Sawi Dikisar Bersama Nanas Boleh Jadi Jus Luar Biasa! Elok Sangat Di Amal, Bagi Yang Ada Kolestrol.

Share

Kolesterol yang tinggi antara punca risiko kepada pelbagai penyakit. Pengambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti lemak, minyak dan sebagainya antara yang patut dielakkan.

Dalam penyediaan masakan Melayu, kita tidak terlepas daripada mengambil jenis makanan kaya lemak ini dalam menu harian seperti makanan bertumis dan bersantan.  Namun semua ibu harus lebih bijak menyediakan jenis makanan yang lebih sihat dan bebas daripada kolesterol tinggi untuk keluarga.

Pun begitu ada caranya untuk memastikan kolesterol yang tinggi dapat dikurangkan pada kadar yang lebih baik. Saudari Noor Azlina berkongsi caranya untuk mengurangkan kolesterol dengan hanya mengamalkan dua bahan terpilih sahaja.

Menariknya, petua yang dikongsikan olehnya ini merupakan saranan daripada seorang doktor. Jom kita cuba!

Disini Kak Noor nak kongsi ilmu yang Kak Noor sendiri belajar dari seorang doktor, iaitu tip untuk menurunkan kolestrol dengan cepat dan berkesan tanpa mengambil ubat.

Bahan-bahan:
Buah nenas
Sayur sawi

1. Kisar halus dua bahan ini sampai jadi jus.

2. Minum sekali sehari.

3. Amalkan minum jus ini setiap hari.

Insyaallah dengan izinNya, kolesterol akan dapat diturunkan dengan cepat. Insyallah.


Turunkan Kolesterol Tinggi?

#Sayuran Hijau
Selain sawi dan nenas yang dikongsikan wanita ini, sayuran berdaun hijau antara yang disarankan untuk menurunkan kadar kolesterol yang tinggi dalam tubuh. Sayuran berdaun hijau memiliki kandungan antioksidan yang tinggi. Bayam, kacang buncis, kacang panjang dan banyak lagi jenis sayuran hijau antara yang disarankan.

#Kekacang
Walnut, badam dan segala jenis kekacang dapat mengawal kolesterol daripada terus berkumpul di dalam badan. Serat yang tinggi membantu menyingkirkan kolesterol ini.

#Oat
Begitu juga dengan oat. Oat merupakan makanan yang dapat menyerap dan sekaligus menyingkirkan lemak dan kolesterol yang terkumpul di dalam badan. Amalkan oat ini setiap hari.