Saat kita saban hari bersama anak-anak dan ahli keluarga lain di rumah, ada insan sebaliknya. Mereka ini pastinya barisan hadapan yang perlu bekerja tanpa mengira masa dan keselamatan diri demi memastikan rantaian covid-19 putus agar wabak ini disisihkan di negara ini.

Menerusi kisah barisan hadapan yang dipaparkan oleh Harian metro cukup terkesan mengenai kisah seorang anggota polis yang hilang dakapan manja anak-anak ekoran virus bahaya ini.

‘Saya Boleh Korban Dulu Masa Bersama Keluarga. Asalkan Rakyat Ikut Perintah Kerajaan.’ Deep Kisah Anggota Polis Ini.
Mohd Rizaiman berdiri di hadapan bersama rakam sekerja.

“Biasanya balik sahaja dari kerja, saya terus memeluk anak-anak, namun kini, saya perlu lebih berhati-hati menjaga jarak demi keselamatan mereka,” luah seorang petugas barisan hadapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Anggota polis, Koperal Mohd Rizaiman Omar, yang bertugas di Balai Polis Rantau Panjang, adalah antara individu yang pernah terbabit memastikan pengebumian jenazah mangsa Covid-19 berjalan lancar selain menjalankan tugas membuat rondaan.

IKLAN

Dia yang juga bapa kepada tiga cahaya mata berusia lima bulan sehingga lapan tahun berkata, situasi masa kini menyebabkan masanya bersama keluarga agak terhad namun demi tugas pada masyarakat dan negara, dia terus tabah menjalankan tugas.

Tidak mengapa, saya boleh korbankan dulu masa bersama keluarga.

“Yang penting dapat memastikan rakyat akur dan ikut segala perintah kerajaan. Memang tanggungjawab saya sebagai petugas barisan hadapan untuk memastikan segalanya berjalan lancar.

IKLAN

“Memang banyak pengalaman sepanjang 12 hari PKP dilaksanakan, saya berhadapan dengan pelbagai ragam manusia tidak kira peringkat umur yang ada masanya tidak memberi kerjasama baik. Saya dan anggota lain tidak berputus asa menerangkan kepada masyarakat pentingnya untuk kita memutuskan rantaian Covid-19 ini.

“Setiap kali pulang dari kerja saya pastikan tidak dekat dengan anak atau isteri sebaliknya terus membersihkan diri supaya saya tidak menjadi pembawa wabak tanpa disedari,” katanya yang sudah 14 tahun berkhidmat sebagai anggota polis.

IKLAN

Semoga rakyat Malaysia patuh kepada arahan duduk di rumah supaya memudahkan kerja barisan hadapan ini dan sekali gua mematikan rantaian covid-19 ini.

Sumber: Harian Metro

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI