“Saya Bernafas Melalui Lubang Dileher…”-Dr Ni Kongsi Perjalanan Hidupnya Sebagai Pesakit Di ICU, Suntik Inspirasi!

Share

Siapapun adanya kita hari ini pasti ada kisah tersendiri tentang perjalanan hidup yang pernah kita lalui. Sama ada susah, senang, bahagia, derita, sakit, sihat, dan semua itu akan menjadi cerita tentang kehidupan kita di dunia ini.

Begitulah juga bagi seorang doktor yang tidak asing lagi di media sosial, Dr Ahmad Samhan. Siapa sangka sebelum bergelar doktor, insan ini pernah diuji dengan satu penyakit yang hampir membawa maut buat dirinya.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Ini sebagai mana dikongsikan olehnya di facebook baru-baru ini. Bersama kita jadikan inspirasi buat menyuntik semangat apatah lagi buat anda yang diuji dengan tahap kesihatan ketika ini. Jangan pernah putus asa dan sentiasa sandarkan pengharapan hanya padaNya yang Maha Berkuasa.

Ini kisah saya sebelum saya bergelar jadi doktor. Saya juga pernah jadi pesakit. Pesakit yang hampir menemui ajal.

Saya terduduk kaku.

Saya masih lagi tak percaya. Kertas keputusan makmal yang baru saya terima hampir terlepas dari tangan.

Penyakit ini biasanya terjadi pada pesakit lingkungan umur 30 hingga 40 tahun. Saya baru berumur 27 tahun ketika itu.

Antara faktornya adalah genetik. Seingat saya belum pernah ada seorang pun ahli keluarga saya pernah mengalami penyakit ini.

Saya menghidapi AMELOBLASTOMA.

Ia adalah ketumbuhan pada rahang dan perlu dibedah. Ketumbuhan ini sangat jarang berlaku.

“Kami akan buat 2 pembedahan sekaligus. Pembedahan pertama kami akan buang sebahagian tulang rahang kiri dan pembedahan kedua kami akan ambil tulang betis untuk gantikan tulang rahang”, terang pakar bedah.

“Berapa lama operation ni,doc?”

“Kami jangkakan lebih kurang 12 jam”

Saya redha.

Malam ini merupakan malam pertama saya di ICU. Peneman tidak dibenarkan masuk.

Misi baru saja berikan susu melalui tiub hidung. Ini kali pertama saya minum melalui hidung. Sangat tak selesa.

Susu pekat. Tiada rasa, cuma bau soya. Saya dapat rasa susu itu mengalir dari hidung ke perut.

Selang beberapa minit kemudian, perut mula tak selesa.

“Buekkkkk”, saya muntah.

Tangan saya laju mencabut wayar dari hidung. Muntah memenuhi kedua belah pipi.

Muntah tak boleh keluar kerana gigi saya dikacip rapat dengan dawai besi. Saya cuba bersuara tapi tiada suara.

Leher pula ditebuk. Saya bernafas melalui lubang dileher yang ditebuk. Lubang ini berada dibawah kotak suara. Saya tak mampu keluarkan bunyi untuk bercakap.

Siksanya hanya Allah yang tahu. Saya sesak nafas. Saya cuba goyangkan katil dan gerakkan badan sekuat hati tapi badan masih lemah. Siapa pun tak perasan.

 

 

Tiba-tiba saya tak boleh bernafas. Mata saya terbeliak.

Saya terus mengucap dalam hati tanpa henti. Mungkin ini pengakhiran buat aku.

“Ya Allah, jika ini pengakhiran bagiku akhiri aku dengan sebaik-baik pengakhiran.”

“Jika tidak, panjangkan umur aku untuk aku beri manfaat pada orang lain”

ARTIKEL BERKAITAN

Dr Ni Kongsikan Jika Datang Ke Saudi, 3 Perkara Ni Jangan Lepaskan Begitu Sahaja. Buat Ramai Rasa Teruja & Tak Sabar Nak Pergi!

Kasih Ibu Hingga Hujung Nyawa. Dr Ni Kongsi Satu Kisah Jadikan Ingatan!

 Diuji Dengan Ketumbuhan Pada Pipi, Dr Ini Kongsi Coretan Kesetiaan Wanita Diuji Saat Lelaki Tidak Mempunyai Apa-Apa. Deep!

Alhamdulillah sekarang saya sihat. Kesan dari penyakit ini, saya hanya boleh mengunyah makanan di sebelah kanan(sebelah kiri bawah tiada gigi/tiada rahang) dan kebas pipi kiri seumur hidup(saraf pipi kiri telah di potong ketika pembedahan).

Saya nekad dan berjanji pada diri untuk terus beri manfaat pada seramai mungkin dan beri rawatan yang terbaik kepada pesakit saya kerana saya juga pernah jadi pesakit.

Sumber : Dr. Ahmad Samhan

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club