Penyakit jantung, pembunuh dalam senyap. Datangnya tidak diundang. Sekelip mata mengubah segalanya. Berkongsi pengalaman diri, saudara Ya Muhammad menganggap dirinya ibarat ‘hidup semula.
Dia yang berkongsi kisah tragis apabila jantungnya terhenti selama 10 saat. Namun bak kata pepatah aja maut adalah ketentuan Yang Maha Esa. Dia melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk bernafas lagi.
Saya tak sedar apa yang berlaku.
ENCIKKK ENCIKKKKKK BANGUN… Encik Muhammad sedar tak ni? Saya lihat bilik pembedahan menjadi kecoh. Ada yang menjerit-menjerit, sampai ada yang mencarut “shittt” dalam nada seperti ada sesuatu yang besar baru sahaja berlaku tadi.
Selepas itu Dr Imran bagitahu, jantung tuan Muhammad dah berhenti selama 10 saat tadi. Mata encik dah ke atas. Mata encik dah putih. Jantung encik dah berhenti berdegup. Encik Muhammad dah mati 10 saat tadi.
Bilik operation yang tadinya ada lagu-lagu happy, bertukar dengan zikir-zikir untuk mengingati kepada Allah swt.
Sungguh saya takut masa ni.
Saya cuma nak satu sahaja sekarang ni, saya nak jumpa isteri saya Shahida Omar. Encik saya terpaksa stop sampai di sini kata Dr Imran.
Saya akan refer doctor pakar lain untuk situasi encik Muhammad.Saya tak berani nak teruskan lagi. Sebab encik ada 2 anak kecil.
Saya nak encik Muhammad sihat dan boleh bersama dengan anak semula. Doctor doctor yang ada dalam bilik pembedahan pun masih tidak percaya.
Kata doctor 2 saat meninggal pun ada kes yang tak boleh diselamatkan. Saya 10 saat mati, Allah izinkan hidup semula. 😭
Hari Isnin 29 November 2021 saya akan ada sekali lagi operation. Doakan saya Muhammad bin Jantan dapat kembali sihat semula seperti biasa.
Muhammad dalam pada itu mengakui gaya hidupnya antara punca menyebabkan terkena serangan jantung. Justeru, dalam perkongsiannya turut menitipkan beberapa pesanan untuk pedoman bersama.
8 Pesanan Saya Kepada Rakan-Rakan Lain Supaya Boleh Kurangkan Risiko Terkena Serangan Jantung di Usia Muda.
1. Saya dah mula tidur lewat sejak umur 16 tahun.
Ads
2. Biasa 2-3 kali sebulan, saya tak tidur 24/48 jam.
3. Saya suka buat kerja sampai lewat pagi.
4. Saya peminat kopi, tak putus kaffeine.
5. Saya suka makan pedas, maklumlah orang melaka. Jadi kalau makan tiada yang pedas memang tak lengkap makanan tu bagi saya.
6. Saya terlalu suka makan seafood, lagi-lagi udang dan sotong.
7. Saya suka makanan bergoreng dan berminyak.
8. Saya dah lama tak bersenam.Jadi pesanan saya kepada semua, apa yang saya suka buat dahulu tu, kurang-kurangkanlah.
Masa saya di wad, saya sorang sahaja umur 27 lebih, yang lain pesakit umur 50,60,70 dan 80 tahun.
Jadi saya tak nak rakan-rakan lain pun kena, sebab ianya sangat menyakitkan.
Memikirkan apa aktiviti menarik untuk dilakukan bersama-sama keluarga pada hujung minggu selain keluar ke pusat membeli belah, apa kata hari ini kita buat aktiviti riadah dengan bermain bubble.
Menjadikan lebih menarik, sebelum bermain kita hasilkan terlebih dahulu cecair buih tersebut yang bukan sahaja mudah malah lebih menjimatkan berbanding beli siap.
Ini telah dikongsikan oleh Puan Norshahida Lambri.
BUBBLE HOMEMADE
Hari cuti rumah mesti meriah, mommies mesti pening. Pikir aktiviti untuk anak-anak, diaorang pun mesti boring.
