“Saya Amalkan Air Ni Setiap Pagi…”-Wanita Ni Kongsi Rahsia Kekal Segar & Perut Rasa Lebih Selesa

Share

Petua orang dulu-dulu banyak menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di sekeliling kita untuk digunakan dengan pelbagai tujuan. Meskipun menggunakan bahan asas yang sama, contohnya  seperti limau kasturi namun cara dan kaedah yang digunakan berbeza dalam merawat masalah kesihatan mahu pun kecantikan.

Ini sebagaimana perkongsian petua untuk menghilangkan bau badan dan dalam masa yang sama limau kasturi apabila diminum bersama madu setiap pagi juga dapat membantu mengawal berat badan.

Nak lebih jelas cara penyediaan, Mastura Rashid berkongsi pengalamannya dan mengakui setelah amalkannya memberi manfaat buat dirinya.

Menurutnya juga ada banyak cara kita boleh amalkan untuk kurangkan bau hamis peluh di badan. Antara cara paling efektif adalah gosok ketiak dengan limau purut dan daun sireh waktu mandi.

Tapi sekarang ni bukan senang nak dapat limau purut, kecuali kita memang duduk di kampung kan.

Jadi antara cara efektif nak hilangkan bau hamis peluh adalah dengan amalkan je minum air limau kasturi bersama madu setiap pagi.

Bahan:

3 biji limau kasturi

2 sudu besar madu asli

1 cawan air suam panas

Cara:

Campurkan madu ke dalam air. Perah limau kasturi. Kacau hingga sebati dan minum setiap pagi ketika perut masih kosong. Kalau ada gastrik, bolehlah alas dulu perut dengan sarapan ringan.

Biasanya air ni saya tak tinggalkan sisa pun sebab dengan limau tu sekali saya kunyah sampai licin.

Oh ya, amalan minum air limau kasturi madu ni juga boleh kecilkan saiz perut yang besar tau. Jadi perut takdelah bergoyang sana sini teruk sangat waktu berjalan.

Petua ni dikongsikan oleh seorang uncle india beberapa tahun lepas. Ramah betul dia waktu berbual dengan saya, siap macam-macam petua dia kongsikan.

Saya memang amalkan air ni setiap pagi, selang seli dengan happy juice. Serius, perut rasa selesa, ringan dan mudah je nak ke toilet.

Mak-mak dalam pantang, kalau ada masalah setiap kali ke toilet untuk membuang tu ibarat dipaksa masuk ke medan perang, air ni bagus sangat diamalkan tau.

Elakkan sembelit, dalam masa yang sama mempercepatkan luka bersalin, sebab air ni tinggi vitamin C.

Okeh tu je nak kongsi malam ni. Selamat beramal dan semoga bermanfaat!

Sumber : Mastura Rashid 

ARTIKEL MENARIK :“Subhanallah Suara Yang Hari-hari Dengar Di Tv..”-Inilah Pemilik Suara Bacaan Doa Azan!

Baca Ini Juga :“Bagus Didikan Suaminya..”- Minah Salleh Lebih Melayu, Tabah Diuji Suami Stroke!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah atau klik DI SINI