus, zat besi, zink, selenium, thiamin, dan Vitamin E. Kacang brazil ini merupakan di antara sumber terbaik bagi penghidap anemia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tragedi menyayat hati menjelang Syawal, apabila tiga beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa serta adik bongsu mereka maut dalam kemalangan ngeri...