Tular video seorang lelaki merangkak untuk mengambil wuduk mengundang pilu wargamaya.

Video yang dimuat naik oleh seorang lelaki menerusi akaun TikTok jarirharun memperlihatkan kesungguhan lelaki orang kurang upaya (OKU) yang juga merupakan peniaga kerepek itu telah mengundang pilu wargamaya.

Video berdurasi 55 saat itu telah mendapat tontontan sehingga 2.7 juta, menurut perakam, lelaki berkenaan merupakan lelaki OKU bernama Saad itu  tiba di sebuah surau dalam keadaan cemas, memohon bantuan untuk dipimpin ke tandas kerana kakinya mengalami kekejangan akibat duduk terlalu lama atas motor.

“Saya Bukan Peminta Sedekah…” Tular Video Penjual Kerepek Merangkak Ambil Wuduk Undang Pilu

Namun apa yang membuatkan perakam kagum, dengan kekurangan diri tidak menjadi halangan untuk lelaki itu untuk solat awal. Dalam keadaan merangkak, bergegas untuk mengambil wudhu.

Melihat kegigihan lelaki OKU itu memberi keinsafan buat diri  perakam dan menganggap ia sebagai teguran dari Allah secara ‘halus’ kepada mereka yang sihat tubuh badan tetapi sengaja melewatkan solat.

Ads

Dalam pada itu, perakam juga mengharapkan wargamaya memberikan sokongan kepada perniagaan lelaki OKU berkenaan.

UNDANG PILU NETIZEN

“Saya Bukan Peminta Sedekah…” Tular Video Penjual Kerepek Merangkak Ambil Wuduk Undang Pilu

“aku yANG sempurna nie pun kdg2 hujung waktu solatnya…”- Netizen

Dalam pada itu meninjau di ruangan komen rata-rata warga maya meluahkan sebak dan keinsafan. Malah ada juga menitipkan doa buat lelaki itu dipermudahkan urusan.

Ads

 

@jarirharun Bila Allah nak tegur, kadang-kadang halus sangat ‘bahasanya.’ Cuma kita nak faham ke tidak 😌 #bostepen #tepenyongtaufoo #tepen #yongtaufu #yongtaufoo #nasihatkehidupan #nasihatdiri ♬ original sound – Bos Tepen

 

“Saya Bukan Peminta Sedekah…-  Saad

Sementara itu, dalam video yang berlainan, lelaki OKU, menerusi akaun Tiktoknya , menjelaskan bahawa dia bukan peminta sedekah sebaliknya menjalankan perniagaan menjual kerepek.

Bimbang video tular disalah erti oleh wargamaya, lelaki itu membuat penjelasan menerusi akauanya.

Ads

Pada masa yang sama, perakam video berkenaan, menjelaskan bahawa ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai dan membantu menyokong perniagaan lelaki berkenaan.

“Saya Bukan Peminta Sedekah…” Tular Video Penjual Kerepek Merangkak Ambil Wuduk Undang Pilu

@saad230841

jangan salah erti ye saya bukan peminta sedekah

♬ Namun Ku Punya Hati By Revolvers – Abam_JiwangkapaK

#PESANAN KELUARGA: Sebuah perkongsian positif vibes untuk kita menghargai dan mensyukuri nikmat. Kesungguhan Saad menjadi inspirasi buat kita semua bahawa biar susah mana pun dan kekurangan diri, ia bukan alasan untuk tidak melakukan solat dan berdikari untuk terus berjuang dalam meneruskan kehidupan.

Sumber: Tiktok @jarirharun & saad

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI