Hidayah itu sememangnya milik Allah. Dia Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik buat umatNya.
Tanggal 24 Ogos 2015, menjadi detik bersejarah dan momen yang cukup bermakna buat penyanyi Stacy apabila bergelar sauadara baru selepas memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor.
Mengimbas kembali detik bermakna itu, Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam mengakui suami tercinta, Akim Ahmad antara insan yang banyak menjentik hatinya untuk mendekati agama Islam.
Malah, kata ibu kepada dua cahaya mata bernama Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4, itu, pendekatan suaminya bercerita mengenai keindahan Islam cukup santai dan tidak terlalu berat.
“Dulu sebelum memeluk agama Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari.
“Namun selepas enam tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati untuk tahu apa itu Islam banyak didoronginya. Cara dia bercerita hal agama Islam nampak ringan dan tidak terlalu ‘direct’. Pendek kata apa yang terpacul dari mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik.
“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam menerusinya terus menguatkan jodoh kami. Pandai adik (merujuk kepada Akim) ambil hati kakak (Stacy). Pada 26 September 2015, kami bertunang. Seterusnya 5 Februari 2016 kami bernikah di sebuah hotel di Sabah,” kata Stacy ketika mengimbas kembali detik penghijrahan dan pernikahannya ketika menjadi tetamu program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
Ads
Kata penyanyi lagu Pakai Buang itu lagi kepada pengacara program berkenaan Tya Arifin, antara detik paling bermakna dikenang hingga saat ini ialah ibu bapanya juga hadir ketika dia memeluk Islam.
Bagaimanapun, jika diimbas kembali, detik berkenaan juga dicalari dengan penyebaran gambar serta video proses pengislaman Stacy tular dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Saya rasa momen pengislaman jadi sangat sempurna apabila ibu bapa ada di sisi merestui keputusan paling besar dilakukan anak mereka.
“Awalnya hanya ibu bapa saya saja tahu keputusan memeluk Islam ini. Tapi adik beradik lain dan saudara mara belum diberitahu lagi. Apabila viral gambar dan video itu, jadi kecoh.
Ads
“Tapi Akim suruh saya bersabar dan relaks dengan apa yang terjadi,” katanya.
Stacy tanpa berselindung berkata, hatinya bagai melalui satu episod yang cukup dasyat sebelum melafazkan dua kalimah syahadah.
“Jujur ketika itu, hati saya jadi takut sangat dengan keputusan berkenaan. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah betul keputusan yang dibuat itu.
“Saya macam berperang dengan diri sendiri. Hingga terpacul rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri untuk agama Islam.
“Tapi akhirnya, takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan kalimah itu, kelihatan ibu bapa saya tersenyum dan gembira. Ketika itu saya sedar, perasaan bukan bukan itu hanya mainan emosi,” katanya.
Ads
Jelas Stacy lagi, dia masih belajar untuk menjadi manusia yang terbaik.
“Saya masih belum sempurna. Namun, dalam hati sentiasa berusaha untuk ke arah yang lebih baik,” katanya.
Bersama Tya bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu. Ia kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Selalu kita dengar orang kata ‘bercinta sampai syurga’ namun betapa indah dan bertuahnya hidup ini jika kita juga menemui sahabat hingga syurga.
Hakikatnya mencari kawan yang baik yang sentiasa ada susah senang di sisi bahkan ikhlas hatinya untuk membawa kita kearah kebaikan, itu suatu yang bukanlah senang untuk ditemui.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Lebih-lebih lagi jika telah diusia senja, kekuatan fizikal semakin lemah sentiasa memerlukan bantuan orang di sekeliling, kadang-kadang bukan sahaja keluarga menjauh apatah lagi insan bergelar kawan.
Pimpin Tangan Setiap Waktu
Namun perkongsian video daripada salah seorang pengguna Tiktok yang dirakam dari jauh memperlihatkan ayahnya yang sudah berusia dipimpin oleh rakan untuk sama-sama berjalan ke masjid cukup menyentuh hati. Betapa hebatnya nilai persahabatan antara keduanya!
Menurut pemilik video tersebut yang dikenali sebagai @_4clover_, keadaan penglihatan bapanya sudah tidak berapa jelas, oleh sebab itu rakan bapanya akan datang setiap kali masuk waktu solat untuk memimpin sahabatnya yang dikenali sejak puluhan tahun lalu untuk sama-sama ke masjid berdekatan.
Pengguna TikTok berkenaan turut juga merakamkan ucapan terima kasih kepada sahabat ayahnya itu kerana sudi tolong bawakan ayahnya ke masjid. Bahkan turut mendoakan agar pakcik berkenaan mendapat ganjaran yang hebat di sisi Allah swt.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya turut terharu dengan persahabatan yang ditunjukkan oleh kedua-dua warga emas tersebut. Bahkan ramai mengakui bukan senang untuk mendapatkan seorang sahabat seperti itu yang setia memimpin rakaannya untuk sama-sama beribadah ke masjid.
Warganet juga turut mendoakan agar keduanya diberikan kesihatan yang baik untuk dapat terus datang ke masjid untuk menunaikan ibadah bersama-sama.
Perkongsian video ini turut mencuri perhatian artis kesayangan ramai antaranya Fazura dan beliau meninggalkan komen “MasyaAllah.. Semoga kita juga dikurniakan sahabat begini.. Aminnn 🤲🏻💖”
“Allahu the most touching video fyp yang lalu harini😭😭😭😭,” komen salah seorang warganet yang lainnya
“Moga mereka berjumpa disyurga nanti 😭 sahabat dunia akhirat..susah nak jumpe 😭,” doa yang lain.
Bagi pelayar aplikasi TikTok, pasti anda akan terpana apabila melihat keindahan ikan duyung yang berenang di dalam sebuah kolam kaca. Ramai sebenarnya kagum dengan kecantikan dan keunikkan yang dimilikinya seperti dalam kisah dongeng yang sering didengari.
Rupanya ikan duyung yang tular ini merupakan kakak kepada pelakon, Emma Maembong dan Chacha Maembong yang dikenali sebagai Beby Maembong.
Ramai yang kagum melihat kebolehan Beby Maembong apabila dia dilihat dapat menahan nafas dalam air dalam dengan jangka masa yang agak lama.
Malah lebih mengagumkan kerana dia masih mampu melemparkan senyuman walaupun sedang menyelam di dasar dalam tanpa bantuan tong oksigen.
Mana tidaknya, tentu susah untuk terus mengekalkan kecantikan lebih-lebih lagi dalam air yang dalam namun nampaknya ia bukan sesuatu kesukaran bagi Beby Maembong.
Muat naik klip video pendek oleh Beby Maembong itu juga ditinggalkan ribuan komen yang mana rata-rata netizen yang menonton video tersebut kagum dan memuji kehebatannya menjadi duyung dalam air yang kekal rilek sahaja tersenyum.
Menjadi ibu bapa dan mendidik anak-anak bukanlah semudah yang disangka. Sementelah,membesarkan dan mendidik anak-anak pada zaman ini penuh dengan 1001 cabaran yang tersendiri. Ia memerlukan perhatian sepenuhnya serta menuntut kemahiran keibubapaan yang tinggi.
Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa haruslah berusaha menjadi ibu bapa yang lebih bijak sebagai persediaan bagi menangani setiap persoalan, permasalahan mahupun mendepani kerenah anak-anak.
kredit: instagram tomokofficial
Berikut merupakan 8 ciri perbezaan antara menjadi ibu biasa atau ibu bapa yang bijak.
1.Bagi kebanyakan ibu bapa anak-anak dididik untuk mencontohi orang lain. Tetapi, sebagai ibu bapa yang bijak, anak-anak dididik dan diberi galakan untuk menjadi diri mereka sendiri.
2.Ramai ibu bapa yang sering meluangkan waktu mereka bersama anak-anak sehingga mereka tiada masa untuk diri mereka sendiri. Tetapi, bagi ibu bapa yang bijak, ianya haruslah seimbang. Selain waktu bersama anak, perlu mengambil berat dan memperuntukan waktu juga untuk diri sendiri.
3.Setiap pertanyaan anak-anak akan terus diberikan dan disediakan jawapan daripada ibu bapa yang biasa. Sebaliknya bagi ibu bapa yang bijak, anak-anak akan diajar mencari jawapan bagi setiap persoalan yang diajukan.
4.Ibu bapa biasa sering melihat kesan akibat daripada sesuatu masalah yang berlaku, manakala ibu bapa yang bijak akan mengenalpasti punca sesuatu masalah itu berlaku.
5.Ibu bapa biasa akan sentiasa berhati-hati dan melarang anak-anak daripada melakukan kesilapan, kerana menganggap kesilapan adalah suatu kesalahan dan kegagalan. Tetapi bagi ibu bapa yang bijak, sesekali akan membiarkan anak melakukan kesilapan dan positif menerima kegagalan supaya anak-anak boleh belajar daripada kesilapan tersebut.
6.Ramai ibu bapa yang hanya tahu melarang dan memarahi anak-anak tanpa menjelaskan penerangan kesan dan akibatnya.Sebaliknya, bagi ibu bapa yang bijak, cara melarang sesuatu perkara adalah dengan menggalakkan anak-anak berfikir dan menerangkan akibatnya jika mereka melakukan perkara tersebut.
Sebagai contoh:
Jika anak anda ingin melompat dari tempat tinggi,larang anak anda dengan baik, kemudian, terangkan akibatnya. Atau, anda juga boleh bertanya kepada anak, apa yang akan berlaku jika dia melakukan sedemikian?
“Jangan melompat-lompat. Bagaimana agaknya jika jatuh dari atas sofa? kepala adik boleh terhantuk pada meja dan luka berdarah.”
kredit: instagram rozitachewan1
7.Ramai ibu bapa yang cuba ‘berusaha’ menjadi yang terbaik agar dilihat ‘sempurna’ di hadapan anak-anak untuk dijadikan contoh buat mereka. Tetapi,bagi ibu bapa bijak, tidak perlu ‘berlakon’ dan menjadi sempurna, cuba bersikap lebih natural dan terbuka, kerana secara tidak langsung anak-anak akan lebih mudah mendekati ibu bapa.
8.Kebiasaannya, anak-anak sering diajar untuk mengikut telunjuk ibu bapa tanpa diberikan pilihan, kerana hanya ibu bapa sahaja yang tahu, apa keperluan yang terbaik buat anak-anak. Ianya tepat. Namun sebaiknya, bagi ibu bapa bijak anak-anak dididik dengan diberikan pilihan dan menunjukkan sebab mengapa mereka perlu melakukan sesuatu dengan cara tertentu.
Namun tiada salahnya menjadi ibu bapa yang biasa kerana dari situ, kita akan belajar untuk menjadi ibu bapa yang bijak.
Sumber: Brightside
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...