Melihat sayur-sayur yang dijual di pasar pagi yang terlihat segar, itu pun sudah membuatkan kita terasa begitu teruja dan seronok untuk membeli dan seterusnya ingin segera dimasak untuk dijadikan menu untuk keluarga.
Apatah lagi berganda keterujaan dirasakan bila mana melihat sawi yang dituai oleh keluarga Azuan Abdullah ini. Saiz sawinya bukan biasa-biasa, bersaiz giant.
Nak tahu bagaimana untuk mendapatkan hasil tanaman yang sebegini, ini diterangkan cara tanaman hingga masa dituai untuk yang ingin mencuba menanam sendiri. Jom semak.
Sawi giant ni saya dah harvest minggu lepas sebab excited sangat nak tahu berapa beratnya. Bila diletakkan di atas penimbang, bacaan yang saya dapat adalah 1147 gram.
Rasa seronok dan teruja tu tak boleh nak cerita pada orang. Hanya sahabat yang ada jiwa berkebun sahaja yang dapat memahaminya.
Masa harvest ni usianya lebih kurang 2.5 bulan lepas tanam.
Sawi ni saya tanam dalam petak tanaman di tepi pagar rumah. Petak tu saya buat daripada batu –bata dan diisi dengan tanah campuran. Baik. Ini gerak kerja yang saya follow.
1. Masukkan tanah campuran ke dalam petak tanaman. Kuantititnya hingga hampir penuh petak tersebut.
2. Siram dengan air dan biarkan sehingga 3 hari.
3. Lepas 3 hari, tanam anak pokok sawi yang telah disemai di dalam tray semaian. Saya tanam masa usia lebih kurang 3 minggu. Lagi besar anak pokok, lagi cepat dapat makan.
4. Jarak antara tanaman adalah 1 kaki. Lepas tanam, siram dengan air bersih dengan anggaran 500 ml untuk satu pokok.
5. Pembajaan 1 dibuat pada hari ke 3 lepas tanam. Saya siram dengan baja NPK Larut Air 18:18:18 + Mikro (Baja Subur) dengan kepekatan 2.0 mS. Kuantitinya lebih kurang 500 ml sepokok.
6. Kawalan perosak 1 pula dibuat pada hari ke 7 lepas tanam. Saya spray dengan biopesticid buatan sendiri + cuka kayu + baja subur pada awal pagi.
7. Pembajaan 2 dibuat pada hari ke 10 lepas tanam. Juga siram dengan baja NPK Larut Air 18:18:18 + Mikro (Baja Subur) dengan kepekatan 2.0 mS. Kuantitinya lebih kurang 500 ml sepokok.
8. Kawalan perosak 2 dibuat pada hari ke 14 lepas tanam. Juga spray dengan biopesticid buatan sendiri + cuka kayu + baja subur pada awal pagi.
9. Pembajaan 3 pada hari ke 17 lepas tanam. Siram dengan baja NPK Larut Air 18:18:18 + Mikro (Baja Subur) dengan kepekatan 2.0 mS. Kuantitinya lebih kurang 500 ml sepokok.
10. Kawalan perosak 3 pada hari ke 21 lepas tanam. Spray dengan biopesticid buatan sendiri + cuka kayu + baja subur pada awal pagi.
11. Pembajaan 4 pada hari ke 24 lepas tanam. Siram dengan baja NPK Larut Air 18:18:18 + Mikro (Baja Subur) dengan kepekatan 2.5 mS. Kuantitinya lebih kurang 1 liter sepokok.
12. Kawalan perosak 4 pada hari ke 28 lepas tanam. Spray dengan biopesticid buatan sendiri + cuka kayu + baja subur pada awal pagi.
13. Pembajaan 5 pada hari ke 31 lepas tanam. Siram dengan baja NPK Larut Air 18:18:18 + Mikro (Baja Subur) dengan kepekatan 2.5 mS. Kuantitinya lebih kurang 1 liter sepokok.
14. Kawalan perosak 5 pada hari ke 35 lepas tanam. Spray dengan biopesticid buatan sendiri + cuka kayu + baja subur pada awal pagi.
15. Pembajaan 6 pada hari ke 38 lepas tanam. Siram dengan baja NPK Larut Air 18:18:18 + Mikro (Baja Subur) dengan kepekatan 2.5 mS. Kuantitinya lebih kurang 1 liter sepokok.
16. Air kosong disiram pada setiap hari yang kita tak siram air baja. Kuantitinya antara 500 ml hingga 1 liter sepokok bergantung pada umur pokok dan cuaca. Lagi besar pokok dan cuaca panas, lagi banyak air diperlukan oleh pokok.
17. Biasanya kita dah dapat harvest sawi ni antara usia 30 – 40 hari lepas tanam. Nak untung, tak perlu cabut dengan akar – akar, cukup patahkan 2 -3 helai daun yang kita nak guna sahaja.
18. Pokok sawi ini jika kita tak cabut, ia boleh hidup antara 3 – 4 bulan. Dalam tempoh tu, pembajaan dan kawalan perosak perlulah dibuat selang seminggu sekali. Kaedahnya sama macam cara yang diterangkan diatas.
InsyaAllah bila sahabat follow gerak kerja ni, pokok sawi yang akan dapat pun subur – subur dan besar – besar juga.
Berkebun dapur ni seronok kan sahabat, boleh jadi terapi minda dan hilangkan stress. Untung lagi sebab kita dapat jimat duit dapur dan dapat makan sayur fresh yang bebas dari racun kimia.
Jika sahabat minat berkebun tapi tak tahu nak dapatkan dimana barang – barang di dalam gerak kerja diatas. Saya ada sediakan kit tanaman sawi dalam bekas tanaman ( pasu, tong cat, tayar dan petak tanaman).
sumber : Azuan Abdullah