Sering kali bab menguruskan anak-anak dan rumah tangga diletakkan di bahu isteri. Lagi lagi kalau yang tidak bekerja dan bergelar suri rumah. Namun itu tidak bermakna suami kena lepas tangan.
Sebaliknya suami isteri harus berganding bahu dan sama-sama membesarkan dan melakukan kerja rumah bersama.
Kali ini saudara khairul ezuwan berongsi tip membantu isteri mengemas rumah terutama di bahagian dapur sebelum tidur. Selamat mencuba!
Ads
Saya bukan rajin, apa lagi takut bini .Saya cuma nak hidup tenang . Hidup kita akan tenang bila pagi-pagi muka isteri senyum, kalau pagi-pagi muka isteri dah ketat , rasa kelam hidup kau satu hari 😩, lagi-lagi masa MCO ni .
Ads
Ini teknik nak bagi isteri muka tak ketat pagi-pagi . Setiap hari Sebelum kau tidur, Kau kemas dapur cantik-cantik & basuh semua, jangan tinggal walau satu garpu pon atas meja & dalam Sinki tak berbasuh , lap semua kasi berkilat, kosongkan tong sampah . Siap , baru kau masuk tidur.
Ads
Esok pagi confirm isteri takde point nak bebel. Padan muka dia . Suami-suami yang nak hidup korang tenang masa MCO ni, sila ikut Tips ni .
Kredit. khairul ezuwan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa yang tidak mahu cantik. Lebih-lebih lagi apabila sudah meningkat usia sudah tentu ada pelbagai masalah pada wajah termasuk jerawat, jeragat dan muka kusam.
Selain mengunakan produk yang dijual dipasaran, tak salah mencuba petua daripada rak dapur. Semua bahan sudah ada. Yang penting rajin untuk membuatnya.
Ikuti perkongsian Seri Sairi memberikan petua agar wajah kembali berseri.
Petua untuk wajah pinkish berseri-seri.
Seri nak share petua orang dulu-dulu nak naikkan seri wajah agar nampak lebih cerah ‘pinkish’ dan berseri-seri.
Salah satunya dengan mengamalkan minuman campuran susu kunyit badam madu ni.
Banyak khasiatnya baik dari segi kecantikan dalaman dan luaran. Ia selamat sebab menggunakan alam semulajadi serta menjimatkan.
Minum sebelum tidur,lagi-lagi masa datang bulan.
Boleh diamalkan seminggu 2 kali.
Korang cubalah.komfem bangun pagi nampak muka glowing pinkish
Bahan
Susu rendah lemak 2 inci kunyit hidup ditumbuk kasar Badam ditumbuk kasar 2 sudu madu
Caranya
Masukkan susu rendah lemak di dalam periuk Kemudian masukkan kunyit yang ditumbuk kasar,kacau sebati dengan api yang perlahan. Masukkan pula badam dan kacau sebati. Masukkan susu ke dalam gelas dan biarkan suam. Selepas itu masukkan pula 2 sudu madu.
Khasiat susu
Mengurangkan stress Mengurangkan senggugut ketika haid(PMS)
Khasiat madu
Mengatasi insomnia Memperlambatkan penuaan Menjaga kelembapan kulit
Khasiat badam
Rendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung Turunkan berat badan Melancarkan peredaran darah
Khasiat kunyit
Kurangkan tahap kolestrol dalam badan Memperbaiki sistem penghadaman Mencegah kanser
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Tak perlu perabot mewah untuk menampakkan ruang dalam kediaman cantik. Yang penting sedap mata memandang. Walaupun dekorasi cukup simple namun menarik mata memandang.
Ditambah pula dengan gabungan konsep moden dan klasik menambahkan keserian pada ruang kediaman ini.
Cuaca di luar agak panas hari ini. Bawa masuk pkok2 berdaun hijau utk hias dapur saya. Kemas2 dapur sambil cuci mata lihat kesegaran pokok2 yg comel ni..
Dari dapur tambahan ditepi rumah saya. Brg moden ada, antik dn klasik pun ada.
Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk, "Suami baru turun kereta bantu mangsa kemalangan. " Hasrat seorang penghantar makanan untuk membantu mangsa kemalangan di Jalan Johor Bahru–Kota Tinggi bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW, awal pagi Ahad.