Kebanyakan ibu bapa, tahu bahawa gajet adalah antara faktor yang melekakan anak-anak hinggakan mereka lalai atau lupa dengan tanggungjawab. Malah ada sehingga
prestasi anak makin menurun di dalam kelas.
Mana taknya kebanyakan anak-anak didapati menghabiskan masa sekitar 9 jam sehari dengan skrin telefon tanpa mereka sedari.
Memang buat ibu ayah risau! Tindakan seorang ayah ini boleh dijadikan contoh apabila nekad memadam aplikasi yang melalaikan anaknya. Kesannya dalam seminggu anaknya telah berubah seperti kurang mengamuk dan marah.
Saya Buang “Youtube Kids” dan “Youtube”
Setelah seminggu saya buang Youtube dan Youtube for Kids dalam peranti Android Box untuk anak-anak, saya dapati anak-anak berubah.
Mereka kurang marah, kurang merengek, kurang “attached” dengan TV, bila waktu tutup tidak marah, tidak meminta-minta cerita apa hendak tonton, nampak lebih bertenang mereka ni. Seronok saya.
Saya pun membaca sedikit tentang keadaan ini. Rupanya anak ini, bila mereka sudah pandai pegang remote, mereka akan rasa “anxious” untuk tukar-tukar cerita atau cari keywords di Youtube/Youtube For Kids sehingga mereka puas hati.
Sama juga macam kita yang sudah besar panjang. Kita ada anxiety tak bila tengok Youtube? Bila semakin banyak cerita yang kita gemar keluar di “suggestion” Youtube, makin seronoklah kita sebab banyak cerita yang kita suka tengok. Agaknya apa kesan pada anak?
Sebagai alternatif kepada anak-anak, mereka masih boleh tonton Nettlix Kids, Disney+Hotstar dan saya baru tambah UnifiPlayTV. Terpaksa berbelanja lebih untuk dapat siaran langsung UnifiPlayTV kerana siaran IPTV kan haram kalau beli di Shopee? Saya pun tak nak rasa bersalah.
Bagus siaran TV yang live ni tuan-tuan puan puan, anak-anak tidak boleh pilih nak tengok cerita apa, seterusnya mereka lebih “bertenang” dan “bersabar” berbanding Youtube yang bersifat user-centered. Tukar-tukar antara Nickelodeon atau Cartoon Network. Kemudian saya boleh buka documentary channels utk beri mereka tengok cerita selain cartoon seperti wildlife atau sealife.
Kemudian ada iklan, yang bagi anak-anak bertenang. Dulu saya kecil, masa iklan lah bergegas pergi ke tandas supaya tak terlepas sambungan cerita. Anak-anak sekarang nak pergi tandas je, tekan “pause”, baru pergi. Takda rasa sense of urgency pun haha
Point disini, mari kita kawal screen time anak-anak.
Sumber: Ameen Misran
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz