Melihatkan kepada keakraban dua beranak ini, semangnya tidak dinafikan mereka sangat rapat dan ke mana sahaja si gadis melangkah pasti ada ibunya yang setia menemani.
Memiliki wajah yang seiras, ibu kepada penyanyi paling popular, Wany Hasrita ada cerita menarik untuk dikongsikan bersama pembaca.
Tidak lokek bercerita tentang anak tunggalnya itu, rupa-rupanya di sebalik wajah cantik dan penampilan yang sopan, rupa-rupanya penyanyi Wany Hasrita ini seorang kanak-kanak yang boleh dikategorikan ‘nakal’.
Menurut Norita Jaafar, anaknya Wany ini seorang kanak-kanak perempuan yang gemar melakukan aktiviti lasak seperti bergayut di atas buaian yang terletak di taman permainan.
Malah, penyanyi lagu Menahan Rindu ini juga pernah dipukul oleh ayahnya gara-gara bermain di kawasan longkang yang berbahaya.
“Wany suka buat benda yang bahaya ketika dia masih kecil. Dia suka lakukan aktiviti yang tak sepadan dengan usianya yang ketika itu baru 6 tahun.
“Dia ada sedikit perangai seperti lelaki dan boleh dikatakan nakal juga. Benda yang paling dia suka buat ialah bergayut di buaian dengan kaki di atas, kepala dekat bawah.
Ads
“Pernah sekali, Wany kena pukul dengan ayah dia sebab bermain di longkang besar yang sangat berbahaya,
Selain kisah zaman kanak-kanak Wany, Norita juga berkongsi cerita dia hampir menukarkan anaknya itu dengan bayi lain.
Bagaimanapun, kata Norita, ia sekadar berseloroh memandangkan ketika itu dia baru berusia 21 tahun dan tidak mempunyai pengalaman menjaga anak kecil.
“Masa lahirkan Wany, saya baru berusia 21 tahun. Malam pertama saya di hospital kerajaan, saya tak tahu macam mana nak pegang bayi.
Ads
“Ketika itu, nampak ada bayi di sebelah senyap sahaja. Tapi Wany pula tak henti menangis asyik mahu dipangku. Apabila letak dia di tempat lain dia mula menangis.
“Dalam hati dah terfikir nak tukar dia dengan bayi sebelah. Tapi hanya sekadar gurau sahaja. Rupa-rupanya dia menangis sebab kembung perut,” ujarnya.
Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah dilahirkan pada 25 Disember 1992 di Hospital Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Ewah Ewah ini juga berkongsi cerita mengenai perceraian ibu dan bapanya, Hasbullah Hassan.
Menurut Wany, dia hanya mengetahui ibu dan bapanya sudah bercerai apabila terjumpa dokumen perceraian yang disorokkan selama hampir setahun.
Ads
Biarpun ketika itu Wany berusia 12 tahun namun dia boleh memahami keadaan itu dan menerimanya dengan baik.
“Saya dapat tahu ibu dan ayah bercerai selepas terjumpa dokument perceraian mereka yang disorok. Rupa-rupanya mereka dah bercerai hampir setahun tanpa pengetahuan saya.
“Selepas baca dokumen tu, saya pergi bilik ibu dan bertanya pada dia. Tapi dia yang menangis dan saya tenang sahaja.
“Saya tak tahu fasal perceraian itu sebab saya tinggal bersama nenek saudara ibu selama setahun sebab ibu dan ayah kerja dan tak ada siapa boleh jaga saya.
“Walaupun waktu itu saya hanya berusia 12 tahun tapi dah boleh faham apa yang mereka lalui dan saya terima dengan baik,” katanya.
Sumber: Mstar online
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mungkin bagi follower figura kewangan Syafieqah A’lya ini sudah cukup sebati dengan setiap posting fbnya. Penuh dengan perkongsian tip kewangan yang cukup bermanfaat dan mengujakan.
Postingnya sering menjadi viral, dan salah satunya adalah bila mana beliau dapat membeli rumah 5 bilik dan 5 bilik air, serta mempunyai kereta Subaru dalam usia yang muda! Kisahnya cukup memberi inspirasi dan pastinya wanita ini cukup hebat merancang perbelanjaan wang gajinya.
Untuk itu, jom kita ketahui antara tip kewangan yang dipraktikkan oleh icon kewangan ini.
Semoga perkongsian ini dapat dijadikan ‘bekal’ untuk kita mengurus kewangan dengan lebih bijak di tahun 2018 yang dikatakan lebih mencabar!
TIP KEWANGAN CARA SYAFIEQAH A’LYA
1. Hari pertama dapat gaji, mula buat kira-kira. Tolak Komitmen yang wajib dibayar dan lebihkan bayaran sekiranya mempunyai lebihan.
2. Selepas menolak komitmen, saya akan tolak duit gaji saya untuk simpanan. Dan akan segera ke bank untuk masuk kan duit ke dalam ASB/ TH/ Sijil SSP/dll
3. Sekiranya masih mempunyai lebihan sedikit, baru saya reward diri saya seperti shopping sehelai baju kerja/ makan sedap-sedap.
4. Saya hanya tinggalkan duit cukup-cukup untuk belanja harian saya + duit minyak + toll untuk tempoh satu bulan.
5. Jarang pegang cash jumlah yang banyak dalam satu masa. Cara ini mampu tahan nafsu kalau ternampak/ teringin beli pakaian baru atau membeli sesuatu bukan untuk keperluan. Tengok wallet tinggal banyak duit color biru, jangan mimpi nak shopping lagi. Cukuplah sekali.
6. Saya terhadkan perbelanjaan barang dapur contohnya RM100. Saya akan masuk kan barang-barang yang ingin dibeli Dan termasuk lah makanan yang teringin nak makan. Saya Akan buat Kira-kira sebelum ke kaunter bayaran. Sekiranya berlebihan. Saya akan keluar kan yang mana tidak perlu. Cukup kan semula jadi RM100 atau kurang.
7. Saya bukan kedekut, Inilah Cara saya berjimat. Sampai pernah over budget sebelum gaji. Saya makan biskut tiap-tiap malam.
sumber :Syafieqah A’lya
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hujung minggu lalu, tular sebuah video di media sosial seorang wanita menunggang motorsikal sambil membawa warga emas. Lebih menyentuh hati dan menimbulkan rasa sebak orang ramai apabila video dirakamkan ketika cuaca panas terik dan wanita tersebut memegang sesuatu untu mengelakkan warga emas tadi terkena panas matahari.
Sejak video itu ditontoni oleh ramai orang, rata-rata berniat untuk mencari individu dalam video tersebut untuk diberikan bantuan.
Susulan dari itu, seorang pengguna aplikasi Tiktok bernama anaz_aziz telah bertemu dengan wanita berkenaan. Berdasarkan perkongsian tersebut, dia tidak tahu bahawa dia dan ibu saudaranya tular di media sosial.
Saya terkejut pagi tadi tiba-tiba dah viral, sedangkan yang viral tu pun saya tak tahu. cuma saya dapat tahu bila tengok kat whatsapp.
Tambahnya yang dikenali sebagai Puan Yati, tidak berniat untuk mendapatkan sumbangan bukan sebab sombong diri tapi di luar sana lebih banyak yang memerlukan. Malah, Puan Yati juga meminta untuk orang ramai henti sebarkan maklumat dirinya.
“Benda ni sebenarnya agak mengganggu privasi saya, telefon tak pernah berhenti dari pagi tadi.
“Saya mohon minta dipadamkan (sharing Nama penuh, no telefon dan termasuk alamat), dan saya berharap kuasa netizen tak berhenti di sini kerana lebih ramai yang memerlukan, yang benar-benar memerlukan.
“Saya ucap ribuan terima kasih peristiwa ini berlaku dan saya mohon untuk mereka yang tidak memiliki ahli keluarga yang OKU, untuk sama-sama cakna dengan OKU yang ada sekeliling.
“Dugaan menjaga OKU tak mudah, yapi mereka adalah insan yang terindah dalam hidup,” katanya sambil memberitahu ibu saudaranya di sini hanya sementara kerana rumah di kampung terlibat dengan banjir.
Tambahnya lagi, bagi yang nak membantu boleh bantu perniagaannya sebagai agent Amway dan aiskrim potong di tiktok @hijrahsoleh1.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mengagumi keperibadian Puan Yati yang bersyukur dengan rezeki yang ada, malah ada juga mendoakan yang terbaik dan mengajak orang ramai untuk membantu perniagaannya.
Dek kerana namanya tersenarai dalam salah satu anugerah di Anugerah Bintang Paling Popular ke-35 (ABPBH35), Bell Ngasri sering menjadi bualan apabila dikatakan bakal menjulang trofi memandangkan menerima banyak sokongan daripada rakan artis dan juga rakyat Malaysia.
Baru-baru ini, Bell atau nama sebenarnya Ngasrizal Ngasri berkesempatan membuat perkongsian mengucapkan tahniah kepada adiknya, Datin Anne Ngasri yang menerima pingat Darjah Kesatria Mangku Negara daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menerusi perkongsian itu, Bell sempat berseloroh mengatakan seperti kanak-kanak apabila mendapat anugerah ini dek kerana adiknya itu bertubuh kecil dan sekaligus mengucap kata syukur melihat adik tersayang menerima pingat daripada Yang Di-Pertuan Agong.
“Apa-apa pun, tiada ungkapan atau kata-kata dapat digambarkan, hanya bersyukur ke hadrat Ilahi & tahniah buat adik saya Anne kerana dapat pingat cukup-cukup istimewa daripada Yang Di-Pertuan Agong. Tahniah sekali lagi buat Anne dan Darling. Dua-dua hebat sebenarnya berbanding abang dia yang merepek je kerjanya tak tentu hala…” ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, Anne sempat mengucapkan terima atas ucapan yang diberikan oleh abangnya itu. Malah dia turut mengucapkan semoga berjaya untuk percalonan malam nanti.
Dalam pada itu, ramai yang mengatakan mungkin malam ini giliran Bell pula menerima anugerah dan adik-adik serta keluarga yang akan tumpang gembira dengan kejayaannya.
Sumber: Instagram bellngasriofficial
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.