“Saya Ada Dia & Dia Ada Saya Untuk Apa Saja.” ‘A Shoulder To Cry’ Resipi Eratkan Kasih Sayang Ezuwan Ismail & Isteri.

Share

Beliau dikenali sebagai pereka fesyen terkenal sehingga timbul jolokan Tukang Jahit Termahir Malaysia. Khidmatnya sentiasa ditangih selebriti untuk tampil anggun dan cantik dalam sesebuah majlis. Terbaru, Ezuwan Ismail melangkah setapak lagi dalam dunia seni apabila bergelar penyanyi.

Tampil dengan trio E1 bersama dua lagi anggota E1 iatu Zulyasrani dan Ariff Imran. Baru-baru ini, kumpulan E1 telah melancarkan single pertama mereka yang berjudul Semalam Sahaja.

 

Ditanya pembahagian masa dengan famili, akui Ezuwan Ismail cara merapatkan hubungan adalah dengan membawa bersama isteri dan anak-anak ke mana sahaja beliau pergi.

“Memang memang mencabar memandangkan kini sudah bertambah lagi satu cabang. Tetapi saya bersyukur kerana isteri cukup memahami. Malah saya memang sangat memerlukan sokongan isteri kerana ujia dan dugaan sebagai anak seni cukup besar.

“Saya harap dapat membahagikan masa dengan keluarga, jadi kualiti masa kami bersama adalah dengan bercuti bersama. Selain itu, saya sering membawa anak dan isteri ke mana sahaja pergi. Ini cara saya merapatkan hubungan dan mengeratkan lagi kasih sayang.

Ditanya mengenai isterinya yang berpenampilan ringkas sesuai dengan dirinya yang cukup simple.

“Saya suka isteri berpenampilan sedemikian manakala saya pula berbeza bagi menyesuaikan diri dengan status pereka fesyen. Orang nak tengok personaliti kita supaya yakin dengan apa yang kita lakukan.

“Kalau diikutkan saya simple sahaja orangnya tetapi disebabkan kerjaya dan status dalam dunia seni memerlukan saya tampil sebegini,” ujar Ezuwan yang mengakui ada masanya dia dan isteri sama-sama ke spa untuk manicure atau facial.

Sementara itu, bagi Zahie Omar pula, bergelar isteri kepada pereka fesyen terkenal tanah air bukanlah sesuatu yang mudah. Sementelah dia pula lebih suka tampil ringkas. Justeru, ada sahaja yang menjadi kritikan di luar sana tatkala dia memilih cara tersebut.

“Pernah ada yang membangkitkan bila nampak saya berpakaian biasa. Tapi saya cuma abaikan sahaja. Adatlah, manusia. Saya tak suka amik hal dengan apa yang orang nak cakap. Saya seorang yang simple, suka sesuatu yang praktikal dan minimalis.

“Bagi saya penampilan bukan hanya terletak pada pemakaian, tapi lebih penting ia merangkumi pembawaan diri, keperibadian dan adat atau tata susila apabila kita bersosial atau bermasyarakat.

“Yang penting, suami saya “senang” dengan apa yang saya pakai, saya selesa dan jadi diri saya sendiri.  Lagipun, yang jadi public figure adalah suami saya, bukan saya. Jadi, biarlah saya low profile.

Ditanya mengenai bakat memasak yang dimiliki suaminya, akui Zahie jika ada masa suami kesayangannya itu akan turun dapur.

Menu kegemaran Ezuwan ialah air asam daging resipi keluarga. Sebenarnya dia suka kebanyakan menu tidak bersantan, yang pedas dan masam. Kalau makan nasi pun, tak sah kalau tak ada menu yang pedas. Paling tidak pun, perlu ada sambal garam (seakan-akan sambal belacan, tapi tak dimasukkan belacan).

“Nak kata kerap sangat tu tidak lah, tapi sesekali bila dia ada masa di rumah dan nak spend time bersama-sama saya di dapur, dia akan masak menu kegemaran dia, iaitu air asam daging dan menumbuk sambal. Kalau dia masak pun hanya untuk kami berdua. Maklumlah, anak-anak kami masih kecil.

Kami berkongsi minat yang sama, iaitu suka “entertain” kawan-kawan sama ada di rumah atau pun di luar. Jadi, Ezuwan akan pastikan sekurang-kurangnya seminggu sekali kami sekeluarga makan bersama rakan-rakan dan keluarga mereka  di luar. Jadi dengan cara ni kami bina “bonding” antara kami dan juga rakan-rakan. Anak-anak kami juga seronok apabila sesekali mereka dapat bermain dengan anak-anak rakan kami.

Selain tu, kami juga gemar melancong dan window shopping. Jadi setiap tahun Ezuwan akan memilih destinasi yang tak pernah kami kunjungi untuk melancong. Di kesempatan bercuti tu, kami selalunya akan shopping – perkara yang kami amat jarang dapat lakukan bila berada dalam negara.

Sebelum ada anak, kami kerap juga dinner berdua-duaan di luar. Tapi sejak ada anak, kami lebih gemar memanafaatkan masa terluang di rumah. Apabila anak-anak tidur terutamanya, kami selalu menonton Netflix bersama-sama atau pun supper di rumah. Itulah quality time untuk kami berdua, masa untuk kami bercakap hati ke hati, atau apa sahaja yang berlaku pada hari tersebut.

 

‘Dia akan bercerita mengenai hari yg dia lalui dan bagi saya yang suri rumah ni, jarang ada cerita menarik kecuali hal anak-anak. Jadi saya lebih banyak mendengar. Bagi saya itu adalah resipi  untuk menyemarakkan lagi kasih sayang kami, kerana ia membuatkan kami lebih memahami dan paling penting, menimbulkan rasa bahawa saya ada dia dan dia pulak ada saya untuk apa sahaja “a shoulder to cry” atau “listening ears” dalam semua ketika, sama ada susah atau senang.