Syawal tahun ini pastinya meninggalkan kenangan paling bermakna buat pasangan suami isteri yang tular video mereka selepas isterinya selamat melahirkan cahaya mata di lebuh raya.

Menerusi perkongsian video oleh pengguna TikTok @ayahali9889, Muhamad Uqbah Md Bahari semasa kejadian sedang dalam perjalanan dari Gerik ke Ipoh untuk menghantar isterinya bersalin di Pusat Pakar Wanita dan Kanak-Kanak Raoofah.

Satu Syawal Paling Bermakna, Bapa Sambut Kelahiran Anak Dalam Kereta!

Dia terpaksa memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan, kira-kira di Kilometer (KM) 258.1 berhampiran Tol Menora, Ipoh, Perak arah selatan, selepas isterinya mengerang kesakitan.

Pun begitu sang suami dilihat cukup tenang dan bersahaja malah berjaya menyambut bayinya dengan baik dan lancar di tepi jalan.

Ads

Menerusi video berdurasi satu minit 30 saat itu, isterinya sempat bertanya sama ada dia mampu menyambut kelahiran bayi atau tidak.

“Abang boleh sambut bayi tak?

“Haaa… boleh (dalam nada panik tetapi tenang). Kejap abang cari lorong kecemasan.

Ads

“Okay, dah keluar kepala. Allahu Akbar (bayi lahir jam 7.45 pagi). ALLAH SWT beri kekuatan dan semangat. Kami sempat sampai ke klinik jam 8.10 pagi.

Satu Syawal Paling Bermakna, Bapa Sambut Kelahiran Anak Dalam Kereta!

“Uri keluar semasa kami tiba di parkir klinik, tali pusat juga dipotong di situ. ALLAH SWT Maha Baik,” katanya menerusi perkongsiannya di TikTok.

Ads

Biarpun tidak sempat untuk sampai di klinik, bapa berkenaan tidak putus-putus mengucapkan syukur kerana segala urusan dipermudahkan meskipun mereka tidak sempat tiba di klinik untuk proses kelahiran.

Difahamkan, tempat kelahiran bayi comel itu merupakan lokasi yang sama mereka sekeluarga mengalami kemalangan pada 2022.

Di ruangan komen, warganet tidak henti-henti mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan keluarga kecil ini.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI