Adam Corrie berkongsi cerita dan gambar anaknya, Adam Fateh Lee yang kini sudah berkhatan di salah sebuah hospital swasta.
Di dalam perkongsian tersebut, Adam Corrie memberitahu pengalamannya berkhatan ketika berusia 38 tahun.
“Alhamdulillah Fateh @adamfatehlee Dah Sunat/ berkhatan pagi tadi. Fateh kuat… Ini muka belum Sunat, gambar ke 2 ready Dah nk kena Sunat. Dan gambar no 3 .. Dah selesai Sunat.
“Alhamdulillah.. semoga Fateh menjadi Anak yang soleh Dan jadi penyambung Dakwah Rasulullah SAW.
Terima Kasih Dr Usamah Dan nurse2 yang sunat Fateh tadi.“Bidadari Saya iaitu mak Fateh tukang ambil gambar Dan nangis. Abah tukang zikir Kat telinga Fateh masa sunat.
“Saya sunat setahun sebelum Saya syahadah. Saya tahu sunat ini Bagus utk kebersihan diri. Saya berkhatan ketika usia 38tahun. Fateh sunat usia 5 Bulan. Semuannya dgn izin Allah,”ujar Adam Corrie menerusi kapsyennya.
Dalam pada itu, ramai netizen yang turut berkongsi pengalaman mengkhatankan anak dalam usia yang masih kecil.
Sumber: IG adamcorrielee