Ok apa kata kita buat bubble homemade. Kalau main dekat luar, semangkuk sabun tu lima hengget hokay. Kalau anak sorang selamat lagi, yang macam shyda nih ada 4 ketoi, rabakkk. Buat sendiri siap boleh simpan lagi, jimattttt.
Anak-anak pun puas main, sampai naik pedih bijik mata, rasakannn hahaha. Bahan-bahan simple yang ada dekat dapo, tak payah susah-susah.
Bahan-bahan
✔ Air 1.5 liter
✔ 4 sudu besar tepung jagung
✔ 250ml (Joy)
* Nak guna sabun pencuci lain pun boleh, cuma joy dia pekat siket.
✔ Pewarna (jika perlu)
✔ Bubble wands (yang ni kena ada kalau tak jenuh nak niup nanti)
Cara-cara
1. Ambil tepung jagung dan air masukkan dalam bekas/besen.
2. Masukkan joy, kacau hingga sebati. Siappp!!
Seeloknya simpan dulu dalam balang/bekas bertutup, biarkan semalaman.
Shyda buat tak sempat nak simpan, dah kena serang dengan 4 ketoi nih
Jadi mommies boleh buat keje dengan tenang, anak-anak pun hepi. Percayalah (ct nurhalijah) kita pun terjebak dok main sekali
sumber :Norshahida Lambri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kisah keluarga ini pernah dimuat naik Majalah Keluarga baca di sini sebelum ini hasil perkongsian puan Natipah Abu. Menerusi laman facebooknya, sukarelawan terkenal dari utara ini menunjukkan keadaan pondok usang yang didiami oleh sepasang suami isteri dan empat orang anak ini bersih dan tenang walaupun keadaannya serba kekurangan. Menurutnya lagi, keluarga ini memerlukan RM7K bagi membina dapur yang selamat dan juga selesa. Kebersihan pemilik rumah yang luar biasa telah membuka hati ramai pembaca dan rata-rata memuji keluarga ini kerana walaupun susah namun tetap menitikberatkan soal kebersihan dan kekemasan rumah. Hasil perkongsian tersebut, ada Hamba Allah yang tampil membantu keluarga ini. Itu dikongsikan oleh puan Natipah atau mesra dengan panggilan Kak Pah baru-baru ini menerusi laman facebooknya. Rumah yang dahulunya berlantaikan tanah kini sudah berubah wajah. SUSULAN POST .
Ketika berkongsi kisah rumah yang dapurnya berlantaikan tanah ini dalam slot Sedekah Jumaat 14 Ogos lalu, sasaran kita hanyalah untuk menyiapkan ruang dapur sahaja.
Namun siapa sangka rezeki yang Allah susun untuk pemilik rumah ini, kita didatangi seorang Hamba Allah yang benar-benar berhajat untuk melawat sendiri rumah tersebut.
Ketika lawatan ke rumah itu, kita pun menerangkan kepada Hamba Allah tersebut tentang matlamat kita untuk menyiapkan dapur itu seadanya. Melangkah masuk ke ruang tamu rumah itu , kaki kami memijak lantai yang lembut. Lantai itu kelihatan sempurna di pandangan .. seolah-olah lantai semen beralaskan tikar getah tetapi anehnya bila dipijak, ia lembut dan tapak kaki kami seakan tenggelam. “ Ini lantai apa ? “
“ Ini pasir yang dicampur dan digaul dengan semen. Pasir yang banyak. Kami tak ada duit nak buat lantai semen jadi kami buat macam ni. Lantai ni, kami alas dengan guni baja di atasnya … lepas tu baru kami letak tikar getah ni ! “ Kami terdiam seketika … begitu sekali pasangan muda ini mencari ilham untuk memberi kelesaaan kepada anak-anak mereka yang empat orang itu biarpun dalam keadaan tidak mampu.
