Personaliti hebat yang juga pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias dikatakan sedang diduga dengan uji hebat bila mana dirinya disihir.
Begitupun, susuk tubuh yang sudah memasuki separuh abad ini tampak gagah menjalani kehidupan harian serta kuat untuk terus berdakwah.
Figura terkenal ini juga tidak lokek bercerita tentang anak-anaknya tatkala penulis bertanyakan sisi keluarganya yang jarang dikongsi bersama khalayak.
“Sejak dahulu lagi, anak-anak dah biasa dengan situasi ini. Sebab tu mereka tak guna nama saya apabila di sekolah. Malah, anak sulung saya hanya berbintikan Mohd sahaja sehinggalah sampai konvo barulah berkongsi nama penuh ayahnya. Barulah orang tahu yang dia anak ustaz Kazim Elias.
“Lagipun mereka tahu, bukan semua orang suka saya, jadi cara mereka menghadapi netizen adalah dengan tak baca, friend atau follow. Malah mereka tak sibuk nak ‘screen shot’ untuk diberikan pada saya supaya baca apa yang orang tulis tentang saya.
“Cuma pernah dulu anak tanya kenapa orang panggil ayah anjing. Saya cakap pada dia orang tu bodoh kerana anjing dengan orang pun tak kenal. Waktu itu pengaruh parti politik kuat, saya tak campur bab parti politik. Sebab tu anak-anak saya dah tak ambil kisah dengan apa yang ditulis atau reaksi orang ramai.
“Anak perempuan saya yang keempat 24 jam sakit kepala sejak umur 9 tahun, saya kena sihir 1997, dia lahir tahun 2000. Saya dah habis ikhtiar untuk rawatan moden untuk sakit kepala dia termasuk pakar saraf, otak, MRI dan sebagainya namun jawapan doktor tiada sebarang masalah. Minyak angin dalam tangan tak lepas kerana 24 jam sakit kepala.
“Sekarang dia tengah belajar di universiti dalam bidang farmasi. Alhamdulillah saya bersyukur walaupun begitu anak-anak saya boleh menjalani kehidupan biasa dan tidak terkesan dengan sakit yang dialami. Saya ajar anak-anak, walaupun sakit tetapi tidak terjejas semua kerja tetap berjalan seperti biasa. Jangan jadikan sakit itu pematah semangat.
Mengakui isteri antara orang yang menentang dia berlakon, sambil berseloroh Ustaz Kazim Elias mengakui larangan tersebut disebabkan heroin adalah janda.
“Isteri rasakan saya dah tua, sakit tetapi saya cakap saya buat filem ini kerana nak beritahu pada anak-anak cucu saya generasi akan datang bagaimana susahnya jadi pendakwah dan sakitnya kena sihir.
“Akhirnya dia benarkan saya berlakon. Sebenarnya isteri tak benarkan kerana berlakon sampai lewat malam 5-6 pagi baru habis. Bagaimana dengan situasi saya yang tak sihat.
“Satu minit saya rasa nak berhenti jadi pendakwah selepas dapat bon 1 juta euro, waktu tu saya fikir nak tumpu pada sekolah. Tetapi rupa-rupanya itu adalah bon palsu. Punyalah berani scammer datang jupa bagi bon 1 juta secara berdepan.
“Setakat ini tiada lagi niat nak berhenti berdakwah melainkan uzur dan tak larat dah. Tetapi kalau ikutkan dah boleh berhenti memandangkan umur dah 50 tahun. Jadi saya nak tumpu pada sekolah sahaja. Tetapi saya takut bila tak ceramah saya sakit. Sebab sakit ini akan hilang bila dapat microfon. Memang lega dan itulah terapi saya. Saya dah tak ingat sakit.
“Sebab itu saya nak buat kerja ini, berlakon pun saya tak nak cukuplah apa yang saya dah berlakon sebelum ini. Lagipun berlakon memakan masa lama, daripada 8 pagi hingga 8 pagi esoknya. Ini memerlukan tenaga yang kuat, saya pun dah tua dan kudrat pun dah tak kuat. Jadi saya dah tak mampu,”ungkap ustaz Kazim lagi.
ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club