Memang bestlah tahun ni tak payah dah susah-susah masak menu raya, Domino’s Pizza dah keluarkan menu baru sesuai dengan tekak mak-mak musim raya ni, apa lagi pakai cantik-cantik kita serbu je kaunter Domino’s Pizza dan beli menu terbaru mereka ni.
Domino’s Pizza memeriahkan lagi suasana dengan melancarkan inovasi terbaharunya Piza Cheese Volcano Sate. Piza yang ditawarkan untuk tempoh terhad ini menjadi hidangan tumpuan yang menambat selera tetamu di Majlis Iftar Bersama Domino’s.
Menyusuli kejayaan Cheese Volcano yang telah dilancarkan baru-baru ini, piza sate ini akan menjadi hidangan yang paling sesuai untuk menjamu sanak-saudara yang akan datang beraya kelak.
Majlis Iftar Bersama Domino’s yang diadakan di RUANG Shah Alam pada 26 Mac 2024 menyaksikan segenap lapisan masyarakat dijemput untuk bersama mengimbau kembali nostalgia suasana kampung di tengah-tengah bandar.
Para petugas barisan hadapan yang berdedikasi, wira-wira tidak didendang, kanak-kanak dari rumah anak yatim dan persatuan ibu tunggal serta pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah hadir untuk memeriahkan majlis.
Dalam majlis tersebut, para tetamu juga berpeluang untuk menjadi antara yang pertama untuk mencuba inovasi baharu ini dan menikmati kelazatan piza sambil berbuka puasa bersama-sama.
Diinovasikan daripada makanan kegemaran rakyat Malaysia, Piza Cheese Volcano Sate ini boleh didapati dalam bentuk piza standard dan juga Cheese Volcano.
Ditebar dengan tangan sehingga sempurna, piza ini ditaburi dengan ketulan ayam atau daging yang diperap dengan rempah dan herba, dan kemudiannya dibakar sehingga masak sempurna.
Setiap gigitan dipenuhi dengan kuah sate dan rasa pedas manis dari kacang tanah yang dipanggang. Piza ini juga dihiasi dengan bawang merah segar, timun Jepun rangup dan jeruk cili merah masam-masam manis untuk menambah kelazatan pada rasanya.
Mereka yang memang meminati Cheese Volcano boleh mencuba Piza Cheese Volcano Sate Ayam atau Piza Cheese Volcano Sate Daging yang turut disediakan bersama sos keju cair yang diperbuat daripada gandingan keju istimewa dan keju Cheddar