“ Saya akan tanggung semua kos untuk ruang tamu ni. Saya nak dipasang tiles ! “
Hamba Allah itu tiba-tiba bersuara sambil memandang ke arah tukang rumah yang ada bersama. Jelas sekali arahannya …
“ Biar betul ! “
“ Ya betul. Cik Pah buat bahagian dapur. Yang lain saya buat semua. Saya tanggung ! “
Bagai bulan jatuh ke riba .. khabar gembira itu diterima dengan penuh rasa syukur oleh pemilik rumah. Sungguh indah percaturan Allah .. kami bertiga langsung tidak pernah mengenali antara sama lain samada dia, kita atau pemilik rumah. Langsung tak pernah berjumpa pun sebelum ini namun kerana rezeki mereka, kami bergandingan untuk menyiapkan rumah tersebut. “ Buat apa bagi kat tuan rumah ni banyak sangat. Baiklah bagi kat orang lain juga. Ramai lagi orang susah yang perlukan bantuan … “
Itu kata-kata yang kita terima ketika kerja pembinaan rumah ini bermula. Natijahnya … kita tetap dengan akad kita, menyiapkan dapur.
Yang lain .. datangnya dari Hamba Allah itu yang memang hajatnya untuk keluarga tersebut. Apa hak kita utk menghalang dan mempersoalkan tentang rezeki yang telah Allah kirim buat mereka. Apabila kita sampaikan kata-kata sinis yang dilontarkan itu Hamba Allah itu, jawapannya ….
“ Saya suka orang yang pembersih. Kalau kita bagi pada orang macam ni, dia akan hargai dan jaga pemberian kita dengan elok. Semoga dengan rezeki rumah baru ni, akan meningkatkan ketaqwaan mereka kepada Allah . Inilah amal jariah saya untuk kedua arwah ayah bonda saya … “
Tenang Hamba Allah yang sudah melewati 50an usianya itu menuturkan bicara. Dia yang juga seorang ahli perniagaan, berasal dari daerah yang sama dengan lokasi rumah ini, Baling. Benar .. posting rumah ini tular kerana kebersihan pemilik rumah yang luar biasa dan telah membuka hati ramai pembaca untuk mensyukuri segala apa yang ada di depan mata dan apa yang kita miliki hari ini.
Kerja-kerja pembinaan yang bermula pada Isnin, 17 Ogos itu telah berakhir dan rumah ini siap sepenuhnya pada Sabtu, 10 Oktober . Kepada semua penyumbang slot Sedekah Jumaat FB Natipah Abu .. semoga kita terus istiqamah demi sama-sama mencari rahmah dan barakah hidup, menumpang doa dari insan-insan yang memerlukan di luar sana.
Terima kasih kepada semua penyumbang …
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Saffron memang khasiatnya untuk kesihatan terutama sekali untuk otak anak. Boleh diamalkan setiap hari bagi menggantikan air minuman manis yang biasanya diberi pada anak. Saffron merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia dan menguatkan ingatan.
Lebih bagus jika saffron dimakan bersama madu asli. Mungkin sebelum ini kita kurang pendedahan tentang kebaikan saffron untuk kesihatan otak dan bagaimana cara untuk digunakan dalam minuman.
Dr Mazliana Mazlan berkongsi kebaikannya dan bagaimana cara untuk anda amalkan seisi keluarga. Ikuti perkongsian beliau.
Jomlah kita ganti air saffron untuk otak setiap pagi sebelum anak pergi ke sekolah. Kalau sebelum ini kita bagi air coklat tinggi gula sebelum anak mula belajar, sekarang kita mula bagi air saffron pula.
Tak perlu vitamin IQ tinggi gula, saffron sahaja kita guna.
Saffron bagus untuk otak anak:
*Bantu untuk kuatkan memori anak.
*Mudahkan proses faham ilmu baru.
*Bantu anak lebih fokus masa belajar.
*Banyak dah kajian tentang saffron, cuma kita je jarang ambil tahu tentang herba paling mahal di dunia ini.
Antara cara yang boleh buat untuk anak minum air saffron;
1. Terus minum air rendaman saffron.
2. Campur madu dalam air saffron.
3. Letak 1 helai safrron dalam susu.
4. Masuk 1 helai saffron dalam botol air anak ke sekolah.
Bolehlah cuba yang mana satu anda suka. Apabila kita mula buat perubahan, anak mungkin susah nak terima pada awalnya.
Sama anak saya pun, air kuning dia kata, dalam botol air ada ikan kawan dia kata. Tapi kalau setiap hari kita tak putus asa cuba, akhirnya anak kita minum juga.
Kita cuba sama-sama ya, biasakan minuman yang asli pada anak, berbanding minuman tinggi gula dan perasa.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.